Sunday 26 February 2012

Majlis Perkahwinan Shadatul Akhma & Mohd Adzli

Pukul 12.15 tengahari, ahli-ahli Kelab Angklung sudah berkumpul depan sekolah. Bagus....mereka sudah mula belajar menepati masa. Setelah peralatan diambil, ahli-ahli kelab dihantar bergilir-gilir ke rumah pengantin yang terletak di Andorra Apartment di Taman Sri Muda. Mereka dijamu dengan makanan yang enak sebelum memulakan persembahan.










Setelah menjamu selera, kesemua ahli kelab menuju ke satu sudut yang agak tersembunyi untuk berlatih bak seketika. Para tetamu yang telah selesai menjamu selera dan ingin berangkat pulang leka seketika untuk melihat kami berlatih.







Ahli kelab juga sempat mengalunkan lagu 'Happy Birthday To You' semasa berlatih. Walaupun kedengaran agak sumbang namun ia membanggakan oleh kerana mereka mampu membuat skor lagu tanpa bantuan guru.



Jam 2.30, pengantin mula diarak kepelamin. Paluan kompang kedengaran sayup-sayup. Ahli kelab diarahkan bersedia.




Setelah paluan kompang berakhir maka tibalah giliran ahli kelab pula. Pada mulanya kami berbaris di tepi pelamin tetapi agak terperanjat juga, kami telah diarahkan untuk berdiri betul-betul depan pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin.






Sebelum pulang semua ahli kelab mendapat buah tangan daripada pengantin baru. Kesemua ahli tersenyum lebar setelah mempersembahkan tiga buah lagu dengan jayanya.



Berehat seketika selepas persembahan di sekolah

2 comments:

  1. cayalah :) suggestion: background music utk blog terlalu kuat sehingga tenggelam lagu angklung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok...akan dihapuskan background tersebut, TQ.

      Delete