Wednesday 28 May 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

23 Mei 2014, SMK Taman Sri Muda menyambut Hari Guru. Kelab Angklung Wariseni telah diberi peluang untuk menghiburkan guru dan murid-murid sekolah pada pagi Jumaat ini. Tiga hari telah digunakan untuk persediaan persembahan pada kali ini. Ahli kelab sesi pagi sahaja yang terlibat dalam persembahan sesi pagi. Mereka memainkan dua buah lagu iaitu lagu yang popular di tahun 1980an iaitu Touch By Touch yang dipopularkan oleh band boy Sweden iaitu Joy. Sementara sebuah lagu terkini yang dinyanyikan oleh penyanyi cilik Tegar bertajuk Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.

Setelah majlis bacaan Yasin selesai, anak-anak angklung bergegas ke bilik angklung untuk mengeluarkan peralatan dan menyalin pakaian persembahan.


 

Sempat juga bergambar sebelum memulakan persembahan. Sebaik sahaja tamat persembahan tarian daripada penari-penari Cina anak-anak angklung mula naik ke pentas. Memang nampak gugup di wajah mereka. Malu untuk membuat persembahan di hadapan rakan-rakan sendiri. So dengarkanlah ayunan angklung mereka.





Persembahan yang baik daripada mereka. Tahniah dan syabas walaupun singkat masa latihan tetapi mereka dapat memainkannya dengan baik terutama sekali untuk lagu Touch By Touch.

Petang...giliran anak-anak angklung petang pula membuat persembahan. Mereka juga akan memainkan dua buah lagu. Setelah menyambut guru dengan paluan jidur dan angklung mengiringi guru-guru sesi petang ke khemah peraduan....mereka bersiap sedia untuk persembahan seterusnya.




Persembahan yang agak memberansangkan daripada anak-anak angklung petang. Walaupun baru 3 bulan memepelajari seni angklung namun mereka dapat memberikan persembahan yang baik.....tahniah dan teruskan usaha anak-anak angklung. Jangan patah semangat. Tontonilah klip persembahan mereka pula.



Persembahan kali kedua untuk anak-anak angklung sesi petang. Pengalaman semakin bertambah. Cuti sekolah nanti ada latihan intensif lagi.....cuba hadirkan diri untuk memahirkan lagu-lagu yang lain. Terima kasih semua!


Wednesday 21 May 2014

My Recyle Drum 1st Performance

19 Mei 2013, Isnin....Perhimpunan petang hari ini sangat mengujakan kerana buat pertama kalinya Avinish akan memukul drum recycle ini di hadapan murid-murid sesi petang. Puas dipujuk...baharulah dia berani untuk tampil ke atas pentas. Itu pun dengan ditemani Kesavan dan Kirshen. Cikgu Atiqah siap bagi warning lagi.

                                                

Penari-penari lelaki Kelas Peralihan Azam turut mengambil kesempatan menunjukkan kemahiran mereka menari pada hari ini.





Thursday 15 May 2014

My Recycle Drum Beat

Hari ini aku membawa murid-murid Peralihan Azam ke Rumah Hijau. Untuk apa? Tujuan utama aku untuk melihat kumpulan penari lelaki dan perempuan kelas ini menunjukkan tarian mereka uktuk majlis sambutan Hari Guru pada 23 Mei ini nanti. Di samping itu, kebetulan sudah berada bersama dengan drum recycle, aku mengambil kesempatan cuba mencungkil bakat-bakat yang ada di antara mereka.

Terserlahlah bakat dua orang murid Peralihan Azam iaitu Tavisan dan Avinish. Lihatlah bagaimana mereka menggayakan drum recycle.




Dengarkanlah dendangan mereka....


Monday 5 May 2014

Persembahan Santai, Penyampaian Hadiah dan Kad Keahlian

Majlis hari ini diteruskan walaupun awan mendung. Perhimpunan akan dijalankan dalam dewan sekolah. hanya murid-murid tingkatan 2 dan tingkatan 1 Cerdas yang akan menghadiri perhimpunan hari ini. Sudah sebulan sesi petang tidak mengadakan perhimpunan mingguan disebabkan hujan rahmat.

Pukul 5.00 petang anak-anak angklung sesi petang yang terlibat mula berkumpul di bilik angklung. Setelah arahan diberikan masing-masing menjalankan tugas dan menuju ke dewan untuk membuat persiapan. Awan hitam berarak .......gelap kawasan sekolah seperti sudah Maghrib lagaknya.



