Sunday 29 May 2016

Muzium Istana Kesultanan Melaka (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Sarapan pagi di rumah Encik Jamal yang mempunyai restoran di Kampung Morten, Melaka. Makan nasi lemak dan lontong pagi ini. Terima kasih daun keladi  tuan rumah.


Meneruskan perjalanan ke Banda Hilir untuk persembahan seterusnya hari ini di Muzium Kesultanan Melaka. Tetapi sebelum memulakan persembahan kami menyambut hari lahir seorang yang istimewa pada hari ini Puan Ernie Nordin.


Puan Ernie yang diraikan


Sebelum memulakan persembahan...sempat juga kami melawat istana ini dan mendengar penerangan daripada guide muzium.





Pelbagai rentak dan lagu yang didendangkan di sini. Para pengunjung turut mengambil bahagian dalam persembahan kami.







Kami meneruskan persembahan sehingga ke jam 5.00 petang. Pelbagai bangsa, kaum, agama dan para pelancong yang ada bersama-sama kami pada pagi dan petang ini.






Mengucapkan selamat tinggal kepada Melaka pada jam 5.30 petang dan kami pulang ke Shah Alam dengan penuh kegembiraan kerana dapat menghiburkan semua dengan alunan angklung kami. Jangan serik ya...jemput kami lagi nanti.

Menara Taming Sari (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Objektif utama persembahan kami di Melaka pada hari ini....persembahan santai di Menara Taming Sari. Jam 5.00 petang bersedia untuk membuat persembahan seterusnya di sini. Tetapi kali ini persembahan kami bersama-sama dengan tabung sumbangan.







Pelbagai lagu kami hiburkan para pengunjung di menara ini. Rezeki murah pula di sini. Para peniaga disekeliling menjamu kami dengan pelbagai minuman dan makanan. Alhamdulillah. Mendapat sambutan yang memberangsangkan disini. Kami hiburkan para pengunjung yang silih berganti sehingga pukul 9.00 malam dan kemudian kami berkemas untuk meneruskan lawatan malam di sekitar Banda Hilir, Melaka.



Sempat juga bergambar dengan anak ular sawa. Licin tetapi keras.




Hotel Seri Malaysia (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Jam 2.30 petang sudah berada di Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh Melaka. Kami mendapat undangan untuk membuat persembahan santai di sana. Jam 3.00 petang memulakan persembahan setelah siap berkemas.




Lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee mula berkumandang di ruang lobi jotel Seri Malaysia.  Beberapa lagu lain turut juga dimainkan. Sebaik sahaja selesai persembahan kami minum petang di situ. Sempat juga merakamkan gambar kenangan bersama-sama staf hotel dan para tetamu yang ada di hotel tersebut.





Selesai perjelajahan kami di Ayer Keroh. Jam 4.30 petang mula bergerak ke Bandar Hilir untuk persembahan seterusnya di sana.

Lawatan Sambil Belajar ke Melaka (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

7.30 pagi bertolak ke Melaka bersama-sama 13 orang anak-anak angklung Wariseni. Teruja dengan lawatan kali ini kerana kami akan melawat bandaraya yang penuh dengan sejarah. Bermulanya Melaka di situ. Tiba di Kampung Morten untuk checkin homestay pada pukul 10.00 pagi.



Setelah semua beg dipunggah masuk ke dalam rumah, kami keluar semula untuk aktiviti lawatan.


Muzium Samudera
Muzium Kastam

Kinchir Air Kesultanan Melaka

Kubu Melaka

Stadhuys
Gereja St.Paul


A Famosa
Sebaik sahaja selesai persembahan di Menara Taming Sari kami menyusuri Jonker Walk dan Sungai Melaka.


Jonker Walk

Menyusur Sungai Melaka

Sunday 22 May 2016

Irama P.Ramlee (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Hari ini sekali lagi ke Pustaka Peringatan P.Ramlee bertemakan Irama P.Ramlee. Berpakaian batik serba oren menuju ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan pemandu pustaka dan Uncle Sam. Seramai 16 orang anak- anak angklung kubawa hari ini. Sebaik sahaja tiba kami terus menyediakan alatan dan kemudian santai sebentar sementara menanti jam 12.00 tengahari untuk memulakan ayunan angklung kami.



Lagu pertama kami mainkan Getaran Jiwa. Memang menggetarkan jiwa para pendengar dalam pustaka tersebut.


Selesai lima buah lagu kami berehat sebentar untuk menikmati makan tengahari. Nasi ayam goreng berempah. Memang special dan sedap. Puan Darsila turut sama menemani kami makan pada hari ini. Terima kasih Puan Darsila.



Sebaik sahaja selesai makan kami memulakan semula persembahan. Sempat juga kami bergambar dengan artis yang mempunyai mirip suara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Ahmad Fauzee. Beliau juga turut memuji persembahan kami pada hari itu. Terima kasih.



Jam 2.00 petang kami selesai memainkan 19 buah lagu P.Ramlee dan diakhiri dengan lagu Lagenda yang ditujukan khas buat beliau. Lagu ini dipopularkan oleh Sheila Majid dan kami alunkan dengan angklung pula. Sayu rasanya mendengar lagu tersebut. Sehingga kini tiada siapa yang dapat menandingi kehebatan allahyarham.


Persembahan kami juga disiarkan dalam blog lain.