Saturday 27 October 2018

Sanggar Angklung SMK TTDI Jaya

SMK TTDI Jaya - menubuhkan kelab angklung dan akan membuat persembahan sulung pada 27 Oktober 2018. Puan Saripah selaku Guru Penasihat menjemput kami untuk mendidik anak buah mereka dengan dua buah lagu. Sepatutnya hanya sebuah lagu sahaja namun pihak pentadbir telah meminta 2 buah lagu. Oleh yang demikian aku sarankan lagu Bulan Di Pagar Bintang selain lagu permintaan mereka lagu Lagi Syantik. 8 jam masa diperuntukkan untuk kami mendidik mereka. Alhamdulillah, setelah mengharungi pelbagai rintangan dari saat mula mengajar hinggalah raptai akhir, anak-anak didik bersemangat dan dapat memberikan persembahan terbaik mereka.

  

 




Saturday 13 October 2018

Busking Hari Sukan Negara

Job kami hari ini paling simple dan santai sekali. Kami main ikut sesuka hati kami.......dapat arahan daripada Puan Malisa kami pun on. Hanya menghiburkan para peserta Walkathon dan Cabaran 100 Hari. Terima kasih kepada Unit Sukan meminta kami membuat persembahan ini. Memang santai sungguh. Encik Wahi pun turut serta bermain sama. Teringat jaman dulu-dulu katanya.

  

  





Hari ini juga merupakan hari penyampaian tokoh kokurikulum 2018. Nurul Fatihah Basrun dari kelas 4 Setia dan Muhammad Shakil Amri bin Rosli dari 2 Bijak menggondol Tokoh Kokurikulum Kelab sesi pagi dan petang. Tahniah! Aku turut sama menguasai Tokoh Guru Kokurikulum 2018 untuk Kelab dan mendapat hamper bagi buku laporan terbaik.

  

  

Kami sudahi persembahan hari ini dengan bergambar beramai-ramai di atas penatas bersama-sama sang juara!



Thursday 11 October 2018

Kelas Angklung 3 Ambilan 2

Uncle Sam mengambil alih melatih ahli-ahli ambilan 2 hari ini. Aku pula meneruskan latihan bersama-sama ahli-ahli lama untuk persediaan busking pada Hari Sukan Negara yang akan berlangsung pada 13 Oktober 2018. Mereka akan mengadakan acara Walkathon sementara KAW Team pula akan membuat Buskington.....wahahahahaha! Tahniah kepada ahli-ahli ambilan 2 kerana hadir menjalani latihan hari ini. Moga berjaya unturk mewujudkan satu kelab baharu dalam sekolah ini dan menjadi kebanggaan semua. Hari ini juga merupakan hari yang bersejarah kerana pada tarikh ini, kelab angklung di sekolah ini ditubuhkan. Maka umur kelab ini sudah 8 tahun.......alhamdulillah masih berdiri teguh untuk meneruskan perjuangan seni budaya ini.



Saturday 6 October 2018

Himpunan Penggiat Seni Budaya Selangor


30 orang ahli angklung yang terdiri daripada ahli tingkatan 1, 2 3 dan 4 menyertainya. Terima kasih di atas kerjasama semua ahli hari ini. Terima kasih juga kepada kedua-dua ibu Fatihah dan Annur yang turut membantu kami membawa anak-anak ini ke Muzium Shah Alam pagi ini. Pak Agos seperti biasa menemani kami lagi. Setelah mendaftar kami bersarapan meehun goreng yang disediakan di ruang lobi muzium. Berselera sungguh abang Ehsan kita makan. Lihat la tu.......

  

Kemudian kami diarahkan ke auditorium Daeng Chelak untuk membuat persiapan persembahan. Dua buah lagu akan didendangkan iaitu Dikir Puteri dan My Heart Will Go On sebelum tarian menyusul. Persembahan ini memang tidak dirancang. Kesian Daniel membuat pengakuan kepada Cikgu Siti bahawa pergerakan untuk lagu ini dia belum mahir. Pesanan Cikgu Siti ikut pergerakkan abang dan kakak senior. Alahamdulillah semuanya berjalan lancar.

  

Berehat sebentar dan makan tengahari sebelum menutup tirai persembahan petang ini dengan lagu Negaraku dan Negeri Selangor. Peranan kami hanya ini sahaja pada hari ini. Sebaik sahaja selesai kami mula berkemas dan kemudian mencari ruang dinding yang cantik untuk melakarkan memori semasa berada di sini. 



  

  

Kemudian membuat lawatan ke dalam Muzium Sultan Alam Shah oleh kerana ramai lagi yang belum melawat muzium ini. Banyak perubahan yang dilakukan dalam muzium ini. Sungguh menarik.

  

  

Selepas minum petang.....teh tarik dan lempeng ubi serta sambal ...sheeedap...kami beransur pulang. Berbekalkan hanya kereta Uncle Sam, Pak Agos, Cikgu Siti dan aku. Tapi aku hanya dapat menempatkan Ehsan sahaja dalam kereta memandangkan keretaku penuh dengan alatan.  Sempat lagi bergambar di perkarangan pakir kereta.....Alhamdulillah semua selamat sampai di sekolah dan mengemas semua peralatan. Terima kasih semua.