Setelah bersedia maka persembahan santai ini pun dimulakan dengan lagu Budi Bahasa Budaya Kita dan Bintang Kecil. Tamat sahaja persembahan majlis penyampaian kad keahlian diberikan kepada 3 orang lagi anak angklung yang telah memberikan komitmen tinggi kepada aktiviti kelab. Diikuti dengan penyampaian hadiah untuk pertandingan Running Man yang telah diadakan pada 26 April yang lepas. Tahniah kepada pemenang dan terima kasih diucapkan kepada Puan Pusparani Penolong Kanan Petang yang sudi menyampaikan hadiah.





Penyampaian Kad Keahlian

Tempat Ketiga - Kumpulan Amira

Tempat Kedua - Kumpulan Muhammad Ariff

Tempat Pertama - Kumpulan Aina

Hujan lebat mencurah-curah menyebabkan alatan terpaksa disimpan dalam bilik disiplin. Ketua-ketua kumpulan mula mengagihkan hadiah masing-masing. Belum selesai pengagihan ........gelap.....blackout! Nasib baik kami dah selamat membuat persembahan tadi. Thank you kepada semua kerana menjayakan aktiviti walaupun hari hujan lebat!



Majlis Penyampaian Hadiah

Pada 26 April 2014, Kelab Angklung Wariseni telah mengadakan satu aktiviti Running Man sebagai aktiviti 
sampingan kelab. Aktiviti ini telah disertai oleh ahli-ahli kelab dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Mereka telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana setiap kumpulan telah diketuai oleh para senior. 

Petugas Penyampaian Hadiah


Perhimpunan Pagi

Barisan penerima hadiah
Emcee of the Day

Aktiviti ini telah diungguli oleh Kumpulan Nur Aina, tempat kedua kumpulan Muhammad Ariff dan tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Amira. Ketua-ketua kumpulan dikehendaki hadir pada perhimpunan sesi petang hari ini untuk majlis penyampaian hadiah.

Di samping itu kelab juga telah menyambut hari lahir ahli-ahli kelab yang dilahirkan pada bulan Feb, Mac dan April pada hari yang sama. Dengan ini dijemput Puan Suri Arini mengiringi Puan Norlial Omar Pengetua SMK Taman Sri Muda untuk menyampaikan hadiah kepada mereka dan juga kepada AJK aktiviti Running Man.

Dijemput AJK aktiviti Running Man naik ke pentas untuk menerima cenderahati :
1. Ahmad Amnan
2. Ahmad Arham
3. Azizah Yasmin
4. Syafika Malla
5. Aida Hazwani
6. Annes Sofea

Ahmad Amnan
Azizah Yasmin


Nur Syafika 

Aida Hazwani

Ahmad Arham

Anees Sofea

Ahli-ahli yang menyambut hari lahir pada bulan Feb, Mac dan April :

1. Syazaliyana
2. Syafika Malla
3. Muhammad Ariff
4. Aida Hazwani

Syazaliyana

Muhammad Ariff

Nur Syafika

Aida Hazwani

Hadiah terakhir merupakan satu hadiah yang amat istimewa kepada ahli ini. Murid ini merupakan pioneer kepada kelab angklung dan memegang jawatan sebagai Pengerusi kelab ini selama 4 tahun berturut-turut. Tidak pernah berkata tidak kepada cikgu walaupun hati berat dan seboleh-bolehnya cuba untuk memenuhi permintaan dan kehendak guru walaupun sering tidak mendapat persetujuan 100% daripada ahli-ahli yang lain. Walaupun sibuk menguruskan diri membuat persiapan menghadapi peperiksaan SPM murid inimasih mampu untuk menyumbang tenaga dan idea kepada kelab. Hadiah ini juga merupakan satu ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas komitmen dan disiplin yang ditunjukkan oleh murid ini dalam aktiviti kelab.. Hadiah ini mungkin merupakah hadiah hari lahir yang tidak akan dilupakan olehnya. Dengan ini dijemput Ahmad Arham untuk menerima hadiah telefon bimbit nokia lumia daripada Kelab Angklung Wariseni.


Diharapkan kejayaan Ahmad Arham ini menjadi contoh kepada murid-murid yang lain untuk berjaya dalam akademik dan bukan akademik. Terima kasih kepada  Puan Norlila Omar kerana sudi menyampaikan hadiah kepada ahli-ahli kelab ini.

Bergambar bersama Penolong Kanan Kokurikulum Puan Suri Arini dan Pengetua Puan Norlila Omar
Ahmad Amnan turut menerima pingat dalam kejohanan Sofball. Tahniah kepada Ahmad Amnan!