Saturday 31 March 2018

Majlis Perkahwinan Ain dan Irfan


Persembahan dalam majlis perkahwinan yang ditempah secara mengejut oleh abang Bob Teh Tarik untuk saudaranya di Dewan Alamanda Seksyen 20. Menggunakan khidmat Uncle Sam dan Cikgu CT membawa 15 orang ahli angklung hari ini ke sana. 7 lelaki dan 7 perempuan. Hari ini semuanya dikendalikan oleh Uncle Sam. Alhamdulillah, aku kembali kepada rutin aku merakamkan peristiwa yang berlaku di dalam majlis ini. Uncle Sam seperti biasa mengarahkan anak-anak angklung untuk membuat rehearsal setelah bersiap-siap.


Jam 11.00 pagi kami mula menikmati hidangan pengantin. Lauk ayam masak merah, daging masak hitam, dalca sayur, papadom dan buah oren. Pelbagai jenis kuih muih disediakan, epal bersalut serbuk asam, rojak, kambing bakar...eh macam-macam lagi lah! Selesai makan kami kembali ke belakang pentas dan bersiap-siap sekali lagi sementara menanti pengantin tiba.

 

Jam 12.30 kami mula mengiringi pengantin masuk ke dalam dewan sehingga pintu gerbang sahaja dan kemudian disambut dengan lagu Surat Cinta untuk Starla. Kami menanti lagi di belakang pentas untuk acara seterusnya. Sebaik sahaja acara salam restu selesai maka kami pula mengambil giliran menghiburkan para tetamu  yang hadir. Semuanya nampak teruja terutamanya tetamu dari negara jiran iaitu Singapura.Tidak pernah mereka melihat persembahan angklung sebegini katanya. Satu penghargaan buat kami. Terima kasih.

  




Sebaik sahaja selesai persembahan kami bertolak pulang setelah bergambar dan makan sekali lagi.



Wednesday 28 March 2018

Arts Clinic - Menonton Proses Open Practise Drum & Tabla

Menuju ke Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI di Tanjung Malim bersama-sama Uncle Sam dan Cikgu Siti. Perjalanan hanya mengambil masa satu jam sahaja. Kami bertolak padapukul 5 petang dan sampai pada jam 6 petang. Sebenarnya kami ingin membawa 20 orang nak-anak angklung bersama-sama namun perjalanan balik lewat malam maka Pengetua tidak membenarkannya. Tidak menuruti SOP KPM katanya. Maka itulah hanya kami bertiga sahaja menghadiri bengkel ini. Singgah di kedai makan untuk menikmati Cappucino sementara menanti bengkel bermula. Jam 7.45 bertolak semula ke UPSI dan solat Maghrib di sana. Setelah puas bertanyakan lokasi tempat akhirnya kami sampai juga ke Blok A yang terletak di Bangunan HEPA dahulu dan sekarang menjadi studio muzik. Aktiviti berlangsung lebih kurang 3 jam dan berakhir pada jam 12.00 tengah malam dengan dihidangkan supper roti canai Tanjung Malim. Terima kasih kepada semua ....kami dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan.


 

 



Sunday 25 March 2018

Pesta Teh Tarik 2

Ke Taman Melawati petang ini bersama-sama dengan Cikgu CT, Uncle Sam dan 14 orang nak-anak angklung. Memakai baju korporat berwarna kelabu oren dan perempuan bertudung oren. Berpandukan Waze, menuju ke Food Truck Taman Melawati. Tidak terbayang di kepala aku lokasi tersebut. memang berpandu terus kepada waze...jika sesat waze maka sesatlah kereta kami bertiga ni. Alhamdulillah kami sampai ke destinasi dengan selamat cuma hujan lebat menyebabkan kami terkurung sebentar di dalam kereta.

 

Masuk waktu Maghrib kami masih terkepung dalam kereta dan hujan melai reda. Mengarahkan anak-anak angklung untuk mencari tempat solat dan kemudian makan malam. Taklimat diberikan dan kami akan hanya mengiringi VIP ke meja makan dan kemudian memainkan lagu Negaraku dan Negeri Selangor sahaja. Kuarahkan anak-anak angklung untuk menghafal lagu-lagu tersebut dan sempat juga bergambar dengan Ayahanda Rani Kulup Kipidap Dongibap.....


