Wednesday 30 December 2020

K.AW Prihatin


Change your mindset,

Do positive things,

Think positive,

Let positive people circle around you.

Aktiviti terakhir kelab pada tahun 2020. Membantu kepada yang memerlukan bantuan. Sumbangan pihak yang prihatin dan kami tolong mengedarkan kepada penduduk Taman Sri Muda. Terima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan. Seramai 35 penduduk Taman Sri Muda yang kurang bernasib baik telah menerima sumbangan ini di perkarangan Taman Sri Kilat, seksyen 2

  




Sunday 13 December 2020

Foundation of Media Digital

Hasil kursus bersama HRDF selama 3 hari. Hasilnya Awesome. Tqvm kepada tenaga pengajar dan HRDF.... Harap dapat diberi peluang lagi...

Kalau puas hati, sape nak buat iklan produk, boleh jumpa kami... Boleh buat kira, mur2 jer..

#HRDF

#Dorsett Putrajaya

#BCasualByNita


  





 

Tuesday 8 December 2020

Kronologi Projek 4 Dara K.A.W Team oleh Cikgu CT Rax


Scene 1

Aku n geng nyembang (4 org jer) selalu melepak kat belakang rumah.. Kekadang nyanyi lagu 4 Dara nie.. Almaklum la tgh viral dgn Elly Mazlin. Sekali aku dgr lagu tu, dia tak moh Keluar dari kepala. Sehinggalah lagu 4 Dara dinyanyikan dan digubah semula oleh Faizal Tahir….

Oklah, bukan nak citer pasal tu. Nie citer pasal projek kami, aku n kak ena. Suatu hari aku dapat video clip lagu 4 dara versi ghazal. Mmg sedap suara penyanyinya. Aku forward lagu tu n video kat kak ena. Jom buat projek 4 Dara. Apa tu kata kak ena... La... Dlm hari, ada jugak yg tak ambik tau pasal artis nie…

Hahhahahaha. Tu lah kak ena yg aku kenal, mmg xsuka buang masa pasal artis trending nie. Mcm biasa, aku minta kak ena tgk 4 dara elly mazlin dan versi faizal tahir, elly mazlin. Kak ena nie mmg laju, kalau bab kerja. Jenis tak bertangguh. Kak ena study n jawapannya.. Jom. Terus dikumpulkan budak2 KAW.

Scene 2

Secara ringkas brief Ahli KAW. Laju tau kak ena buat keje. Jumaat ambik Angklung katanya n training kejap. Sabtu kita zoom.

Jumaat, berjumpa lah kami. Mak Saiful masak kan kami laksa yg sangat sedap. Kak ena, dah ready dgn note lagu, dah ready dgn step2 yg perlu dipatuhi. Kena training dulu. Training sampai pukul 2 petang. Esok pukul 3, aku perlu invite semua masuk zoom. Oklah... Bersetuju tgn peranan masing2... Balik rumah. Bg Ahli, mereka balik dgn amaran, jaga Angklung elok2. Jgn kena air, jgn bg adik main. Jaga elok2. Esok zoom pukul 3..

 Scene 2

Sehri sblm perjumpaan, kak ena mencadangkan jika sesiapa nak ubah lirik, sepol kata dia nak masukkan pantun, aku ubah lirik, tp tak final lagi. Ikut kesesuaian..

Angklung telah diberi, training dah. Pada hari sabtu, kami ber zoom... Dari pukul 3 hingga ke pukul 4.30. Terdapat banyak masalah, Angklung tak masuk, xdgr, dgr yg org nie, yg lain tak dgr, suara tak Keluar, line putus2, so aku kata, tak leh jadi mcm nie. Memandangkan laptop kak ena ada problem suara, maka byk aku yg bercakap. Kak ena menaip. Keputusan diambil oleh aku n kak ena, bahawa kami kena buat secara Live. Sepol akan buat story board (biar kan murid berkreativiti).



Hari selasa kami perlu jmp semula.. Kak ena bagi arahan, by tomorrow, storyboard mesti siap... Sepol, ai..ai cikgu...

Hari ahad, storyboard siap...

 Isnin, mesyuarat semula dlm whatapp. Kak ena dah repair skit... Pantun diubah, ikut tema...

Storyboard yg di tambah baik kak ena... Semua setuju... Ahli KAW, esok start penggambaran. Prop semua wajib bawa.....


Scene 3

Jariku begitu berharga....

Hari yg di tunggu dah tiba. Kak ena minta, mesti sampai pukul 10 pagi (rancangan asal 2 petang), pukul 9.10 minit pagi, Ehsan (Pengerusi Kelab) dah sampai rumah aku. Bergerak ke padang awam di Sri Muda. Mulanya ingatkan kak ena tak sampai lagi, rupanya kak ena bawa kereta lain, so kami duduk dlm kereta.

