Saturday 30 June 2018

Rumah Terbuka Cikgu Ridhuan

Memecut pulang ke Shah Alam.....kelaparan. Jalan jem plak, sesat lagi....ikut laluan yang jauh. Nasib kami kurang baik hari ini. Namun perjalanan tetap selamat. Rezeki anak-anak angklung petang ini, kami menikmati juadah Hari Raya di rumah Cikgu Ridhuan petang ini. Makanan semua enak-enak belaka, nasi beriani, laksa asam, spaghetti....kekenyangan anak-anak angklung. Terima kasih cikgu kerana sudi menerima kehadiran kami. Yeeeeehaaaaa!




Setia Seraya Residence Putrajaya - Hari Raya Open House

Cukup 15 ahli angkung hari ini. Semua sampai on time ....very very good. Pak Agos teman setia kami hari ini membawa kami ke Putrajaya. Ikut Waze pun sesat barat juga. Apalah jalan kat Putrajaya ni, canggih sesangat. Berpusing 3 kali baharu kami sampai ke destinasi yang dituju. Budak-budak kuarahkan bersiap-siap dan mengeluarkan barang-barang terlebih dahulu setelah mendapat kebenaran daripada Uncle Sam.


  

Kemudian lepak time sementara menanti waktu persembahan tiba. Dua sesi, sesi pertama pada pukull 11.45 pagi sementara sesi kedua pada pukul 3.00 petang. Tiada yang istimewa sambutan di sini sangat....cuma kami dapat berposing lebih sahaja.

  

Seperti dalam jadual, jam 11.45 kami memulakan persembahan....tetamu semakin bertambah ramai di galeri ini. Mantap p.a system pagi ini. Aku sangat-sangat berpuas hati. Alhamdulillah, persembahan anak-anak hari ini bagus sekali.



Selesai sahaja persembahan pertama kami ke belakang semula dan kemudian makan burger McDonald sebagai alas perut bersama-sama air mineral. Hari ini kami mendapat layanan yang sangat-sangat istimewa daripada pihak pengurusan. Sebaik sahaja selesai makan kuberikan sedikit kebebasan kepada mereka untuk melakukan aktiviti sampingan di kawasan galeri. 

  

Sesi kedua dimulakan pada pukul 3.00 petang....tetamu semakin berkurangan tetapi persembahan anak-anak angklung masih mantap. Sebaik sahaja selesai kami beredar pulang dan menuju ke rumah Cikgu Ridhuan untuk Majlis Hari Raya di rumah beliau.






Thursday 28 June 2018

Majlis Sambutan Hari Raya Bersama-sama Galaxy Group of Companies

Bertolak 5 minit lewat, menanti kehadiran Doreen. Missing in action lalu kami tinggalkan. Jalan jem giler! Lari ikut laluan lain......alhamdulillah dalam perjalanan yang mengambil masa satu setengah jam kami sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Hari ini Cikgu Dyna menemani kami ke sana untuk menjadi emcee dalam majlis kali ini. Satu pengalaman yang mahal untuk Cik Dyna kita. Terus naik ke tingkat 4 dan masuk ke dalam Dewan Jasmine. Setelah maklumat diberikan kami pun seperti biasa bersiap-siap.



  

Kemudian kami makan dan berposing di dalam dewan yang amat cantik ini. Besar sungguh dewan neh!

 

Pihak majlis menyerahkan semua tugasan kepada kami untuk diuruskan dengan DJ. Kami turut terlibat dalam permainan teka lagu raya. 5 lagu raya telah digunakan dalam game ini iaitu lagu Satu Hari di Hari Raya, Suasana Riang di Hari Raya, Seloka Hari Raya, Selamat Hari Raya dan Menjelang Hari Raya yang dinyanyikan oleh penyanyi yang tak asing lagi D.J Dave.

