Friday 30 September 2016

Majlis Makan Malam Amal PIBG SMK Bandar Baru Bangi 2016

Kali kedua menjejakkan kaki ke SMKBBB atas jemputan PIBG sekolah ini pula. Bonda juga yang mencadangkan kepada pihak PIBG untuk menjemput kami. Terima kasih bonda kerana diberi kepercayaan sekali lagi untuk menghiburkan para jemputan yang hadir malam ini.


Kami di tempatkan di Bilik Seni. Selesa juga berada di sini ada privacy sket untuk bebudak angklung bersiap-siap. Kami disambut mesra oleh warga SMKBBB dan diiring ke Bilik Seni. Terus mendapatkan aturcara dan memberikan lagu  minus one yang akan digunakan kepada guru bertugas. Kali ini kami akan bermain di dua tempat yang berlainan iaitu Dewan SMKBBB dan Dataran Bestari. Sebelum menghiburkan para jemputan kami hiburkan perut kami dahulu dan kemudian bersiap-siap untuk persembahan.



Menanti giliran kami untuk menuunjukkan bakat kami kepada warga SMKBBB dan PIBG. Uncle Sam tetap jitu dan hadir untuk memberi sokongan padu kepada kami. Thank you uncle! Posing lagi.


8.30 malam kami bergerak ke dewan. Uncle Sam mewakili kami untuk mengambil sijil penghargaan.


Kami memainkan dua buah lagu selepas perasmian iaitu lagu Getaran Jiwa dan Kancing Suasa. Tepukan gemuruh diberikan kepada kami sebaik sahaja Riezwan mengalunkan not pertama angklung.


Bergegas ke Dataran Bestari untuk menghiburkan murid-murid SMKBBB pula yang duduk di situ untuk menonton tayangan Ola Bola! 4 buah lagu kami mainkan untuk hiburan mereka. Harap mereka semua terhibur.


Tamat siaran di dataran bergegas kembali ke Dewan SMKBBB....baharulah mereka boleh menarik nafas buat seketika. Itulah artis dek Non....menepati masa untuk menghiburkan penonton. Disiplin dan etika perlu dijaga. Tak gitu Pak Ngah? Dua buah lagu lagi kami dendangkan. Kun Anta dan Hore Hore Samba. Sebelum pulang kami sempat bergambar dengan guru-guru  SMKBBB dan Bonda Norlila. 






Bergerak ke Bilik Seni dan post mortem persembahan oleh Uncle Sam. Hari ini kami lewat pulang ke sekolah buat pertama kali. Ramai parents anak-anak angklung call bimbangkan anak mereka. Alhamdulillah kami selamat sampai ke sekolah dan pulang ke rumah masing-masing. Fazli dan Azizi sahaja yang perlu kuhantar pulang. Terima kasih daun keladi bonda .....jangan serik jemput kami lagi,



Wednesday 28 September 2016

Hari Kokurikulum SMK Taman Sri Muda

2 projek dilaksanakan pada hari ini. Membuat senamrobik dan menyaksikan majlis perasmian Hari Kokurikulum sebelum melaksanakan projek tersebut.



Selesai sahaja majlis perasmian sambutan Hari Kokurilum kami memulakan projek kami bermain angklung secara marathon. Dimulakan dengan  lagu Inang Cina dan menggunakan kompang, kemudian kami mencuba pula bermain menggunakan jidur, angklung dan kompang. Bakat memang ada dalam diri anak-anak angklung. Mereka dapat bermain dengan baik walaupun baharu sahaja ditunjuk ajar oleh Uncle Sam semalam.





Puan Nuriham, Puan Premlah dan Puan Norhidayah join kami buat seketika untuk menghavockan suasana sekolah pada hari ini. Tak lama kemudian kutinggalkan anak-anak angklung sebentar untuk membeli cat. Rupa-rupanya ayahanda join mereka semasa ketiadaan aku. 





Aktiviti pertama selesai kami maju pula kepada aktiviti kedua iaitu mengecat dinding tembok banner kelab. Puan Elsa incharge hari ini.




Tugasan mengecat diserahkan kepada Puan Elsa sementara aku menyusun atur pasu bunga dan merumput serta menanam pokok bunga semula di bahagian depan tembok. Walau bagaimanapun tugasan ini tidak dapat diselesaikan kerana cat lambat kering. Akan bersambung esok. Bunga dan tanah pun masih belum dibeli. Semua....esok. Sekian!

Thursday 22 September 2016

One School One Country Visit 2016 (OSOC Delegasi Laos)

Mendapat jemputan daripada sekolah Bonda Norlila Omar di SMK Bandar Baru Bangi hari ini. 20 minit perjalanan lewat namun alhamdulillah kami sampai pada waktu yang dijangkakan. Terus menju ke dewan untuk membuat persiapan. Persembahan hari ini adalah untuk meraikan peserta-peserta dari Laos yang akan menyertai Pertandingan Kemahiran ASEAN di Kuala Lumpur.



