Wednesday 26 October 2016

Hepi Besday Mei-Oktober 2016

Hari ini kami menjalani latihan seperti biasa tetapi dimulai dengan sambutan hari lahir anak-anak angklung untuk bulan Mei hingga Oktober tahun ini. Sepatutnya mereka diraikan pada bulan Ogos yang lalu tetapi disebabkan jadual yang ketat maka terpaksa ditangguh hingga ke tarikh ini. Ini pun tak dijangka sebenarnya. Merancang secara adhoc bersama-sama anak angklung semalam. Selamat Hari Lahir mama ucapkan kepada yang menyambut hari lahir semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan mendapat rahmat dariNya. Jangan derhaka kepada ibu bapa, belajar rajin-rajin hingga ke menara gading. Bila di atas jangan lupa mama dibawah ni ya.....Hari ini kesemua anak-anak angklung ada dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Wah....gumbiranya mama!









Tuesday 25 October 2016

Hari Anugerah Kokurikulum (Hari Kokurikulum Bersepadu 2016)

Selasa 25 Oktober 2016. Hari Penyampaian Anugerah Kokurikulum sempena Hari Kokurikulum Bersepadu SMKTSM 2016. 


Hari ini aku terlibat dalam perhimpunan sesi pagi.Aku merupakan salah seorang penerima anugerah tokoh kokurikulum pada tahun ini. Hadiah dan sijil disampaikan sendiri oleh Ayahanda Tuan Haji Aznan Kassan kepada para pemenang. Kelab aku mendapat anugerah Papan Info Terbaik bagi sesi pagi dan petang pada tahun ini. Anugerah ini diterima oleh Muhammad Ariff Ishak untuk sesi pagi sementara sesi petang diterima oleh Puan Elsa Majmiza Murad Khan. Laporan aktiviti terbaik juga diungguli oleh KAW Team dan Puan Elsa sekali lagi menerimanya.

Hamper disampaikan oleh ayahanda

Hamper disampaikan oleh Puan Nik Aziah
Anugerah Buku Laporan Terbaik Sesi Petang

Anugerah Tokoh Kokurikulum Badan Bukan Akademik juga diraih oleh anak kelab ini iaitu Muhammad Ariff Bin Ishak bagi sesi pagi dan Muhammad Fazli Amrizal bagi sesi petang. Shazaliyana pula dapat hadiah untuk apa eh? Cis...terlepas dengar plak.

Trofi dan sijil disampaikan oleh Puan Nik Aziah

Puan Nuriham tersenyum-simpul sementara ayahanda posing habis

Shaza ....ko terima hadiah ape ek?
Anugerah Tokoh Guru Kokurikulum Bukan Akademik diungguli oleh aku....yeeehhaaaaaaa. Juara bertahan....eh, eh ...dah berapa kali ya? Riak neh......hahahahaha. jangan mare. Terima kasih kepada anak-anak angklung yang bertungkus-lumus untuk menaikkan nama kelab di persada seni tanahair dan juga antarabangsa. Teruskan usaha anda dan berdoa agar program yang dirancang untuk tahun depan dapat kita jayakan. Insyalllah.



Saturday 22 October 2016

Majlis Perkahwinan di Bukit Fraser, Pahang (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Bangun pagi gosok gigi....menggeletar nak mandi pagi ni. Al-maklum heater memang tarak kat Shahzan Inn ni. Aku pun pelik jugak....atau aku yang tak pandai guna kemudahan yang ada dalam bilik ni? Tanya bilik lain sama sahaja. Sejuk-mejuk. Kullihat air mengalir dari pancuran...berdiri selama berminit-minit dan akhirnya kugagahi juga mandi dengan air sejuk tersebut. Kutarik langsir untuk melihat keindahan pagi. Kabus menyelubungi suasana di Bukit Fraser ni. Cantik sangat. Dah lama aku tidak melihat keindahan sebegini.




Terus aku turun kebawah. Kupanggil anak-anak angklung agar segera turun untuk mengabadikan kenangan ini. Memang sukar untuk mendapat kabus sebegini tebal di Shah Alam.....jerebu adalah!



Selesai berposing. Kami menuju ke Cafe Inn untuk mengisi perut pula.



8.30 pagi menuju ke tengah bandar untuk membuat rehearsal. Malam tadi tak sempat oleh kerana floor manager kami lambat tiba. Taklimat pagi ini ringkas sahaja namun berpusing-pusing juga kami kena berjalan nanti.



Jam 9.00 pagi kami pulang semula ke bilik untuk bersiap-siap. Kuarahkan anak-anak angklung untuk turun pada pukul 10.00 pagi dan membawa semua barangan mereka untuk dimasukkan ke dalam van Pak Agos. Sesi bergambar dimulakan lagi.



11.00 pagi kami memulakan persembahan santai. Sempat juga beberapa anak angklung ditemuramah oleh pengacara majlis hari ini.


Jam 12.00 tengahari kami menuju ke dewan untuk menjamu selera sebelum pengantin tiba. Order apam balik Malik untuk anak-anak angklung sebelum mereka terlepas.



Meneruskan persembahan setelah selesai menjamu selera. Beberapa buah lagu dimainkan untuk menghiburkan tetamu dan pengunjung Bukit Fraser. Hujan pula...persembahan kamii beralih ke atas pentas depan pelamin.


