Wednesday 30 August 2023

Kelas Angklung : Sekolah Jepun Kuala Lumpur

29 Disember aku ke sana dengan cikgu CT untuk menghantar dan menyusun angklung. Bersiap-siap untuk kelas angklung pada 30 Ogos 2023. Bersama-sama dengan 10 orang ahli angklung kami tiba di sekolah pada jam 7.30 pagi dan kami terus menuju ke dewan yang telah ditetapkan bersama-sama dengan puan Kasai. Guru muzik yang dari awal bersama-sama kami dalam menyediakan kelas angklung ini. Encik Ismail Isrami sebagai penterjemah ami dalam kelas ini.

Sesi 1 dimulakan dengan murid darjah 1 dan 2. Kami diberikan hanya 45 minit dalam setiap sesi. Maka kelas yang pertama ini aku terlajak masa sedikit. Namun dapat juga mereka memainkan angklung dengan baik. Kami mulakan dengan mempersembahakan lagu Twinkle Twinkle Little Star.

Sesi 2 dimulakan dengan murid darjah 4. Kai ini aku pintas pengajaran ku dan tidak menggunakan slide dan hanya menunjukkan nada solfa kepada mereka. Dua buah lagu mereka dapat mainkan iaitu lagu Twinkle dan Kimi Ga Yo. Sesi 3 pula terdiri daripada murid darjah 5 dan 6. Kali ini 3 buah lagu pula ditambah dengan lagu Sukiyaki.



Kami berehat seketika untuk makan tengahari yang disediakan khas oleh pihak sekolah sana. Sedapmakanannya. Terima kasih. Sesi 4 dimulakan pada pukul 1.15 petang dan berakhir pada jam 2.00 petang. Singkat sahaja ku rasakan kelas yang terakhir ini. Sempat kami bergambar di luar dewan dan di hadapan sekolah. Kami berangkat pulang dengan diraikan oleh warga sekolah Jepun.









Tuesday 29 August 2023

Bengkel Wayang Kulit Bersama-sama Adiguru Pak Nasir : ASWARA

28 dan 29 Ogos berguru pula dengan Pak Nasir Adiguru Wayang Kulit di ASWARA. Menarik sungguh. Dalam belajar banyak penceritaan pengalaman Pak Nasir yang menjadi panduan dan pengajaran. Kami diberikan tetuang oleh Pak Nasir dan beliau berjanji akan menghadiahkan kelab sebuah gong dan  jidur baharu. 









Friday 11 August 2023

Pertandingan Deklamasi Sajak dan Nyanyian Lagu Anti Dadah

Gabungan antara kelab dan seni kebudayaan. Kelab sebagai bakcup singer dan muzik tambahan angklung. Sementara band pula terdiri daripada ahli-ahli seni kebudayaan sesi pagi. Macam-macam masalah dalam membuat persediaan rakaman. Tak pernag cukup team sehinggalah hari Jumaat 11 Ogos 2023 baharu semua ahli band ada. Team backup dalam lama siapkan video juga deklamasi. Sementara aku dan cikgu CT sibuk dengan persiapan pilihanraya mereka berlatih sendiri. Jam 2.00 petang kami memulakan rakaman vokal dulu oleh Syafierul. Banyak juga take yang kami ambil...diakhir-akhir angkap hilang pula suara Syafierul ni. Nebes agaknya. Setelah selesai kami mulakan rakaman band pula. Hentam sahajalah Labu. Hanya 2 take sahaja kai ambil. Hanyut ke laut semua....hahahahaha. Tahniah guys...ni pernyertaan pertama dari kaunseling sekolah dalam penyertaan pertandingan ini. Kita tunggu sahaja keputusan nanti. Semua sudah dihantar pada 14 Ogos 2023 dan sudah menerima sijil penyertaan peringkat daerah.






Sunday 6 August 2023

Majlis Tautan Ukhwah : Acre Puchong

Demam, batuk dan selsema...memang tiada mood masa ni. Gagh juga iring budak-nudak angklung ke majlis yang telag ditempah beberapa bulan yang lalu. Nasib baik tuan rumah memahami dan gembira dengan persembahan yang diberikan. Mereka tak sangka ada persembahan silat di hadapan pengantin. Alhamdulillah, persembahan berjalan lancar....aku remote dari jauh ajer kat budak-budak siap dengan jeling manja lagi. Terima kasih anak-anak angklung!









Majlis Tautan Ukhwah : Laman Seri Rimbun

Julung-julung kali majlis bekas ahli  kelab kami iringi. Cikgu Izzakir kendalikan majlis ini bersendirian dengan bantuan Saiful dan Patrina. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan persembahan mereka pun mantap katanya. Terima kasih kepada Cikgu Izzakir, Saiful dan Patrina kerana dapat menjalankan tanggung jawab dengan baik. Dapat pujian pula dari tuan rumah....pandai anak-anak angklung bawa diri walau pun cikgu tiada. Tahniah!








Tuesday 1 August 2023

Bengkel Angklung SMK SS17

Hari ini ditemankan Patrina ke sana. Dia menggantikan Shaqila yang menyambung pelajaran di UniKL. Syabas Qila. Pada mulanya kelas berlangsung agak huru-hara kerana murid lupa no angklung dan menggoyangkan angklung. Setelah disusun baharulah mereka dapat bermain dengan baik. Lagu Empat Dara menjadi pilihan untuk mereka latih sebagai persembahan nanti dan cikgunya pun suka. Tahniah anak-anak angklung PPKI ini. Mereka boleh mengikut arahan dengan baik.