Sunday 24 November 2019

The Stadthuys of Malacca

Ke Melaka di musim cuti sekolah menuju ke The Stadthuys of Malacca. Angklung akan bergema di dalam muzium ini pada hari ini. Setelah bersarapan pagi di perkarangan muzium kami masuk ke dalam muzium untuk membuat persiapan persembahan. Patrina hari ini ditugaskan untuk bermain secara solo sebagai latihan persediaan untuk dirinya nanti. Jam 10.50 pagi kami memulakan persembahan dengan lagu Bugih Lamo versi caklempong. Alhamdulillah permulaan yang baik dari anak-anak angklung.

 

 


Siswa-siswi dari UiTM Melaka mengadakan aktiviti di sini dan persembahan kami mendapat sambutan yang meriah dari mereka selain daripada pelancong-pelancong asing yang berkunjung di sini. Mereka turut serta mengambil bahagian dalam aktiviti persembahan kami.

  
Berehat seketika untuk menikmati makan tengahari dan kemudian memberi peluang kepada anak-anak angklung menjelajah pusat bandar. Berjanji dengan mereka untuk berada di dalam muzium semula pada jam 2.45 petang untuk memulakan sesi kedua pula. Petang sambutan agak kurang memberansangkan menurut maklumat petugas di sini. Namun kami tetap memberikan persembahan yang terbaik kepada para pengunjung yang ada.




Sebanyak 35 buah lagu telah kami dendnagkan di dalam muzium ini. Penutup persembahan kami memainkan lagu My Heart Will Go On di hadapan pintu masuk muzium dan kemudian berangkat pulang ke Shah Alam. Terima kasih kepada pihak muzium kerana menjemput kami moga di lain-lain aktiviti mereka akan menjemput kami lagi.


Saturday 9 November 2019

WARNA : Final

Menanti sahaja di seksyen 7 oleh kerana aku mengikuti kursus di siini seawal jam 9.00 pagi. Cikgu CT menguruskan anak-anak angklung dari sekolah hari ini. Jam 2.00 petang mereka semua berkumpul di tengah-tengah Laman Seni 7 menanti Encik Fahmi tiba untuk membuat persiapan. Sebaik sahaja beliau tiba kami memulakan persembahan dengan lagu Berjuta Batu yang dipopularkan oleh kumpulan Alleycats namun menggunakan rentak Felix AF. Menjadi juga skor aku kali ini setelah mengubahnya berkali-kali.

  

Setelah selesai memainkan 6 buah lagu kami berhenti untuk seketika memberi ruang kepada kumpulan dan artis lain membuat persembahan. Namun pada pukul 5.15 petang hujan lebat disertakan dengan kilat membuatkan persembahan terhenti untuk seketika. Sejam kami menanti dan Laman Seni 7 ini hampir banjir. Kami semua berkumpul di tengah tengah khemah yang telah disediakan. Anak-anak angklung diarah untuk mempertahankan angklung mereka daari kebasahan hujan. Hari ini kami tak banyak bergambar, lupa pula bawa kamera hari ini.



  

Alhamdulillah hujan reda pada pukul 6.15 petang. Sejam juga hujan rahmat ini mencuci dosa-dosa di bumi. Lantas aku menghantar pesanan kepada Encik Fahmi bertanyakan tentang persembahan seterusnya. Kata putus....persembahan kami berakhir. 6.45 petang acara akan berakhir maka kami mengemas alatan dan memeriahkan persembahan tarian kumpulan Aswara sebelum melangkah pulang ke sekolah. Terima kasih MBSA. Jangan serik jemput kami lagi ya.


Kebetulan, pada tarikh ini adalah Hari Angklung. Berbangga seketika!


Friday 8 November 2019

Sambutan Hari Lahir dan Perpisahan Ain

8 November baharulah kami berkesempatan untuk meraikan hari lahir anak-anak KAW Team pada tahun ini. Di samping itu, kami juga meraikan perpindahan Ain ke Kuala Selangor kerana mengikut keluarganya berpindah di sana. Sambutan dibuat di kabin kami dengan ahli-ahli angklung menbawa makanan masing-masing. Persiapan dibuat oleh anak-anak angklung sementara aku menguruskan murid-murid sesi petang yang mengambil kertas pentaksiran disebabkan tidak hadir pada hari kejadian.

  

Jam 3.30 petang jamuan dimulakan dengan nyanyian hari lahir versi P.Ramlee pun ada.


  


Menjamu selera disamping berkaraoke itulah aktiviti kami hari ini. Bergambar.....itu sudah mesti. Putra menjadi mangsa untuk mengambil gambar kami beraksi. Jam 5.00 petang ku tinggalkan anak-anak angklung meneruskan aktiviti sementara aku menguruskan hal-hal persekolahan sesi petang. Terima kasih di atas komitmen semua.


  

  

Sempat juga bergambar dengan Ain Samsudin. Thank you Ain. Moga bertambah sukses di sekolah baharu dan teman baharu nanti. Jangan lupakan kami di sini.




Tuesday 5 November 2019

Kadet Polis

Cuba menubuhkan kor muzik....masih belum tercapai. Insyallah akan diteruskan usaha ini tahun 2020 nanti.