Saturday 30 September 2023

Karnival Rasa Sayang

Jemputan secara adhock untuk event ini di KL. Masa yang diberikan kepada kami 20 minit. Hanya 10 lagu kami sediakan dan akhirnya hanya 4 buah yang dipersembahkan. Makanan dan minuman disediakan untuk kami dengan diberikan kupon belian bernilai RM10. Alhamdulillah. Hari ini hanya aku dan Cikgu Izzakir yang bertugas. Cikgu CT tak berapa sihat hari ini.




Tuesday 26 September 2023

Potluck dan Sambutan Hari Lahir

Dah lama rasanya kami tak buat aktiviti sebegini. Makanya pada 26 September sempena aktiviti gotong-royong Madani yang lalu, kami meraikan anak-anak angklung yang telah bertungkus-lukus menjayakan setiap aktiviti kelab pada tahun ini. Moga di masa-masa depan makin ramai yang akan menjadi ahlikelab ini dan menyumbangkan bakti  kepada sekolah dan negara.







Saturday 23 September 2023

Gotong-royong Madani

23 September 2023, hari ganti persekolahan tetapi sesi lebih kepada aktiviti gotong-royong. Kami mengambil kesempatan membersihkan kabin, bilik angklung, butik dan Laman Nada. Sementara mereka menjalani latihan pada jam 10 pagi aku membersihkan kabinhadapan agar kerja-kerja pemversihan dapat dilakukan dengan cepat. Kerjsama dari anak-anak buah sungguh memberangsangkan dan kesemuanya ceria menjalankan tugas masing-masing. Lihatlah hasil kerjasama kami.
















Monday 18 September 2023

Majlis Penutup Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

Peranan kami sebagai backup kepada 2 orang penyanyi utama yang mendendangkan lagu Malaysia Madani. Persembahan kami lebihkan kepada Kelab Kesenian dan Kebudayaan sekolah. Hanya satu tarian yang kelab turut serta iaitu Tarian Magunatip. Kesemua penarinya dari ahli kelab angklung. Sempat juga bergambar bersama-sama pengetua sebelum persembahan.






Persembahan kami hari ini Qisya, pemaun cilik kami turut serta. Gembiranya Si Cilik ini apabila mengetahuinya dan tak sabar-sabar untuk membuat persembahan. Tahniah Qisya, dalam 2 jam sahaja sudah dapat menhafal skor lagu dan step dengan baik.







Sunday 10 September 2023

Tautan Ukhwah : Gerbang Astaka Event

Kali kedua kami ke sini tetapi kali ini persembahan waktu siang. 9.30 pagi kami bertolak ke sana menggunakan 3 buah kenderaan. Majlis akad nikah masih belum selesai waktu kami tiba so kami berehat di khemah luar sambil bersarapan. Jam 10. 45 pagi baharu kami boleh masuk ke dalam dan memulakan persiapan persembahan. Kali ini kuserahkan anak-anak kepada Cikgu Izzakir untuk menguruskan mereka kerana aku kena bertugas sebagai penjaga audio.


Perjalanan majlis berjalan lancar walaupun adalah sedikit terjungkit waktu pengantin masuk dan iringan persembahan. Namun semuanya ok. Persembahan diteruskan sehinggalah kami selesai memainkan 23 buah lagu yang kami sediakan untuk majlis hari ini. Terus bergambar dengan mempelai dan kemudia mengisi perut kami. Lauk pauk pengantin sudah habis...namun alhamdulillah masih ada rezeki kami, nasi putih beserta ayam mask merah dengan sayur salad dicecah samball belacan. Dapat juga merasa bubur kacang dan ais krim.






Hujan turun dengan lebat. Kami menanti reda sedikit dan kemudian mengambil kereta untuk memudahkan barang-barang dimasukkan ke dalamnya. Almaklum.....alat kami dari buluh dan kulit. Memang pantang kena air. Jam 4.00 petang kami isampai di sekolah dan bersurai setelah selesai berkemas. Terima kasih kepada semua anak-anak angklung yang terlibat hari ini.