Tuesday 30 January 2024

Karnival Eksplorasi STEM Negeri Selangor 2023/2024

 



Tugasan kami bermula pada 28 Januari 2024 dengan mengangkut semua peralatan dan bahan pameran serta persembahan. Dua tuga kali pusing jugalah untuk menguruskannya termasuk membantu rakan sepameran Farahiya. Nasib baik dia ada, banyak juga bahan kami pinjam untukmerealisasikan tempat pameran kami. Apa kena mengena angklung dengan STEM? Ada......angklung juga mempunyai inovasi tersendiri walau diperbuat daripada buluh sahaja.

29 Januari kami terlibat dengan pameran untuk hari pertama dan juga persembahan perasmian majlis. Kami dendangkan pelbagai lagu sebagai halwa telinga semasa mereka menikmati jamuan makan. Dua buah lagu turut dinyanyikan oleh Joannane iaitu lagu yang dipopularkan oleh Siti Nurhaliza PErcayalah dan Sisa Rasa oleh Mahalini. Pameran kami turut mendapat sambutan daripada para pengunjung.

30 Januari, kami menyambung pameran kami untuk hari terakhir. Kali ini Reshma, Levialin dan Farhanis sahaja yang bertugas. Namun sewaktu mengemas, Naufal turut membantu kami di kabin. Kerjasama...itulah kata kunci yang utama membuatkan kerja-kerja mengemas kami berjalan lancar dan siap dengan cepat.

Pengalaman yang amat berharga untuk kelab. Moga kami diberikan peluang lagi untuk menyertai pameran yang lain.











Friday 19 January 2024

Majlis Sanjungan Budi Setulus Kasih : Puan Mahyani@Shima binti Kamarul Zaman (PK Kokurikulum)

Dalam kesibukan dengan anak-anak angklung menghadapi UASA, latihan diteruskan pada waktu petang dengan menggunakan angklung solo dan dikombinasikan dengan angklung ensemble. 7 orang pemain angklung senior terlibat iaitu Naufal, Levialin, Umairah, Farhanis, Charonnica, Joannane dan Arifah. Waktu persembahan aku turut melibatkan diri untuk memeriahkan majlis. Untuk Puan Shima kami hadiahkan gambar yang dilukis secara live, dan kami sempat bergambar bersama-sama beliau sewaktu penyampaian hadiah tersebut oleh Pengerusi kelab Levialin. Selamat bersara Puan Shima moga lagu kami Monokrom menjadi ingatan puan pada kami.














Thursday 18 January 2024

Majlis Apresiasi PPKI SMK SS17

D-Day - bertempat di Dewan Sri Impian Hotel UiTM Shah Alam, majlis disempurnakan dengan jayanya pada hari ini. Anak-anak angklung dapat bermain dengan baik. Dendangan gemersik angklung 2 buah lagu yang dimainkan Empat Dara dan Kenanganku dapat mencuit telinga para tetamu yang hadir. Terima kasih atas bantuan dan sokongan semua guru-guru dalam usaha aku mengajar dan membimbing anak-anak PPKI ini.







Sunday 14 January 2024

Saturday 13 January 2024

Gotong Royong Seikhlas Hati

Bila org tua buat keje...mengesot...tapi semangat yg masih membara..kata Cikgu CT. Aktiviti sabtu dgn tema seikhlas hati.








Tuesday 9 January 2024

Latihan Solo

Levialin. Farhanis dan Syafiq secara sukarela mahu berain secara solo dan mereka berlatih tanpa guru hari ini sehingga Jumaat. Persediaan untuk Hi-Tea Program STEM pada 30 Januari nanti di SICC. Syabas .... teruskan usaha ini.





Thursday 4 January 2024

Hari Anugerah Kualiti 2023/2024

Buka seolah sahaja harus menghadapi satu event yang penting di sekolah. Anak-anak angklung telah menjalani latihan bermula dari hariSelasa sebaik sahaja cuti persekolahan selesai. 4 buah lagu kami sediakan untuk majlis ini iaitu Asmaradana sebagai persembahan yang pertama, The Final Countdown persembahan yang ketiga. Sementara 2 buah lagu l agi iaitu Embun Sok Sek dan Saajanji Ghar Aaye sebagai persembahan santai waktu rehat para pelajar. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan persembahan murid pun lancar.














 




Tuesday 2 January 2024

Latihan 1

Persiapan untuk majlis pada 4 Januari nanti. Naufal dan Farhanis ditugaskan untuk menjaga adik-adik semasa menjalani latihan kerana aku perlu berada di SMK SS17 untuk melatih anak-anak PPKI di sana. Tahniah senior....dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik sekali.