Tuesday 30 August 2022

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Lelah dengan pelbagai majlis, hari ini penglibatan kami paling sempoi iaitu hanya menggemersikan angklung untuk lagu Tanggal 31 dan Jalur Gemilang bersama-sama dengan seluruh warga SMKTSM.








Monday 29 August 2022

Permata Merdeka : Tadika dan Taska Zon Tengah Shah Alam

Memeriahkan majlis sambutan Hari Merdeka 20 buah taska dan tadika di Shah Alam bertempat di Dewan Alamanda, Seksyen 20, Shah Alam. 






Sunday 28 August 2022

Tautan Ukhwah : Wedding Space

Team kedua menuju ke Kapar pagi ini untuk majlis perkahwinan. mempelai hari ini Mat Salleh. Bagusnya.....dia datang solo. Tanpa pengiring, tanpa ibu bapa, tanpa handai taulan, tanpa rakan-rakan. Begitu berani jejaka Mat Salleh ni. Congrats bro.....u memang HEBAT!










Hari Terbuka PPD Petaling Perdana 2022

Dua hari kami menyertai karnival ini iaitu pada 27 dan 28 Ogos 2022. Hari pertama kami membuat gimik perasmian dan persembahan sebuah lagu. Pada 28 Ogos pula kami mendendangkan 4 buah lagu patriotik iaitu lagu Tanggal 31, Gemilang, Warisan dan Saya Anak Malaysia.










Friday 26 August 2022

Majlis Sulaman Kasih dan Junjungan Budi Puan Mary dan Puan Zakiah

Majlis yang asyik bertukar-tukar tarikh dan akhirnya 26 Ogos menjadi pilihan. Kelab hanya menyediakan persembahan sederhana sahaja untuk mereka dengan mendendangkan lagu Terima Kasih Cikgu dan mengiringi masuk serta lambaian kasih kepada kedua-dua YB ini. Selamat bersara dan menjalinkan ukhwah yang erat dengan saudara-mara setelah bersara!








Wednesday 24 August 2022

Majlis Anugerah Cemerlang PPD Petaling Perdana

Mendapat panggilan daripada Ketua Unit Kokurikulum PPD Petaling Perdana untuk membuat persembahan dalam majlis Anugerah Cemerlang PPD Petaling Perdana yang berlangsung pada 24 Ogos 2022 di MMU, Cyberjaya. Pertama kali kami ke sini untuk membuat persembahan. 23 Ogos kami bertolak ke sana bersama-sama dengan 3 buah kenderaan. Sepatutnya hanya dua sahaja tapi Datuk Magendran meminta untuk maembawa Farahiya. Maklum....artis SMKTSM ni. Persembahan berjalan lancar dan mendapat pujian daripada pelbagai pihak. Terima kasih anak-anak angklung!!!







Friday 12 August 2022

Perasmian REHDA Sentral i-City

Tugasan kami pada ringkas sahaja pagi ini. Mengiringi VIP ke ruang majlis dan memainkan sebuah lagu iaitu lagu Getaran Jiwa. Menunggu sahaja yang mengambil masa yang panjang....biasalah VIP kan....akur dengan ini. Sebaik sahaja tamat persembahan kami terus pulang ke sekolah sebelum yang lain-lain bertambah bising di atas tugasan kami hari ini.








Tuesday 2 August 2022

Pertandingan

Mencuba nasib dalam pertandingan Persembahan Berkemahiran Bermain Alatan Muzik yang dianjurkan oleh SMJK Sin Min, Sungai Petani Kedah.