Wednesday 25 February 2015

Latihan Intensif

Anak-anak angklung generasi ke lima telah memulakan latihan intensif sepanjang bulan Februari ini. Semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka sungguh mengalakkan. Tahniah diucapkan dan teruskan usaha anda untuk menjadi pelapis yang berjaya. Kali kedua Uncle Sam datang dan melatih anak-anak angklung ini. Cepat mereka dapat menangkap dan memainkan skor baru yang ditunjukkan. Terang hati sungguh budak-budak ni. 1 Mac merupakan persembahan pertama mereka di Putrajaya. Tunggu dan lihatlah persembahan mereka nanti.








Tuesday 3 February 2015

5th Generation

Thaipusam.....tetap hadir ke sekolah untuk memberi latihan kepada anak-anak angklung generasi kelima. Dua dalam satu.....senior diberikan latihan tarian oleh bekas ahli kelab angklung. Pukul 9.00 pagi mengarahkan anak-anak angklung mengeluarkan alatan untuk latihan. Kelas Ain digunakan sebagai bilik latihan kepada anak-anak angklung tingkatan satu sementara latihan tarian dilakukan di Dataran Kejat. Aktiviti pertama .... memanaskan badan.


Menjenguk sebentar di dalam kelas. Anak-anak angklung tingkatan satu dilatih oleh Uncle Sam...sudah generasi kelima beliau melatih anak-anak angklung dari sekolah ini.


Sekejap ke kelas sekejap ke dataran...dalam berulang-alik sempat juga aku menghabiskan menanda buku latihan anak-anak muridku...juga berkesempatan untuk menambah tanaman di Laman Nada. Hahahahaa.....gelak riak! Apa-apa pun terbaiklah anak-anak angklungku. Rajin datang walaupun cuti. Tabik spring sama kamu. Harap anak-anak angklung yang datang hari ini dapat bertahan.