  


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, Cik Dyna gojes sebagai emcee hari ini dan diakhir persembahan kami diberikan duit raya oleh Pengurus Besar dan pihak kelab turut mendapat sedikit sumbangan daripada pihak Galaxy. Terima kasih daun keladi. Kami bertolak pulang pada pukul 4.00 petang dan selamat sampai ke sekolah pada pukul 5.30 petang. Alhamdulillah.



Sunday 17 June 2018

DDay - Majlis Perkahwinan Di Mersing

Seawal jam 6.00 pagi, kami mula bersiap-siap dan menunaikan solat Subuh di bilik masing-masing. Kami turun untuk mengambil sarapan pada pukul 7.30 pagi dan terus mendaftar keluar dari bilik hotel. Pukul 9.00 pagi kami menuju ke Mersing Riesa Inn untuk membuat persembahan di sana.



  

Majlis akan dimulakan pada pukul 11.00 pagi, oleh yang demikian kami mengambil kesempatan yang ada untuk bersiap-siap. Sebelum memulakan persembahan, kami mengisi perut terlebih dahulu dan kemudian mendengar taklimat persembahan yang akan kami lakukan daripada Uncle Sam. Kami mendendangkan lagu Suasana Hari Raya yang dipopularkan oleh Anuar dan Ellina, sebagai persembahan pembukaan kemudian diikuti dengan beberapa buah lagu yang lain. Lagu yang menjadi pilihan mempelai.

  


Pasangan mempelai tiba pada pukul 2.00 petang dan kami mengiringi mereka ke dalam dewan dengan lagu Inang Cina. Sebaik sahaja mempelai duduk di singgahsana, kami mempersembahkan lagu Bunga Rampai untuk meraikan hari bahagia mereka. Selesai sahaja persembahan tersebut, kami kembali ke pentas semula untuk menghiburkan tetamu yang lain selepas bacaan doa. Sesi persembahan kami berakhir selepas memainkan beberapa buah lagu pada pukul 4.00 petang. Kumpulan nasyid popular iaitu Raihan turut sama memberi persembahan dalam majlis tersebut.



Kumpulan Nasyid Raihan
Sebelum bertolak pulang, kami menyusun peralatan ke dalam van. Perjalanan pulang kami ke Shah Alam bermula pada pukul 4.15 petang. Pergerakkan kami kali ini lebih perlahan daripada perjalanan kami ke Mersing tempohari. Pada pukul 7.30 malam, kami singgah di sebuah restoran yang terletak di Kluang. Kami disajikan dengan nasi putih berlaukkan tom yam. Kami menyambung semula perjalanan pada pukul 8.10 malam.

  

Akhirnya, kami selamat tiba di sekolah pada pukul 4.00 pagi setelah mengharungi jem selama 12 jam. Kami terus ke Bilik Angklung untuk menyimpan alatan dan pakaian sebelum pulang ke rumah masing-masing. Alhamdulillah.


Nukilan :

Nurul Fatihan Basrun
Senior KAW Team

Saturday 16 June 2018

Journey 2 Mersing

13 orang ahli kelab angklung termasuk Azean, Uncle Sam dan pemandu khas kami tiba di sekolah sebelum jam 11.00 pagi. Kami diberikan tugasan kerana ketiadaan guru kami pada kali ini sebagai pembimbing. Fazli dan Faris memastikan kehadiran kami mencukupi, Riezwan dan Aliff menyusun peralatan di dalam van dan memastikan peralatan mencukupi sebelum bertolak. Manakala Fitri ditugaskan sebagai jurukamera dalam misi kali ini.

  

Pada pukul 11.15 pagi perjalanan pun dimulakan dengan bacaan doa. Selepas tiga jam perjalanan, kami singgah di RnR Ayer Keroh untuk menunaikan solat Zohor dan makan. Kami menyambung perjalanan semula pada pukul 3.10 petang. Perjalanan kami menuju ke Mersing, Johor agak perlahan akibat kesesakan lalu lintas.

