Sunday 26 November 2017

Majlis Perkahwinan Fifi dan Jaffreen

Persiapan telah lama dibuat dan hari ini 26 November, persembahan angklung menggunakan penari buat pertama kalinya setelah 6 tahun penubuhannya. Latihan tarian telah diketua oleh abang Bardrul dan mereka telah berlatih selama beberapa minggu. Alhamdulillah, dapat mereka melakukan pergerakan tarian seperti yang diinginkan dalam latihan. Berbekalkan 17 orang pemain angklung dan 4 orang penari kami menuju ke Dewan Jubli Perak yang bertempat di Bangunan SSAAS. Jam 10.00 agi kami bertolak ke sana. Hujan gerimis....




Membuat persiapan dan perbincangan dengan emcee yang bertugas dan floor manager anak lelaki kepada tuan rumah. Setelah itu anak-anak angklung dan penari bersiap-siap dan makan sebelum pengantin tiba. 

  

Semasa menanti perubahan sekali lagi berlaku. Pengantin tak mahu turun naik pelamin banyak kali so depa tukar aturcara. Dimulakan dengan iringan ke pelamin dan terus memotong kek. Kemudian ke meja makan disertaikan dengan persembahan pertama angklung.




Berehat seketika menanti azan Zohor dan kemudian disambung dengan ucapan dan persembahan slide. Sebaik sahaja selesai persembahan kedua dipersembahkan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Anak-anak angklung terus bergerak ke hadapan sebaik sahaja selesai persembahan dan bersedia untuk membuat persembahan seterusnya. Lama juga kami menanti ......



30 minit berlalu dengan pantas. Persembahan terakhir kami diakhiri dengan lagu Poco Poco. Bersungguh-sungguh bebudak ni mempersembahkan alunan lagu dengan angklung. Setelah makan dan minum lebih kurang serta bergambar dengan pasangan mempelai kami pun pulang. Awan mendung menanda hari akan hujan dengan lebatnya. Berdoa agar Pak Agus tiba sebelum hujan membasahi bumi Shah Alam ini sekali lagi.Terima kasih kepada pasangan mempelai dan ibunya yang sudi menjemput kami. Semoga persembahan kami dapat menghiburkan para tetamu dan pengantin. 


Monday 13 November 2017

Gotong-royong Perdana Part 2

Isnin, 13 November 2017 selepas mengambill ubat terus ke sekolah. Ambil sarapan dan kemudian meneruskan kerja-kerja melakar mural di dinding sebelah Bilik Angklung. Jam 10.00 pagi muncul Elisa dan Aslinda. Tugasan mereka hari ini....membersihkan bata dan mengecat bata dengan warna biru muda. Cat yang diperolehi daripada bengkel KH. TQ Rahani bagi kami cat. Aku terus melakar. Tak boleh nak serah pada mereka tugasan ini. Agak kritikal. Aku pun terhegeh-hegeh nak buat ni....

Jam 1.00 petang berehat sebentar dan hilangkan dahaga di kantin. Ehsan meminta kunci bilik angklung untuk meneruskan kerja-kerja di Laman Nada. Jam 2.00 petang kulihat Ehsan dan Aslinda  sedang mengecat bata-bata yang masih belum dicat. Bagus....pandai mereka menjalankan tugas tanpa arahan.

Aku terus melakar dalam panas terik dan berehat sebentar pada jam 3.00 petang untuk menjalankan tugas guru disiplin untuk pendaftaran budak-budak dari SK1 hari ini yang dijalankan di kantin. Agak-agak sudah reda aku menyambung semula tugasan melakar di belakang. Sebaik sahaja mengecat selesai aku arahkan Ehsan untuk menyiapkan lakaran sementara aku menjadi pemerhati. Akhirnya siap juga lakaran 3D . Okey.....kita unggu esok. Apa cerita seterusnya.






Thursday 9 November 2017

Gotong-royong Perdana

Aktiviti yang tidak dirancang pagi ini. Membersih dan mengemaskini Laman Nada. Mural pun nak tukar ....dah 2 tahun kot umur mural yang ada kat dinding tu. Alhamdulillah semua memberi kerjasama dalam aktiviti ini. Terima kasih anak-anak angklung atas sokongan.









Wednesday 8 November 2017

Latihan Tarian Bersama-sama Abang Bardrul

Persediaan untuk  majlis perkahwinan pada 26 November nanti di Dewan SUK... membuat temu janji dengan Bardrul untuk mengajar step tarian kepada anak-anak angklung. Dalam kesibukan duti di sekolah menjaga anak-anak menghadapi SPM paper Sejarah hari ini, sempat menguruskan aktiviti kelab dan Cikgu CT juga turut membantu. Alhamdulillah, berkat latihan yang dilakukan setiap hari oleh anak-anak angklung banyak membantu step tarian hari ini. Sekejap sahaja mereka dapat mengikuti rentak tari abang Bard. Tinggal esok sahaja untuk mencuba dengan angklung. So....tunggu!






Sunday 5 November 2017

Calon SPM 2017


Moga Azean dan Hanis cemerlang dalam SPM 2017. Berjaya menjawab semua soalan dengan cemerlang. Teruskan perjuangan dan KAW Team sentiasa berada di belakang anda berdua memberi sokongan!

Friday 3 November 2017

Sambutan Hari Lahir Julai - Disember 2017

Hari ini kami mengadakan sambutan hari lahir untuk anak-anak angklung yang dilahirkan pada bulan Julai sehingga Disember 2017. Kesempatan ini digunakan juga untuk melatih lagu Happy Birthday dengan menggunakan angklung. Masih kekok lagi mereka....atau main-main semasa menghayunkan angklung? Uncle Sam berpuas hati dengan gemersik lagu tersebut dan meminta agar latihan nyanyian didahului sebelum angkllung dimainkan bersama-sama. Yes boss, saya yang menurut perintah!

Geng besday Julai - Disember






Projek Student UiTM Puncak Alam

Kunjungan yang entah ke berapa kali daripada mahasiswa dan siswi UiTM untuk projek mereka tentang angklung. Masih tidak mendapat salinan daripada mereka yang lepas-lepas. Membuat perjanjian dengan mereka untuk mendapatkan satu copy sebagai bahan dokumentasi kami atas kunjungan mereka.





Sempat juga mereka menemubual Encik Sam yang kebetulan hadir untuk melihat  latihan tarian yang tidak dapat dilaksanakan hari  ini oleh kerana jurulatih masih  bermesyuarat dan tidak dapat keluar daripada meeting tersebut. Kami ganti pula dengan latihan tarian untuk lagu Koo Kad. Perubahan step yang biasa kepada satu ritma yang baru mengikut ayunan kaki anak-anak dalam YouTube.