Bila sampai ke tempat perbincangan, kak ena selaku tuan directors hari nie dah siapkan scene utk aku ambil gambar. Semua tersusun rapi. Prop kak ena bawa. Semua Ahli yg terlibat dah diminta membawa prop masing2, selebihnya kak ena yg sediakan. Yatt merupakan pelakon tambahan pada hari nie. Sbb scene pertama perlu kehadiran yatt, maka aku bg tau, kita ambil scene lain dahulu, sehinggalah cikgu yatt sampai...

Di mulakan dgn scene 2 dahulu.. Selesai beberapa scene, yatt sampai. Ada beberapa scene, perlu di ubahsuai untuk menambah baik video kami. Sepatutnya, nyanyian secara beramai-ramai, tapi semasa rakaman, ada yg buka mulut, ada yg tak, ada yg masuk dulu, ada yg lambat, dua tiga kali atas arahan jari aku, mereka masih gagal, tukar plan, seorang jer nyanyi.. Lelaki Muhammad Ehsan dan perempuan Patrina. Kena juga training dahulu. Yg best, beberapa minit nie lah, kak ena n aku mengajar n mendengar nyanyian. Setelah OK, aku rakam, bila rakam, ke laut semula... Mencabar betul...Since kak ena dah post gambar2 nie.. Belakang tabir. Pukul 10, kami dah ada kat padang awam. Kalau hangpa dgr nyanyian sumbang, hangpa jgn kutuk budak2, sbb yg ajar budak menyanyipun, tak boleh menyanyi.. Tp demi projek nie, acah2 boleh lah...


Part Rap, Aiman tak ingat lirik... Adoiii... Menimbulkan kegeraman aku. Aku arahkan yg lain menulis besar2 atas kertas A4, utk dibaca... Akhirnya teknik berjaya.... Lakonan yg lain, semuanya secara spontan diarahkan kak ena... Pengarah tersohor pun tak dapat nak mengarah tanpa skrip... Hahahahhaha.. Hebatkan cikgu...

Projek Haaa... Masukkkk... Belakang tabir. Nie Saiful, dia bertanggungjawab makeup artis kami, Yat Poji, dia sampai lambat. Biasalah... Star...tp bayar murah punya, sgt murah. Dia bg diskaun 100%. Pelakon lain tak pernah jadi pemurah mcm ni... Hahhahhahaha... Lakonan sangat mantap...Ingat kata2 penyanyi utama, nak hodoh xyah makeup... Nak cantik baru make up... Cisss... Hihihihi.

                                     


Oleh kerana cuaca cemburu kan kami, maka, semuanya dibuat secara segera.. Ada 1 scene lagi, Ahli terlibat perlu rakan di rumah. Selesai semua.. Penat, tuhan saja yg tahu. Kerja masih belum berakhir. Edit video blm... Tugas kak ena n saiful. Finally, kak ena pilih video yg disiapkan oleh Saiful, melihat kepada kreativiti murid dan kami spt biasa, suka bila murid mempunyai idea sendiri...

Hasilnya, alhamdulillah, puas hati. Well, bagi yg kata cikgu makan gaji buta... Hope you all think again... Gaji kami tak pernah buta...

GAMBARene 2

Thursday 3 December 2020

Bengkel Telepuk

Sebenarnya aku tak tahu apa itu telepuk....sebab itu bila ditawarkan untuk sertai bengkel ini aku terus daftarkan diri. Seni ini hampir pupus rupanya sebab pewarisnya amat kurang. Alhamdulillah aku dapat mempelajarinya walaupun secara online. Tapi..maklumlahkan...secara maya, maka hasil yang aku dapat pun lemah tak bermaya. namun ia tidak akan mematahkan semangatku untuk terus mempelajarinya. So, aku terus menghubungi Puan Raja untuk memasukkan aktiviti ini dalam Kelab Kebudayaan pada tahun 2021. Ku hubungi Puan Intan untuk mendapatkan maklumat tentang bahan dan alatan yang diperlukan untuk aku siapakan kertas kerja. Hari Rabu nanti aku perlu berjumpa dengan Puan Raja untuk membincangkan hal ini. Moga termakbul aktiviti ini seperti kelab angklung yang telah menjadi kebitaraan sekolah. Aktiviti bengkel ini juga turut disertai oleh Kebawah Dulu Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azozah Aminah Maimunah Iskandarian Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, DK., DMN., SSAP., DK.(Johor)., SPMJ., PKC., PKT., PJK., DK..(Brunei). 



  


    
Bukan senang nak buat ya....

Tuesday 1 December 2020

Disebalik Tabir.....Haaa...Masuk!!

