Sunday 19 January 2020

Klinik Ghazal

19 Januari 2020 kami menuju ke Pak Ngah Production di Kuala Lumpur untuk menghadiri klinik ghazal. Walaupun kami tidak pandai langsung memainkan sebarang alat muzik ghazal namun kami gagahi juga demi menuntut ilmu walaupun usia kami dipenghujung. Manalah tahu kan....hasil daripada penyertaan kami ini akan membuahkan satu lagi hasil seni di sekolah.



Kami diberikan maklumat tentang sejarah perkembangan ghazal di malaysia dan bagaimana ianya bermula di sini. Asyik dan menarik sekali. Kemudian kami diberikan teknik-teknik menala alat muzik ghazal seperti biola, gambus, tabla, tamborin, kerinching, gitar dan akordian. Akhirnya teknik menyanyikan lagu-lagu ghazal. Ada macam-macam teknik rupanya. Memang kami blank...tapi banyak maklumat yang kami perolehi. Apa-apa pun syabas kepada Pak Ngah Production yang memulakan klinik ini. Harap usaha mereka akan berjaya untuk meneruskan muzik budaya kita ini.


  



Sunday 12 January 2020

Hari Tanpa Kenderaan : Ulangtahun ke 3

Persembahan kami di CP7 iaitu antara Sacc Mall dan PKNS,. Namun disebabkan salah faham kami menanti di tempat lain. Alhamdulillah kami sempat memainkan angklung semasa VIP sampai dan bergambar dengan mereka. Sempat juga mengajar VIP bermain angklung dengan lagu Bunga Rampai. Kemudian kami menyambung persembahan di Dataran Kemerdekaan. Kami diberikan masa 15 minit. 4 buah lagu dapat kami dendnagkan iaitu. Kuch Kuch Hota Hai, Cindai, Yek Liang Tai Piau Wo De Xin dan Poco Poco.

           



Thursday 9 January 2020

Ambilan Pelapis ke 8

9 Januari kami memulakan kelas teori untuk ahli-ahli tingkatan satu 2020. Walaupun sepatutnya mesyuarat agung kami berlansung pada 16 Januari 2020, namun kami dapat menjayakan aktiviti pada hari ini dengan baik sekali dan pelapis yang ada bersemangat. Aku harapkan tidak hujan di tengahari. Sabar....kita lihat bagaimana minggu depan.

  

  

Thursday 2 January 2020

Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan Peralihan

Akhirnya saat yang dinanti-nantikan pun tiba. 2 Januari 2020 hari pertama persekolahan, aku terus ke Bilik BOSS mencari buku teks terkini untuk tingkatan peralihan. Misi aku untuk melihat cerita tentang kelab angklung sekolahku yang terpapar di dada buku tersebbut. Alhamdulillah, ia menjadi kenyataan dan gahlah nama sekolahku SMK Taman Sri Muda dalam Malaysia. tahniah kepada anak-anak angklung atas usaha mereka yang tidak pernah jemu berlatih untuk mencapai kejayaan demi kejayaan.