Bergambar dengan Puan Seri Noor sebelum mengiringi VIP ke meja makan, mendendangkan lagu dan akhirnya bergambar dengan VIP sebelum pulang.



  

Friday 16 March 2018

Memori Untuk Cikgu Rokiah - Terima Kasih Cikgu

Tanggal 16 Mac 2018, hari yang  bersejarah untuk Puan Rokiah. Beliau telah diraikan dalam satu majlis yang sungguh meriah dan tidak dijangkakan. Tarikh lahir dan merupakan tarikh persaraan Puan Rokiah sebagai penjawat awam.....seorang guru yang penuh dengan jasa dan kebaktian. Kelab Angklung diberikan kesempatan untuk meraikah hari lahir beliau dengan mendendangkan lagu Selamat Hari Lahir versi angklung. Semoga Puan Rokiah menjalani kehidupan sebagai warga pencen dengan penuh keriangan. Insyallah. Jasamu dikenang dan dibawa dari satu generasi ke generasi yang lain dan menjadi lagenda!


 

 

Sunday 11 March 2018

Hari Tanpa Kenderaan

Masih lagi lewat......bergerak 6.10 minit  ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk menunaikan kewajipan sebelum meneruskan aktiviti pagi ini.  Faris, Azrul dan Hazni yang lewat diarahkan terus bergerak ke masjid dan kami akan menanti di sana. Menukar tempat pakir dan kemudian mengarahkan anak-anak angklung bersiap-siap dan Ehsan membantu aku menyusun skor dalam fail. 7.15 kami bergerak ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Terus ke khemah urusetia dan kemudian mengmabil sarapan pagi. Meehun goreng bersama-sama air mineral. Alhamdulillah.

 

Bersedia dengan angklung.....menyerahkan lagu kepada orang PA Sistem. Menghala ke tandas awam untuk menunaikan hajat tapi tak kesampaian. CT call...akak dia orang suruh start sekarang. Pulak....pusing balik aku. Simpan dulu apa yang nak dibuang ni.

 

Hari ini CT mengendalikan audio sementara aku merakamkan memori untuk kelab. 5 buah lagu sahaja kami dendangkan hari  ini. Masa diberikan hanya 20 minit. Semuanya berjalan lancar. Setelah mendapat upah kami bergerak pulang ke sekolah. Persembahan yang paling singkat dalam tahun ini setakat ini. Terima kasih kepada anak-anak angklung yang terlibat pada hari ini.

  





Saturday 10 March 2018

Walimatulurus Hafiz dan Sakinah

Cikgu Elsa menghantar message menyatakan hari ini tak dapat nak bantu untuk membawa anak-anak angklung ke majlis perkahwinan di seksyen 23, maka ligat kepala berjalan mencari jalan untuk memudahkan urusan pagi ini. Apa-apa hal pun 4 orang pertama tiba dahulu aku hantar ke sana. Yang menjadi mangsa....Ainaa, Farah, Veronica dan Farid. Destinasi sebenarnya taklah jauh sangat dari sekolah maka tidak membebankan sangat keadaan ini. Jam 10.00 pagi semua anak-anak angklung sudah diangkut ke dewan. Uncle Sam seperti biasa banyak membantu perjalanan majlis menguruskan rehearsal mengiringi pengantin hari ini. Secara tidak langsung menjadi drebar juga pagi ini. Terima kasih Uncle Sam.


Siap membuat latihan dan persiapan anak-anak angklung bersiap-siap di belakang dewan sementara lelaki di luar dewan memakai samping. Ikatan cara baharu hari ini memandangkan Riezwan dan Ehsan tak muat nak buat ikat Jumaat.


Kemudian acara makan-makan. Cikgu CT bergerak ke majlis perkahwinan kawannya terlebih dahulu. Aku duduk makan dengan Uncle Sam. Banyak juga aku makan hari ini siap minum teh tarik dan makan tiga keping kuih lagi. Jam 11.50 pagi kami memulakan persembahan beberapa lagu sebelum bersedia mengiringi mempelai.

 

Jam 12.30 tengahari, pasangan penganti pun tiba dan kami menanti di hadapan dewan. Sempoi jer mempelai. 