Puan Elsa membantu hari ini.

Setelah persiapan dibuat kami menuju ke kantin untuk menyumbat perut dengan sarapan pagi. Nasi ayam....wow.


Setelah kenyang kami lepak lagi sementara menanti giliran persembahan kami tiba. Posing untuk ke sekian kalinya.


Masa yang dinantikan pun tiba. Kami memulakan persembahan dengan lagu Siti Nurhaliza, Cindai dan diikuti dengan lagu popular negara Laos iaitu Champa Muang Lao. Persembahan berjalan lancar dan mendapat sambutan hangat daripada para penonton. 





Selesai sahaja persembahan kami pun berkemas untuk menutup tirai tetapi sempat berjoget lambak dengan semua peserta. Posing lagi kat luar setelah siap membuat persembahan.




Sempat makan nasi ayam sekali lagi sebelum pulang dan bergambar dengan bonda. Terima kasih daun keladi bonda. Ada jemputan kami datang lagi.






Sunday 18 September 2016

Pesta Masakan Warisan Melaka 2016 (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

16 orang anak-anak angklung menyertai jelajah hari ini. Amir anak angklung terakhir yang join walaupun sibuk membuat persediaan menghadapi PT3 tapi masih mampu meluangkan masa bersama-sama anak-anak angklung yang lain dalam persembahan hari ini. 6.45 pagi kami bertolak dengan menggunakan servis van Pak Agus. Perjalanan kami terganggu sedikit oleh hujan dan juga rasa nak terkucil menyebabkan perjalanan jauh tersasar. Nak keluar kat Tol Ayer Keroh terlontar jauh keluar kat Tol Jasin. Alhamdulillah kami masih sempat sampai pada waktu yang ditetapkan. Uncle Sam dah sedia menanti dipenjuru jalan untuk menunjukkan tempat parkir kereta.


Terus memunggah barang-barang dan kemudian membuat persiapan. Sound check dan kemudian mengambil sarapan pagi kami yang telah disediakan oleh pihak PERZIM. Terima kasih daun keladi nanti bagi lagi.



Selepas makan waktu untuk kami berposing. Aksi yang memang wajib. Group photo!


Jam 10.30 pagi kami memulakan persembahan disebabkan ruang kosong atas pentas. Kami menguasai pentas sepanjang majlis dan disertai oleh Juruacara Jalan-Jalan Cari Makan Maria Tunku Sobri dan Wan Maimunah. Sungguh riuh dengan celoteh mereka. Joget lambak dan pelbagai jenis joget lagi berlangsung di hadapan pentas bersama-sama dengan para pelancong yang lau-lalang di situ.









Sempat juga kami bergroup photo dengan pengacara jemputan. Walawey...glamer sekejap beb. Dato Pengarah Muzium Melaka, Chef ADABI pun ada.


Apa-apa pun kami telah memberikan persembahan terbaik kami dalam majlis ini. Lebih daripada 25 buah lagu kami dendangkan. Harap semuanya terhibur dengan persembahan kami. Kita jumpa lagi Melaka.




Saturday 3 September 2016

Festival Laman Seni 2016 (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Selesai sahaja persembahan promosi di Uthropolis Marketplave kami menuju ke Laman Seni 7 yang terletak di seksyen 7, Shah Alam. Ramai dan orang di sana. Penuh kawasan dengan kereta. Kuturunkan anak-anak angklung terlebih dahulu dan kemudian aku memakirkan kereta. Pak Agus pun sama. Pertandingan kompang berirama sedang berlangsung semasa kami tiba. Mengemaskan alatan sebaik sahaja selesai pertandingan.



Pukul 12.30 tengahari kami memulakan persembahan di bawah terik matahari. Panas sungguh hari ini. Alhamdulillah.







Pelbagai aktiviti sedang  berlangsung di sekitar Laman Seni 7 semasa persembahan antaranya Pertandingan melukis. Uh, mereka melukis betul-betul di bawah terik mentari. Kesian pula nengok nyer.


Jam 3.00 petang persembahan kami berakhir. Berkemas dan kemudian terus menghantar alatan ke kereta. Uncle Sam membantu aku untuk menguruskan makan dan minum budak-budak kat restoran. Kami makan nasi goreng ayam bersama iar sirap. Alhamdulillah.



ertolak pulang jam 3.00 petang setelah menyelesaikan semua urusan di sana. Selamat tinggal Laman Senii 7. Jum lagi tahun hadapan insyallah.