1 Disember 2020, menuju ke rumah Saiful untuk membuat rakaman 4 Dara. Hujan masih renyai-renyai. Ahli yang terlibat sampai seorang demi seorang. Ada plak yang tertinggal angklung, tak bawa apa-apa pun...alahai budak! Nasib baik buat kat rumah Saiful boleh la pinjam baju mak ayah dia juga...hahahahahaha! Terima kasih mak cik dan pak cik. Sedap bihun supnya.

Oleh kerana pelakon tambahan kami belum sampai maka kami mulakan scene-scene yang tidak memerlukannya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun pada mulanya pelbagai masalah yang dihadapi. Biasalah la handle budak-budak memang kena banyak brief dan brief lagi. Singkat sangat memori mereka. Agaknya kena add memory tambahan kat mereka neh! So...korang unggu ya video 4 Dara kami ni nanti. Jangan lupa view, share, like dan subscribe channel kami ni nanti. Haaa.....MASUKKKK!!!!!




  

Sunday 29 November 2020

Haaa Masuk

Projek kami seterusnya...kami juga nak sahut cabaran lagu Empat Dara Haaa....Masuk!!! Semalam kami cuba masuk dalam zoom untuk merealisasikan viral ini namun tak berjaya. Walau bagaimanapun, korang semua tunggu ya kami akan cuba naikkan dalam youtube dalam masa terdekat ini. So....sabar sket supaya hasil video kami bermutu untuk ditontoni semua. Jangan lupa share, view dan like video kami nanti.





Monday 23 November 2020

Pengurusan Sosial Media JKKN Selangor

Hari in aku berpeluang untuk menyertai bengkel secara maya dengan orang-orang kuat dalam seni yang dianjurkan oleh JKKN Selangor. Banyak ilmu yang aku perolehi untuk memperkemaskan media kelab di laman sesawang Facebook. terima kasih kepada penganjur dan kepada orang yang add aku dalam group tersebut. Aku tak tahulah siapa yang syorkan nama aku dalam bengkel tersebut. Langkah pertama telah kubuat untuk mengemaskan lagi page kelab iaitu tentang about. Begitu caranya. Aku kuperkemaskan lagi dari masa ke semasa. Korang tunggu ya. Jangan lupa share dan like nanti.





Saturday 21 November 2020

DDay Angklung's Day 2020

Alhamdulillah.....usaha kami membuahkan hasil. Kumpulan yang diketuai Muhammad Saiful Azim dan Solo Muhammad Zulfikar Noor mendapat tempat di dalam pertandingan ini. Nombor dua dan nombor empat. Kami juga menjadi juara favorit. Tahniah sekali lagi. Semua dijalankan secara live streaming di Youtube dan Zoom. 





Melawat Kebun

Seminggu aku tidak ke sekolah. Apa jadi agaknya dengan taman dan kebun yang berada di hadapan Kabin D'Angklung dan kebun nanas yang berada di sebelah Bilik Angklung. So, hari ini setelah walk-walk di Taman Tasik Shah Alam, aku singgah sekejap di sekolah untuk melihat. Alhamdulillah masih bersih dan hidup semuanya.


  


  



Friday 20 November 2020

Kiraan View dan Like

 Kiraan view dan nilai akan mula dinilai pada 20 November 2020. Telah ku screenshot result pada pukul 12.01 tengahmalam pada 20 November 2020 dan sekali lagi pada jam 8.20 pagi pada tarikh yang sama.





Mendapat perkhabaran.......view dan like dilanjutkan sehingga 21 November 2020. Apa motifnya, aku pun tidak tahu. Hari tu bilangan peserta, dari 10 orang maksima sudah boleh lebih. Berlaku perubahan. Aku ingat hari ini aku boleh merehatkan diri setelah berhempas-pulas mencari like dan view. Tetapi hari ini aku perlu meneruskan sehingga hari esok. Bertabahlah wahai cikgu!


  

Tuesday 17 November 2020

Program Kokurikulum "Celik Kewangan"

PROGRAM KOKURIKULUM: “CELIK KEWANGAN” SECARA DALAM TALIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH SELURUH NEGARA DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ANJURAN BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)


Tempoh Aktiviti : sehingga 30 November 2020

Kelayakan: Semua murid sekolah Rendah dan Menengah

Langkah-langkah : 

1. Menonton video celik kewangan BSN

    https://youtu.be/am9J668AvuA

2. Menjawab Kuiz

     https://www.bsncheckin.com.my/Quiz/Quiz.aspx

3. Mendapat dan mencetak E-sijil Penyertaan peringkat kebangsaan.

    Untuk tindakan Guru Tingkatan


Kuiz BSN  / ➡️ klik

➡️ Pentaksiran Kokurikulum

➡️Pilih Tahun & Kelas

➡️ Cari

➡️ Ikon tambahan KP

➡️Aktiviti pilih -  Kewangan Pelajar Sekolah 

➡️ Peringkat - kebangsaan - Penglibatan 1 

➡️ simpan