  

Selesai mengiringi, kami bersedia untuk majlis merenjis pula......Farid diuji sekali lagi untuk memukul gendang anaknya.


Mempelai diiring turun dengan lagu Tari Bunga Rampai dan beberapa lagu lain semasa makan beradap. Acara memotong kek kami iring mempelai dengan lagu Perfect. Meneruskan lagi ayunan angklung selepas rehat seketika dan akhirnya kami menutup persembahan dengan lagu Poco Poco.


Sebenarnya aku terlalu letih nak bercerita banyak hari ini. Sekadar menulis agar tidak terlepas pandang aktiviti yang telah dijalankan oleh kelab. Bila terlepas sahaja pasti akan tertinggal untuk dicatatkan dalam blog ni. Memang kena cari penulis blog di kalangan anak-anak angklung. 


Wednesday 7 March 2018

Mesyuarat Majlis Makan Malam Semarak Perjuangan

Hari ini bersama-sama Cikgu CT menuju ke Bandaraya Kuala Lumpur, kota yang penuuh dengan cabaran, untuk menghadiri mesyuarat khas. Perjalanan mengambil masa hanya 35 minit sahaja. Perjalanan berjalan lancar tiada gangguan kesesakkan lalu lintas. Terus naik ke bangunan GPMS.....kerja-kerja membaik pulih jalan pula sedang dilaksanakan. terpaksalah emmakirkan kenderaan di luar kawasan. Menapak naik ke atas dan kemudian masuk ke dalam banglo tersebut. rasa was-was juga takut salah tempat. Tapi dalam hati kata pasti inii tempatnya sebab Luan Liza beritahu bangunan GPMS bangunan banglo sebiji. Terus menghubungi Puan Liza untuk confirmkan tempat. Ya, betul. lepak sebentar di ruang solat dan kemudian naik ke atas untuk memulakan mesyuarat. Kehadiran Encik Abu Bakar, ketua Protokol banyak memberi pengalaman baru kepada aku dan Siti. Saling bertukar-tukar idea dan pandangan. Banyak yang dapat dipelajari dalam mesyuarat hari ini. Jam 5.00 petang aku dan Siti beransur pulang ke Shah Alam setelah mendapatkan dan juga memberi beberapa pandangan tentang persembahan nanti. Pasti tarikh persembahan pada 28 April di Hotel Oriental Mandarin yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Suria KLCC. Masalah kami sekarang....nak cari baju...nak cari baju.....nak cari bajet...nak cari bajet....PIBG boleh bantu?

 

 

Cenderamata dari GPMS

Monday 5 March 2018

Pelapis 2018

Antara pelapis-pelapis 2018 yang dapat diupload hari ini....yang lain-lain belum lengkap mengisi borang pendaftaran. So kena tunggu mereka lengkapkan dan baharulah dimuat naik ke laman ini. Cepat ya anak-anak angklung.

  
      Aleya Ummairah                       Annur Aisyah                       Brett Smith

  
       Chiang Chi Cheng                     Dania Saffiyah                        Daniel Neldy

  
      Faiza Dyna                                  Firdaus                            Intan Zur Najahiah

  
            Haiqal                                    Farhan                                Maisarah

  
         Maslinda                                     Amir                                  Azamuddin

  
                    Farid                                      Jazlan                               Zulfikar

  
         Aliah Sabrina                              Nur Aisyah                           Nur Alia Natasha

  
        Nur Alya                                Nur Alyaa Maisarah                  Nr Marsy Suhailah

  
       Shaqila Amylia                        Nur Syakirah                          Nur Zamrina

  
      Nuraina Syuhada                     Izmi Salsabilla                     Nurwaznah

  
       Paarthiban                               Rodrik                                  Aiman Syafiq

  
          Ezuan                                     Frederick                               Shahir

  

             Afiezah                                        Ollevia                              Al Syahil

  
          Nur Liyana Batrisya                Nur Syahira Alia                   Muhammad Haris

  
       Agilan A/L Kaneson          Siti Nor Hasanah Syarun           Nursyaidatul Akma

  
   Muhammad Aqil Syafiq              Mohd Allyazwan                 Nor Danies Daniel Hayqarl

 
             Norman                         Muhammad Rizal