Sunday 29 November 2020

Haaa Masuk

Projek kami seterusnya...kami juga nak sahut cabaran lagu Empat Dara Haaa....Masuk!!! Semalam kami cuba masuk dalam zoom untuk merealisasikan viral ini namun tak berjaya. Walau bagaimanapun, korang semua tunggu ya kami akan cuba naikkan dalam youtube dalam masa terdekat ini. So....sabar sket supaya hasil video kami bermutu untuk ditontoni semua. Jangan lupa share, view dan like video kami nanti.





Monday 23 November 2020

Pengurusan Sosial Media JKKN Selangor

Hari in aku berpeluang untuk menyertai bengkel secara maya dengan orang-orang kuat dalam seni yang dianjurkan oleh JKKN Selangor. Banyak ilmu yang aku perolehi untuk memperkemaskan media kelab di laman sesawang Facebook. terima kasih kepada penganjur dan kepada orang yang add aku dalam group tersebut. Aku tak tahulah siapa yang syorkan nama aku dalam bengkel tersebut. Langkah pertama telah kubuat untuk mengemaskan lagi page kelab iaitu tentang about. Begitu caranya. Aku kuperkemaskan lagi dari masa ke semasa. Korang tunggu ya. Jangan lupa share dan like nanti.





Saturday 21 November 2020

DDay Angklung's Day 2020

Alhamdulillah.....usaha kami membuahkan hasil. Kumpulan yang diketuai Muhammad Saiful Azim dan Solo Muhammad Zulfikar Noor mendapat tempat di dalam pertandingan ini. Nombor dua dan nombor empat. Kami juga menjadi juara favorit. Tahniah sekali lagi. Semua dijalankan secara live streaming di Youtube dan Zoom. 





Melawat Kebun

Seminggu aku tidak ke sekolah. Apa jadi agaknya dengan taman dan kebun yang berada di hadapan Kabin D'Angklung dan kebun nanas yang berada di sebelah Bilik Angklung. So, hari ini setelah walk-walk di Taman Tasik Shah Alam, aku singgah sekejap di sekolah untuk melihat. Alhamdulillah masih bersih dan hidup semuanya.


  


  



Friday 20 November 2020

Kiraan View dan Like

 Kiraan view dan nilai akan mula dinilai pada 20 November 2020. Telah ku screenshot result pada pukul 12.01 tengahmalam pada 20 November 2020 dan sekali lagi pada jam 8.20 pagi pada tarikh yang sama.





Mendapat perkhabaran.......view dan like dilanjutkan sehingga 21 November 2020. Apa motifnya, aku pun tidak tahu. Hari tu bilangan peserta, dari 10 orang maksima sudah boleh lebih. Berlaku perubahan. Aku ingat hari ini aku boleh merehatkan diri setelah berhempas-pulas mencari like dan view. Tetapi hari ini aku perlu meneruskan sehingga hari esok. Bertabahlah wahai cikgu!


  

Tuesday 17 November 2020

Program Kokurikulum "Celik Kewangan"

PROGRAM KOKURIKULUM: “CELIK KEWANGAN” SECARA DALAM TALIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH SELURUH NEGARA DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ANJURAN BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)


Tempoh Aktiviti : sehingga 30 November 2020

Kelayakan: Semua murid sekolah Rendah dan Menengah

Langkah-langkah : 

1. Menonton video celik kewangan BSN

    https://youtu.be/am9J668AvuA

2. Menjawab Kuiz

     https://www.bsncheckin.com.my/Quiz/Quiz.aspx

3. Mendapat dan mencetak E-sijil Penyertaan peringkat kebangsaan.

    Untuk tindakan Guru Tingkatan


Kuiz BSN  / ➡️ klik

➡️ Pentaksiran Kokurikulum

➡️Pilih Tahun & Kelas

➡️ Cari

➡️ Ikon tambahan KP

➡️Aktiviti pilih -  Kewangan Pelajar Sekolah 

➡️ Peringkat - kebangsaan - Penglibatan 1 

➡️ simpan


  



Wednesday 11 November 2020

Pertandingan Sempena Angklung's Day 2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mohon bantuan untuk anak-anak angklung kami dalam pertandingan sempena sambutan Angklung's Day 2020 anjuran Kabumi Indonesia. Kelab Angklung Wariseni sekolah kami merupakan satu-satunya sekolah yang mewakili Malaysia. Dua orang peserta solo dan satu kumpulan. Pemenang akan dinilai melalui view dan like. Kami memerlukan sokongan anda semua. Lagu yang dibawakan oleh para peserta kami ialah lagu Cindai (Patrina), Dikir Puteri (Kumpulan yang diketuai oleh Muhammad Saiful Azim)  dan Kuch Kuch Hota Hai (Muhammad Zulfikar Nor). Terima kasih di atas sokongan anda semua dan keprihatinan semua.

                                            Kuch Kuch Hota Hai (Muhammad Zulfikar Nor)

                            Dikir Puteri (Kumpulan yang diketuai oleh Muhammad Saiful Azim)

                                                                              Cindai (Patrina)


Tuesday 10 November 2020

Upgrade Kabin D'Angklung

Setelah alatan yang diterima dibersihkan dan dibaikpulih, maka beginilah akhirnya kabin kami. Terima kasih kepada Encik Sam kerana memberi kami bahan-bahan ini. Ceria sedikit bilik kami dan angklung-angklung banyak yang dapat digantung dengan kemas.






Monday 9 November 2020

Buku Teks Pendidikan Muzik Tingkatan 4

Dalam menyiapkan tugasan untuk kelas online pagi ini, terjumpa aku gambar anak-anak angklung yang terdapat di dalam buku teks Pendidikan Muzik Tingkatan 4. Bangga sebentar.....