Sunday 14 December 2014

Santai di Muzium Samudera

Bangun pagi dan makan breakfast yang berat hari ini. Nasi tomato kaw! Kekenyangan kami pagi ini. Meneruskan perjuangan pada jam 8.30 pagi bertolak ke Banda Hilir. Setelah kereta diparkir terus membawa alatan ke tempat yang telah disediakan. Terus memasang alatan dan membuat sound check.



Setelah mencuba beberapa lagu kami berehat seketika menanti jam 10.00 pagi untuk memulakan persembahan santai diperkarangan Muzium Samudera ini. Kelab angklung dari Rumah Kanak-kanak Lelaki Tua Tun Abdul Aziz turut sama membuat persembahan bersama-sama kami. Tepat jam 10.00 pagi kami memulakan persembahan dengan lagu Sukiyaki. Lebih kurang setengah jam kemudian kami berehat seketika untuk mengelap peluh dan mengurut kaki yang lenguh berdiri sejak kelmarin.



Sempat juga bergambar bersama-sama Pengurus Besar Perzim Melaka Datuk Haji Khamis Abas.


Jam 11.00 pagi meneruskan perjuangan terakhir di tahun 2014 ini. Lebih kurang sejam lamanya anak-anak angklung menghayunkan angklung masing-masing untuk menghiburkan pengunjung di muzium ini.


Tepat jam 12.10 tenghari maka berakhirlah persembahan santai kami di sini. Berkemas untuk pulang semula ke Shah Alam. Terima kasih Melaka kerana sudi menerima kami!

Hepi Besday

Balik dari persembahan di Umbai....menyempatkan diri untuk menyambut ulangtahun anak-anak angklung pada bulan November dan Disember 2014. Sebelum kek dipotong mereka telah diberikan kejutan untuk memilih hadiah mereka di Umbai.


Setibanya di Kampung  Morten terus ke Jaykam Junction Katering untuk mengambil kek yang dipesan. Terus membawa kek ke sungai dan meraikan harijadi 4 orang anak-anak angklung.


Setelah kek dipotong bersuka rialah kami makan dengan gelojohnya.





Yasmin

Amira

Ain

Aina


Majlis Perasmian

Jam 8.00 pagi mengambil sarapan pagi di Jaykam Junction Katering di Kampung Morten. Hari ini bersarapan nasi lemak dan nasi goreng bersama milo panas. Sedap!




Selesai makan terus ke Restoran Ikan Bakar Klasik Terapung yang terletak di Umbai. Terus memulakan latihan sebaik sahaja tiba.



Pukul 12.00 tengahari kami bertolak pulang semula ke Kampung Morten untuk berehat dan bersiap-siap ke Umbai semula pada pukul 4.30 petang nanti. Tiba di Umbai tepat pukul 5.05 petang dan terus menuju ke tempat persembahan menanti Uncle Sam tiba. Banyak perubahan yang perlu dilakukan oleh kerana susun atur tempat dan aturcara yang bercanggah semasa latihan. 



Sekali lagi latihan dibuat untuk memantap sambutan semasa perasmian.


Walau apa pun yang terjadi....soru kami tidak boleh miss!




Bersiap-siap seterusnya untuk memulakan persembahan.



Memulakan persembahan santai dan kemudian majlis perasmian.






Kolaborasi dan Santai

Jam 8.00 pagi bertolak ke Melaka. Program kali ini kami akan membuat persembahan di Umbai dan Banda Hilir Melaka bersama-sama ahli kelab angklung Rumah Kebajikan Tun Abdul Aziz Melaka. Tepat jam 10.45 pagi setelah berhenti mengejut di dua tempat rehat untuk membuang apa-apa yang patut...kami tiba d rumah tersebut.


Terkucil lagi apabila tiba di kawasan sekolah. Uncle Sam mengarahkan alatan dikeluarkan untuk memulakan latihan bersama-sama ahli kelab angklung sekolah tersebut. Taklimat turut diberikan oleh Uncle Sam sebagai panduan kepada mereka semasa membuat latihan dan semasa persembahan nanti.




Sebaik sahaja tamat latihan kami pun menjamu selera dengan makanan yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Ayam masak lemak cili api dan sayur bayam. Alhamdulillah.