Jam 1.30 petang mempelai pun tiba. Kami iringi 2 pasang mempelai dengan angklung menggunakan lagu Inang Cina. Peranan kami disini amat besar. Selesai sahaja di sini...kami iringi sekali lagi mempelai ke Dewana Makan. 4 buah lagu kami mainkan di dalam dewan ini berselang seli dengan penaari. Kemudian sekali lagi ke pelamin semula untuk majlis memotong kek. Lagu Kaulah Segalanya mengiringi mempelai dalam acara ini. Sayup-sayup sahaja alunan angklung kedengaran.







Tibalah acara bergambar bersama-sama saudara-mara dan rakan-rakan. Kami sekali lagi mengiringi aktiviti ini. Santai sahaja alunan kami untuk menutup majlis petang ini. Kami akhiri persembahan dengan lagu P.Ramlee Kisah Rumahtangga dan kemudian mengambil kesempatan yang ada untuk bergambar dengan semua penari dan mempelai.




Jam 4.00 petang kami beransur pulang ke Shah Alam. Bye Bukit Fraser. Kali ketiga kami berada di sini. Insyallah jika ada jemputan lain kami akan mampir lagi untuk menghiburkan semua dengan alunan angklung kami. Doakan perjalanan pulang kami ke destinasi dengan selamat. Insyallah.


Friday 21 October 2016

Liku-liku ke Bukit Fraser

Excited? Yeah....sudah pasti. Tapi kena duduk exam dulu yer kekawan. Jadi pukul 10.00 pagi Chong memulakan majlis dulu dengan paper Moral di Bilik APD 1. Tak sampai 45 minit dan siap. Kuberikan masa padanya untuk mengulangkaji untuk paper seterusnya bersama-sama kawan-kawan yang lain di sini. Jam 11.30 pagi paper kedua dimulakan. Tingkatan 1 seramai 3 orang manakala tingkatan 2 seramai 9 orang. Masa yang diberikan 1 jam. Kebosanan aku menanti mereka semua menjawab soalan. Sempat aku menyiapkan dua skor lagu untuk angklung.



Kuarantin di dalam Bilik APD sehingga pukul 2.00 petang. Segala gajet disimpan untuk keselamatan agar soklan tak kebocoran. Puas bebudak ni melayan diri dalam bilik ni. Ke bilik angklung jam 2.00 petang dan membuat persiapan terakhir untuk ke Bukit Fraser. 2.20 petang semua kuarahkan ke bangsal i-Think menanti Pak Agos. 2.45 petang dengan rasminya kami bertolak ke Pahang. Sempat singgah di Empangan Semenyih.




 Perjalanan kami sungguh berliku-liku  untuk sampai ke atas.




Jam 5.30 petang kami selamat sampai di pusat bandar Bukit Fraser. Alhamdulillah.


Checkin kat Shahzan Inn. Bebudak ni dapat dua bilik bersebelahan. No bilik mereka 111 dan 112. Kutinggalkan mereka untuk chekinkan Pak Agos pula di Puncak Inn yang terletak di hadapan Shahzan Inn. Berjanji dengan bebudak jam 6.30 petang turun ke bawah untuk membuat sedikit latihan.



Pukul 8.30 malam kami makan malam di sini beramai-ramai bersama-sama dengan penari-penari dari Pulau Carey.




9.30 malam. Penat rasanya nak meneruskan latihan. Kuarahkan mereka berkemas dan kutinggalkan pesanan, jika mahu berjalan-jalan disekitar bandar...pergi beramai-ramai jangan gi sorang-sorang. Aku tak mampu nak meneman mereka. Dahlah drive sorang-sorang tadi. Mahu tido dulu beb. Gud nite. See u all 2morrow.

Saturday 8 October 2016

Hari Belia dan Program Bandar Selamat (Sempena Sambutan Hari Bandaraya Shah Alam)

Hari ini kami membuat persembahan di tempat sendiri. Jemputan daripada Encik Fahmi MBSA untuk memeriahkan sambutan Hari Belia yang dibuat di perkarangan Stadium Shah Alam. Kami tiba awal di stadium. Bersiap-siap dan posing bagai di sekitar stadium. Macam ada UFO plak kat belakang kami neh!



Berjalan-jalan cari pasal di AEON Shah Alam untuk tidak mereputkan diri di sini dan kemudian kembali ke stadium untuk menjamu selera.





Jam 8.00 malam kami ke atas pentas untuk membuat sound check dan persiapan persembahan. Dijangkakan kami akan memulakan persembahan jam 9.00 malam tapi terus memainkan lagu sebaik sahaja saound check selesai. Sajer jer. Sebaik sahaja kukhabarkan pada bebudak tadi hanya buat sound check sahaja...semua bengang. Alahai...sorilah.



Jam 8.30 pm kuarahkan budak-budk turun pentas dan merehatkan diri. Ada orang offer soh makan buah-buahan. Free jer katanya. Sampai kami habis buat persembahan...tak siap. Pukul 11.00 malam baru buka tempat tu. Apa la...takpe anak-anak angklung. Bukan rezeki kamu hari ini. Apa-apa pun persembahan yang kamu telah berikan terbaek! Tahniah.




Kami pulang agak lewat juga malam tadi. Terima kasih semua. Sayang kamu semua ketat-ketat!