Monday 27 July 2020

Baikpulih

Menggunakan waktu senggang yang ada untuk membaik pulih alatan muzik angklung dan gendang.  Perabot di kabin juga untuk keselesaan ahli kelab.Walaupun memerlukan perbelanjaan demi menjaga mutu dan imej tetap dilakukan. Moga kelab ini akan lebih cemerlang!






Friday 24 July 2020

Taman D'Angklung

Menanam pokok bunga yang diberikan oleh Cikgu Safrina. Moga pokok ini akan membesar dengan sihat dan cergas. baharu tanam  hari ini esoknya dah berbunga! Memang sihat dan cergas sungguh.

                      


Thursday 23 July 2020

Latihan P.K.P bersama-sama Uncle Sam

 Ahli-ahli tingkatan satu digalakkan hadir untuk memahirkan diri dalam muzik angklung. Mereka merupakan aset utama dalam kelab ini memandang merekalah yang akan mewarisi dan menurunkan ilmu yang diperolehi kepada ahli-ahli baharu tahun 2021 nanti. memandang mereka sudah jauh ketinggalan setelah berkurung selama lebih dari 3 bulan di rumah disebabkan pandemik Covid-19. Uncle Sam turut sama mengambil peluang memberi tunjuk ajar dalam dua buah lagu kanak-kanak iaitu Kopi Susu yang dipopularkan Sandra Reemer dan Suar Suir Kemuning.



Friday 10 July 2020

Kebun D'Angklung

Cuba memvariasikan halaman kabin kami. Kulihat bunga-buunga yang ditanam hampir mati kesemuanya. Pabila disemak.....alahai anak-anakku. Kau tanam ke ku letak jer benih atas tanah, akar pun terletak jer. Naib baiklah aku cek dan tanam semula. 

  


  

Thursday 9 July 2020

Latihan Versi PKP 2020

Mencuri masa mengadkan latihan khas untuk pelapis tingkatan 1 tahun 2020. Banyak yang mereka cicir sejak PKP beberapa bulan ini. Pendedahan luar juga amat kurang sekali. Tidak mengapa, kita berlatih dulu ya.




Wednesday 8 July 2020

Pertandingan Menulis Sajak

Satu lagi aktiviti dalam talian yang kami sertai....pertandingan menulis sajak Bahasa Melayu dan Inggeris. Menengah Rendah bertemakan Wira Hari Ini sementara MEnengah Tinggi pula bertemakan Esok Yang Baru. Kami mencuba bakat seni yang ada pada anak-anak angklung selain bermain muzik. Ayuh...moga berjaya.


Monday 6 July 2020

Persaraan 3YB : Puan Premilah, Puan Wong dan Puan Shawlet

Hari ni baharu kami dapat meraikan persaraan dua teman sesi petang kami iaitu Puan Premilah dan Puan Wong serta seorang guru sesi pagi iaitu Puan Shawlet. Walaupun dalam PKP kami masih dapat menyambutnya secara sederhana. Hari ini juga lagu sekolah rentak baharu juga dimainkan bersama-sama dengan angklung. Kelab Angklung Wariseni sempat memainkan dua buah lagu sebaik sahaja majlis memotong kek dilaksanakan. Selamat bersara 3YB, jaga kesihatan dan sentiasa ceria selalu.




  


Wednesday 1 July 2020

Latihan Solo

Angklung toel (solo) sudah pun berada di dalam kabiin. Masa untuk anak-anak angklung berlatih pula. Seorang jejaka Acok namanya dan dua orang dara, Patrina dan Ain Sofiya, cuba mewarisi kemahiran ini.