Sunday 24 May 2020

Sambutan Raya PKP

Tahun ini pasukan kami hanya meraikan Hari Raya di rumah masing-masing sahaja. Hanya dapat mengirimkan gambar tanda ingatan tulus ikhlas. Maaf zahir dan batin dari kami semua. Didoakan agar semuanya akan berakhir dengan ssecepat mungkin. Amin, amin yarabbalalamain.


Thursday 14 May 2020

Kemelut PKP 2020

Kelmarin, semalam dan hari ini aku ke sekolah untuk melihat keadaan kabin dan bilik angklung. Sedih....semua pokok yang baharu sahaja ditanam sebelum PKP mati. Kering semuanya disebabkan tidak mendapat cukup air. Kugagahi membuang dedaun dan ranting kering menggunakan tangan. Tak kuat rupanya. Kubuat ala kadar sahaja dan semalam aku kembali lagi untuk meneruskan tugasanku. Setelah siap di bahagian luar aku masuk ke dalam kabin dan membersih serta menyusun angklung. Kemas. Setelah berpuas hati dengan kerja-kerjaku tadi aku pun pulang. Sakit badan-badanku. Maklum dah lama tak buat kerja berat. Cuti! Hari ini sekali lagi aku kembali ke sekolah untuk mengemas bilik angklung pula. Puas hati hanya tinggal pakaian yang tidak dapat disusun dalam Bilik Butik. Insyallah apabila semuanya reda akan ke sana pula.