  

Setibanya di Mersing, kami singgah terlebih dahulu di tempat persembahan sebelum ke hotel. Ini adalah kerana Uncle Sam ingin memerhati sekitar kawasan tersebut untuk memastikan perancangan persembahan esok berjalan lancar. Kami tiba di Hotel Merlin Inn pada pukul 9.00 malam dan dijamu dengan nasi goreng USA (mana datangnya USA punya nasi goreng neh?) sebelum masuk ke dalam bilik yang disediakan untuk kami. Pada pukul 10.00 malam kesemua ahli kelab sudah berada di dalam bilik masing-masing untuk berehat. Perjalanan yanng amat panjang dan sungguh meletihkan kami hari ini selama 10 jam.

  

  


Nukilan :

Nurul Fatihan Basrun
Senior 2018

Wednesday 13 June 2018

Packing 2 Mersing

Selama tiga hari berturut-turut menjalani latihan sebagai persiapan untuk ke Mersing, hari ni 13 Jun 2018 anak-anak angklung mengemas alatan dan pakaian untuk ke sana. Pelbagai pesanan dan nasihat diberikan. Tugasan juga telah dipertanggungjawabkan kepada senior. Fatihah dan Azean menguruskan pakaian, Aliff dan Riezwan menguruskan peralatan, Fazli dan Faris menguruskan ahli-ahli angklung sementara Fitri menjadi pengurus gajet. Jam 12.30 tengahari Pak Agus tiba dan kami memunggah barang-barang ke dalam van. Moga segala urusan mereka dipermudahkan nanti. Amin.



Friday 8 June 2018

Iftar KAW Team

Perancangan hari ini diteruskan dengan program iftar bersama-sama anak-anak angklung. Seramai 32 orang ahli yang terlibat dan terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Alhamdulillah. Kami berbuka di Resoran Nasi Kukus Sotong Besar yang terletak di seksyen 25. Rasionalnya....agar mudah anak-anak angklung bergerak sendiri atau dihantar oleh ibu bapa mereka. Iftar hari ini ditaja oleh abang Zul JPN, Encik Kamsaini dan Uncle Sam. Terima kasih daun keladi kepada mereka bertiga.

  

  

  

Borak Kopitiam

Persembahan yang tidak dijangka hari ini kami menuju ke Sri Pentas Damansara untuk satu slot dalam rancangan Borak Kopitiam.


Menggunakan khidmat 10 orang anak angklung sahaja yang terdiri daripada tingkatan 4 dan tingkatan 2. Slot kami tidaklah lama, memadai hanya 10 orang sahaja. Studio C pun bukanlah besar sangat so sesuailah. Sampai sahaja di sana kami dibenarkan masukkan oleh Pak Guard dan menunjukkan tempat untuk memakirkan kereta kami. Alhamdulillah dan kemudian kami menuju ke Musollah untuk menunaikan solat subuh. Agak terlewat kami sedikit kali ini kerana salah seorang anak angklung tidur semula setelah dikejutkan oleh ibunya. Sempat membuat sound check dan menyusun atur anak-anak angklung di studio sebelum program bermula.

  

Kemudian kami menanti slot kami. Sempat bergambar dengan beberapa artis yang dikenali ramai.
Cikgu-cikgu pun tak nak lepas peluang jugaks!

  

  

Sekali lagi kami disusun atur sebelum slot kami dimulakan. Hanya beberapa minit slot tersebut sebagai penutup program. Memulakan slot lagu Kancing Suasa dimainkan dan penutup lagu My Heart Will Go On Remix tapi hanya bunyi chord sahaja dimainkan. Mengapa? Sebab angklung kami diluar studio...hahahahahaha. tapi...ada orang perasan tak?

  



Sebelum berangkat pulang kami beraksi di bahagian depan Sri Pentas. Tu dia eh...bila suruh beraksi depan kamera....semua sporting!