Monday 30 September 2019

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

5 orang ahli sahaja yang tinggal untuk mengambil PT3 tahun ini iaitu Veronica, Nur Ain, Saiful Azim, Siti Hazni dan Nadia Sofea. Kami doakan keyaan hangpa semua. Stay focus!




Sunday 29 September 2019

Majlis Tautan Ukhwah Sri Andalas

Selain dari Riezwan , Faris join kami hari ini ...terima kasih. Maybe untuk release tension selepas menjalani percubaan SPM. Kami tiba di SMK Sri Andalas pada pukul 9.45 pagi dan terus bersiap-siap untuk membuat persembahan. Setelah barangan dan alatan di susun kami terus ke kantin untuk bersolek dan bersiap. Sementara menantikan pa sistem siap dipasang kami menjamuu selera terlebih dahulu. Sedap hidangan hari ini. Ada cendol, ada kuih-muih, ada roti john dan macam-macam lagi.

  

Majlis dimulai dengan alunan santai daripada kami. Pada jam 12.oo tengahari kami berehat sebentar untuk menantikan ketibaab mempelai. Kami iringi mereka dan kemudian membuat persembahan di hadapan mempelai. Setelah salam restu selesai kami meneruskan persembahan dengan pelbagai alunan lagu pengantin. Kami turut mengiringi majlis potong kek mempelai dengan lagu Suat Cinta Untuk Starla.

 



Oleh kerana mereka kemaruk untuk karaoke maka kami selesaikan persembahan dengan lima buah lagu dengan lagu Madu Tiga yang dipopularkan oleh Tan Sri P.Ramlee sebagai lagu penutup. Hujan....mengiringi kepulangan kami ke sekolah hari ini. Terima kasih anak-anak angklung untuk persembahan hari ini.


Saturday 28 September 2019

Majlis Apresiasi Tingkatan 5

Majlis ini aku tak sertai....hanya Cikgu Siti shaja yang berada di sana. Tahniah....moga aahli-ahli tingkatan 5 ini.....Faris, Fitri, Syahmi, Fazli, Riezwan, Fatihah dan Risma beroleh kejayaan dalam SPM 2019 mereka. Langkah untuk ke menara gading. Gud luck semua....chaiyok!





Thursday 19 September 2019

Pertandingan Tarian Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Daerah Petaling Perdana

Sivagamy menjadi mangsa hari ini untuk membawa para penari ke SJKC Chee Wen yang terletak di USJ 1. Memang malang tak berbau....dalam perjalanan depan Mydin, ytayar keretanya pancit terkena paku. Mangsa orang yang nak cari makan secara tidak jujur. Kesian dia. Aku terpaksa berpatah semula untuk mengambil mereka dan selebihnya mereka naik grab. Kami bersarapan terlebih dahulu dan kemudian bersiap-siap untuk penyesuaian pentas. Maklum semalam kami tidak dapat hadir untuk menjalani rehearsal. Jam 9.30 pagi pertandingan dimulakan, hanya 5 buah sekolah menengah sahaja yang bertanding hari ini sementara sekolah rendah pula 18 buah. Keputusan akhir kami mendapat tempat ketiga berkongsi tempat dengan dua buah sekolah yang lain. Boleh la....percubaan pertama kan.

  

  




Wednesday 18 September 2019

Lawatan Mahasiswa/i UiTM Puncak Alam

Dalam kesibukkan kami didatangi pelajar-pelajar dari UiTM semester akhir yang diarahkan untuk membuat kertas kerja kokurikulum dan mereka telah memilih angklung. Layanan diberikan sepenuhnya walaupun dalam kepala serabut dengan kerja-kerja yang perlu dibereskan secara serampang dua mata. Alhamdulillah dapat meladeni mereka dengan baik sekali. Penutup temuramah kami memberika persembahan secara spontan kepada mereka.




Latihan Tarian

Kali ini kami berlatih untuk menyertai pertandingan pula. Jerebu teruk melanda Shah Alam, sekolah ditutup.....lantas menjadikan penari India kami tidak dapat hadir dan hanya seorang sahaja yang ada. Terpaksa mengubah strategi untuk memenuhi lagu, yang menari lagu Melayu dan Borneo dotarik sekali masuk dalam tarian India ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sebelum balik mengingatkan anak-anak tarian untuk medapatkan rehat secukupnya dan jangan lupa membawa props masing-masing.




Monday 16 September 2019

Assalamualaikum

Mendapat jemputan mengejut dari TV Al-Hijrah untuk membuat persembahan secara langsung dalam rancangan Assalamualaikum....dengan permintaan lagu Sayang Kinabalu dan Puteri Santubong. Mengagau latih anak-anak angklung dalam jangka waktu yang singkat. Alhamdulillah bertemakan pakaian Borneo pagi tersebut kami selamat sampai di studio. Menunaikan kewajipan dan kemudian terus bersiap-siap untuk live. Kami berada di luar studio rupanya. Lagi bagus....jam 7.30 pagi kami melakukan sedikit latihan dan tepat jam 8.00 pagi kami memulakan ayunan angklung dengan lagu Sayang Kinabalu. Secara ditemuramah kami  menutup persembahan dengan lagu Puteri Santubing dengan penyanyii utama kami Nurul Fatihah. Sekian.

  

  




Friday 13 September 2019

Majlis Penutup Hari Kemerdekaan

13 September selepas asar bebudak bersiap-siap untuk majlis penutupan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Macam nak g meminang nampak gayanya. Persembahan kali ini disertai oleh murid-murid yang bukan ahli kelab juga terutama untuk tarian cina dan india. Menunjukkan kepelbagaian kaum yang ada di sekolah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun sound system hamprek.....hahahaha.








Friday 6 September 2019

Latihan Tarian

Kali ini aku menjadi AJK Persembahan Pentas- Tarian bersama-sama dengan Puan Sivagamy. Idea beliau nak buat tarian perpaduan maka aku jemputlah Cikgu Hakim untuk menjadi koreografer. Nak kami ajar tarian ni, tunggang terbalik ada la.....mereka belajar untuk mendapatkan basic steps dan yang lain-lain akan direka dan diubah mengikut kesesuai lagu. Terima kasih Cikgu Hakim.Geli hati melihat gelagat kaum-kaum yang lain apabila untuk menari lagu kaum yang lain. Kaku giler der!






Tuesday 3 September 2019

Sambutan Ambang Merdeka

Sambutan Ambang Merdeka simple sahaja diraikan kali ini oleh sesi petang. Angklung pun tidak membuat persembahan hanya anak-anak angklung terlibat dengan persembahan kelas masing-masing. Aku nak menyibuk aje sebab dalam waktu yang sama jurugambar Dewan Bahasa dan Pustaka datang nak rakam gambar budak-budak pakai baju multi racial dan memberi cenderahati kepada anak-anak angklung yang telah membuat rakaman tempohari.