Jam 2.00 petang bertolak ke Kampung Morten mencari tempat tinggal. Setelah berkemas lebih kurang dan menyalin pakaian kami menuju ke muzium yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Melaka untuk membuat persembahan santai. Setelah tawaf satu pusingan baharu kami dapat memarkirkan kereta di tempat khas. Terus membawa alatan ke tempat yang dijanjikan dan bersiap-siap untuk membuat persembahan.



Kami turut membuat persembahan bersama anak-anak dari Rumah Kebajikan Tun Abdul Aziz Durian Daun Melaka.



Ramai juga pengunjung melihat persembahan kami dan mengambil gambar kami semasa persembahan. Kami juga turut tidak ketinggalan bergambar dengan penduduk setempat.



Sebelum pulang...posing lagi!




Monday 8 December 2014

Majlis Perkahwinan

Hari ini kami membuat persembahan di Bangi majlis perkahwinan anak saudara Bonda Pengetua sekolah kami SMK Taman Sri Muda. Seramai 19 orang anak-anak angklung yang ku bawa hari ini. Anak aku Aan turut sama terlibat untuk membawa mereka ke sana. Sesampai di sana kami disambut oleh tuan rumah dengan mesra. Kami terus membuat persiapan dan membuat sound check. Selesai semua kami mula mengisi perut sebelum memulakan persembahan.




Jam 11.30 pagi kami pun memulakan aksi dengan memainkan sembilan buah lagu


Sementara menanti mempelai tiba kami bersantai di laman dewan sambil makan-makan jajan. Diingatkan juga anak-anak angklung jangan terlalu banyak makan gula-gula nanti jadi hyper....tah hape-hape yang mereka main nanti. Kami mengiringi rombongan pengantin ke dalam dewan dengan paluan jidur dan angklung. Sebaik sahaja bacaan doa selesai maka kami pun memainkan peranan sekali lagi.







Berehat seketika selepas meraikan pengantin dan anak-anak angklung bertebaran sekali lagi mencari jajan. Ish ish ish......agak-agak dah bosan dengan makanan mereka dipanggil naik semula kepentas untuk sesi terakhir pada hari ini.


Sebelum pulang sempat berposing bagai dengan pengantin dan bonda.



Saturday 22 November 2014

Majlis Perkahwinan Puteri Siti Sofiah dan Mohd Naidzil

Berbekalkan semangat aku membawa 16 orang anak-anak angklung untuk majlis perkahwinan kali ini. Telah dibekalkan latihan kepada setiap anak angklung yang turut serta sekarang terletak di tangan mereka untuk menghiburkan tetamu dan pasangan pengantin. Tepat jam 10 pagi terus menuju ke Bangi. Anak-anak angklung terus membawa alatan ke dalam dewan dan menyusun atur alatan.

\


Perbincangan bersama-sama dengan band jemputan dan tuan rumah untuk sesi persembahan. Persembahan kami dipecahkan kepada 3 sesi. Sesi pertama menyambut ketibaan pengantin, sesi kedua sewaktu makan beradap dan ketiga menghabiskan baki lagu yang diminta oleh pasangan pengantin.


Sambil menyelam minum air.....kami makan sambil disolek oleh jurusolek import iaitu Nurul 'Atiqah (anak aku actually.....)



Sementara menanti pasangan pengantin tiba, anak-anak angklung layan selera dan beralih tempat berhampiran dengan PA System supaya tidak mengganggu tetamu lain yang datang.


1.30 tengahari pengantin sudah disambut dengan paluan kompang melalui CD dan disertai dengan selawat oleh Emcee. Sebaik sahaja selawat selesai maka lagu 1000 years pun dimainkan dan pengantin mula diarak ke dalam dewan. Tak mpasal-pasal hari ini aku berjalan bersama-sama pengantin dan ahli keluarganya.




Penat berdiri akhirnya sesi kedua pun dimulakan. Pasangan pengantin turun ke meja makan beradap dengan diiringi lagu Bunga Rampai dan tiga buah lagu lagi. Dengarkanlah.....Selesai sahaja lagu Sayang...anak-anak angklung rehatkan diri. 5 buah lagu lagi akan didendangkan sebaik sahaja band jemputan menyanyikan 5 buah lagu.



Selesai peranan kami memunggah barang-barang sekali lagi untuk dimasukkan ke dalam van. Bergambar dengan boss Butik Casa Cinta Puan Nurlela Lazim dan boss Wariseni Budaya Encik Sam Mat Kous sebelum pulang.