Thursday 25 May 2017

Pameran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 2017

Aku terpaksa mengundur ke belakang untuk mengambil Fazli yang lambat sampai. Jalan sudah mulai jem. Kebimbangan melanda aku.Uncle Sam, Cikgu Elsa dan Cikgu Salina telah bertolak tepat jam 6.30 pagi. Alhamdulillah lepas sahaja tol Puchong jalan mulai selesa. Sampai sahaja di parkir kereta aku terus menghubungi Cikgu Salina untuk mengambil barang-barang di dalam kereta aku. Hamboi...macam nak gi shopping plak bebudak ini berjalan. Bila disergah baharulah gear berubah, Macam-macam peel budak-budak ni.

Sarapan pagi tak nampak lagi. Bebudak kuarahkan bersiap-siap mendandankan diri di bahagian belakang dewan sambil aku dan cikgu-cikgu lain membuat sedikit touchup pada booth kami. Sempat merakamkan kenangan sebagai kembar 3 walaupun tak sempat meraikannya di sekolah. Pengetua pula sempat ber'wefie' dengan anak-anak angklung.



8.30 pagi pemain solo pertama Fazli memulakan gemersik angklungnya. 3 buah lagu yang didendangkan iaitu Her Ri Jun Zai Lai, Cant Help Falling in Love dan Aidilfitri. Lembutnya ayunan angklung anak ini. Berkat latihan yang dibuat setiap hari. Syukur.



Alif pula mengambil alih persembahan solo. 3 lagu juga didendangkan oleh anak muda ini iaitu lagu My Way, Kaulah Segalanya dan My Heart Will Go On. Persembahan diteruskan dengan angklung ensemble pula. Kali ini aku tidak merakamkan sangat persembahan mereka. Alahamdulillah semuanya berjalan lancar.



Fazli dan Alif - pemain solo kebanggaan kelab
Ketibaan tokoh guru kami sambut dengan lagu Inang Cina dengan paluan jidur. Kemudian VVIP yang dinanti-nantikan dengan lagu Selamat Datang. Santai sahaja persembahan kami. Sebaik sahaja VVIP masuk ke dewan kami pun melabuhkan angklung untuk berehat. Jam 11.00 baharu kami bersarapan pagi. Jitu sungguh semangat anak-anak angklung. Bangga aku!




Booth kami menerima lawatan daripada pelbagai pihak. Buku tetamu kami dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada para pelawat yang hadir di booth kami.




Selesai makan Herianto, Riezwan, Amir dan Faris mengikut Uncle Sam pulang dengan membawa stand dan jidur. Uncle Sam harus ke destinasi lain pula. Oleh kerana kenderaan kamii terhad, mereka terpaksa pulang terlebih dahulu. Selepas selesai makan tengahari dan VVIP berangkat pulang, kami mula mengemaskan barang-barang dan beransur pulang ke Shah Alam.

Tahniah anak-anak angklung dengan persembahan yang mantap. Teruskan dalam event-event yang akan datang. Ramadhan semakin dekat....tempahan sudah pun penuh. Masa untuk mengumpulkan dana ke Bandung. Insyallah.


Wednesday 24 May 2017

Persediaan Booth Pameran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 2017

Lama sangat aku tidak update blog. Sibuk dengan tugasan seorang guru. Tangan dah macam sotong untuk siapkan pelbagai kerja yang diamanahkan. Ditambah pula dengan kerenah ibu bapa yang sentiasa tidak puas hati dengan GURU. Alahamdulillah, walau apa yang terjadi aku tetap teguh berdiri sebagai seorang GURU. Kembali kepada laporan persembahan. Tahun ini kami diberi kesempatan untuk mempamerkan kebitaraan sekolah kami dalam sambutan hari guru kali ini. Pelbagai persiapan telah disediakan oleh guru-guru penasihat kelab. 24 Mei aku, Cikgu Elsa dan Cikgu Salina ke Dewan D, MAEPS untuk menyiapkan booth pameran kami. Berbekalkan 4 anak bujang aku Fazli, Amir, Faris dan Alif. Pembantu setia...tetap berdiri teguh dibelakang aku walau apa yang terjadi. Syabas anak-anakku!




Setelah siap posing sekali lagi. Tunggu MAEPS, kami akan gegarkan dewan ini dengan alunan angklung dan jidur untuk menyambut ke tibaan VIP dan VVIP. Lokasi booth kami amat bertepatan sekali. Betul-betul bersebelahan dengan pintu masuk ke Dewan D ini. Terima kasih kepada PPD Petaling Perdana kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menghiburkan para tetamu yang hadir.