Saturday 22 November 2014

Majlis Perkahwinan Puteri Siti Sofiah dan Mohd Naidzil

Berbekalkan semangat aku membawa 16 orang anak-anak angklung untuk majlis perkahwinan kali ini. Telah dibekalkan latihan kepada setiap anak angklung yang turut serta sekarang terletak di tangan mereka untuk menghiburkan tetamu dan pasangan pengantin. Tepat jam 10 pagi terus menuju ke Bangi. Anak-anak angklung terus membawa alatan ke dalam dewan dan menyusun atur alatan.

\


Perbincangan bersama-sama dengan band jemputan dan tuan rumah untuk sesi persembahan. Persembahan kami dipecahkan kepada 3 sesi. Sesi pertama menyambut ketibaan pengantin, sesi kedua sewaktu makan beradap dan ketiga menghabiskan baki lagu yang diminta oleh pasangan pengantin.


Sambil menyelam minum air.....kami makan sambil disolek oleh jurusolek import iaitu Nurul 'Atiqah (anak aku actually.....)



Sementara menanti pasangan pengantin tiba, anak-anak angklung layan selera dan beralih tempat berhampiran dengan PA System supaya tidak mengganggu tetamu lain yang datang.


1.30 tengahari pengantin sudah disambut dengan paluan kompang melalui CD dan disertai dengan selawat oleh Emcee. Sebaik sahaja selawat selesai maka lagu 1000 years pun dimainkan dan pengantin mula diarak ke dalam dewan. Tak mpasal-pasal hari ini aku berjalan bersama-sama pengantin dan ahli keluarganya.




Penat berdiri akhirnya sesi kedua pun dimulakan. Pasangan pengantin turun ke meja makan beradap dengan diiringi lagu Bunga Rampai dan tiga buah lagu lagi. Dengarkanlah.....Selesai sahaja lagu Sayang...anak-anak angklung rehatkan diri. 5 buah lagu lagi akan didendangkan sebaik sahaja band jemputan menyanyikan 5 buah lagu.



Selesai peranan kami memunggah barang-barang sekali lagi untuk dimasukkan ke dalam van. Bergambar dengan boss Butik Casa Cinta Puan Nurlela Lazim dan boss Wariseni Budaya Encik Sam Mat Kous sebelum pulang.




Sunday 16 November 2014

Lambaian Seni Morib

Jemputan mengejut ke persembahan santai di Pantai Morib. Latihan dibuat serta-merta untuk anak-anak angklung mengingati semula semua lagu-lagu yang telah dipelajari. Jam 3.00 petang 15 November Pak Ariffin sudah sedia menanti untuk membawa kami ke sana. Perjalanan hanya mengambil masa satu jam sahaja dari seksyen 25 ni....menempuhi 2 tol. Sempat juga menunjukkan rumah pemain bandminton negara Misbun Sidek kepada anak-anak angklung di Banting. Sesampai di pantai Morib Uncle Sam dihubungi. Macam takde apa-apa jer.....lenggang jer kawasan pantai ni.



Kami lepak-lepak dulu minum air dan makan kentang goreng. Sempat juga berposing.


5.00 petang kami mula memunggah barang-barang untuk memulakan persembahan. Awan hitam berarak....hujan mulai turun. Nampaknya persembahan kami di bawah khemah la petang ni nampak gayanya.



Hujan beredar dengan segera dan kami sekali lagi memunggah alatan ke pentas kecil yang ada dan memulakan persembahan untuk menarik pengunjung yang datang ke pantai Morib ni.




Selesai bab 1.....anak-anak angklung diberikan peluang untuk melihat persekitaran pantai Morib dan inilah hasinya.




Selesai menunaikan solat Maghrib di surau yang berdekatan ....anak-anak angklung mula menjamu selera. Makan di tepi pantai dan di atas pentas lagi!



Jam 9.30 malam memulakan persembahan sesi kedua. Mula-mula ingat tak ramai orang.....ada juga rupanya.




Diakhir persembahan kami bergambar beramai-ramai. Terima kasih semua atas kerjasama yang diberikan.



Saturday 1 November 2014

Happy Birthday!

Hari ini baru kami berkesempatan untuk meraikan hari lahir anak-anak angklung dari bulan Mei hingga Oktober serta ulangtahun ke-3 Kelab Angklung Wariseni ditubuhkan. Memang sungguh-sungguh busy aku sepanjang bulan tersebut apa lagi bulan November ini. Kepada anak-anak angklungku selamat menyambut hari lahir..... moga apa yang dicitakan tercapai, jangan lupa hormat kepada kedua-dua orang tua, belajar bersungguh-sungguh. Bukan untuk diri sendiri bahkan untuk keluarga, agama, bangsa dan negara. 




Aina

Azizah Yasmin

Ahmad Amnan

Buat Kelab Angklung Wariseni moga terus menjadi idola kepada bakal pengganti senior dan mengharumkan nama sekolah di persada seni.