Monday 20 October 2014

Karnival Komuniti MPP MBSA

Mendapat panggilan daripada Ua Takraw memberitahu bahawa Puan Siti daripada Unit Kokurikulum JPNS akan menelefonku. Memang betul...tak lama kemudian Puan Siti bercakap denganku bertanyakan tentang Kelab Angklung Wariseni. Beliau menyatakan MBSA akan menganjurkan satu karnival pada 19 Oktober bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Encik Fahmee dari MBSA akan menghubungiku tentang perkara tersebut dan aku menanti lagi. Sah! Perkhidmatan kami diperlukan untuk karnival tu.

Pagi 19 Oktober setelah semua berkumpul meneruskan perjalanan ke seksyen 14 dan memarkirkan kereta di hadapan muzium. Tempat paling hampir dengan kawasan persembahan. Encik Fahmee dihubungi dan beliau memberitahu tempat persembahan kami. Setelah barang-barang diletakkan aku mengarahkan anak-anak angklungku untuk bersarapan pagi. Nasi lemak yang kubelikan di stesen Petronas pagi tadi. Sedap nasi lemak tu.



Selesai makan mula mengeluarkan alatan dan menyusun atur angklung. Bersiap siaga untuk persembahan yang dijangkakan pada pukul 9.00 pagi nanti. Memang kami kaki berposing...pantang ada masa terluang...diisi dengan posing depan kameaa ataupun handphone.



9.20 pagi kami memulakan persembahan sesi pertama kami. 20 minit diberikan dan 6 buah lagu didendangkan untuk sesi ini.




Ada lebih kurang sejam kami dapat melihat persekitaran karnival...namun anak-anak angklung diingatkan untuk kembali ke khemah pada pukul 10.30 pagi. Sempat juga kami melihat beberapa persembahan tarian, akustika dan pertandingan pakaian beragam. Selesaikan pertandingan pakaian beragam tibalah giliran kami sekali lagi. Masih 20 minit diberikan kepada kami untuk sesi kedua ini.






Sebaik sahaja selesai, kami terus mengemaskan alatan. Uncle Sam belanja kami makan KFC hari ini. Rezeki anak-anak angklung. Thank you yam leaf...if can uncle belanjalah kami lagi!


Thursday 16 October 2014

IGEM 2014

Sekali lagi....kononnya nak membawa 18 orang anak-anak angklung untuk persembahan kali ini, malangnya kedua-dua beradik kembar ini tak sampai-sampai terpaksalah aku tinggalkan mereka. Destinasi kami ke Kuala Lumpur....jem...tajuk yang biasa dibibir kita. Untuk mengelakkan kami lewat dan tersangkut kat jem tanpa roti tu....Selamat Tinggal Bungaku kami dendangkan untuk Si Kembar. Maafkan kami....jeng, jeng, jeng.....maafkan kami!

Kami tiba ditempat parking kereta pukul 9.00 pagi. Setelah menyusun atur semula alatan kami terus menuju ke Dewan 5, KLCC. Jauh juga dari tempat parking kereta. Semua mata tertumpu pada kami sepanjang perjalanan kami ke dewan.  Menghubungi Cik Joan...untuk mendapat kebenaran masuk dewan dan inilah pas kami.


Bersiap-siap untuk membuat persembahan. Alatan disusun dan diatur dengan kemas. PA System diuji. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Jurukamera kami Puan Elsa setia mengklik-klik butang kamera merakamkan aksi kami.



Belum apa-apa pengunjung dah sibuk merakam sound check kami......Biarkalah mereka. Bergegas ke tandas setelah bersedia...konon lagi.....nak makan sarapan pagi. Belum sempat order....Cik Joan dah call panggil kami untuk bersedia dalam dewan. Katanya TPM dah OTW. Posing lagi!



Tak lama kemudian TPM pun masuk...melawat booth satu dua kemudian menandatangani MOU. Acara merasmikan pun bermula. Sebaik sahaja belon dilepaskan....kami pun memainkan lagu Getaran Jiwa. Dikuti dengan lagu Bengawan Solo dan akhirnya Yek Liang Tai Piau Wo Te Sin. 





Tahniah anak-anak angklung dapat memainkan angklung dengan baik sekali. Terbaeklah! Terima kasih semua dan terima kasih kepada Cik Joan kerana berani menggunakan perkhidmatan kami.


Saturday 11 October 2014

Majlis Perkahwinan Mimi dan Isa

Hari ini kami membuat persembahan angklung di Dewan Serbaguna SIRIM sempena majlis perkahwinan Mimi dan pasangannya Isa.  Berbekalkan 19 orang anak-anak angklung...(aku rasa yang paling ramai aku bawa kali ni) menuju ke dewan tersebut.  Sesampai di dewan terus menyiapkan alatan dan bahan yang diperlukan untuk persembahan nanti.


Simple but nice


Selepas memberi taklimat iringi pengantin  membawa kesemua anak-anak angklung bersantap mengisi minyak dulu sebelum memulakan tugas rasmi hari ini.  Sempat juga berposing .....




Selepas makan...kami berposing lagi....ala...takkan tak kenal kami?


Sumpah! Bukan kami yang bocorkan soklan..kami pecahkan angklung jer...

Buang masa di belakang dewan sambil menanti masa berlalu...sedar tak sedar sudah jam 1.30 petang. Terus bersiap untuk menyambut pengantin di hadapan dewan. Bergambar lagi.....!



2.10 petang...pasangan pengantin pun tiba. Kami pun memainkan peranan kami mengiringi pengantin masuk ke dalam dewan. Tetamu yang nak balik tak jadi balik sebab nampak pasukan angklung. Bangga sekejap!





Selepas bacaan doa......anak-anak angklung mula bersedia di atas pentas untuk memulakan persembahan. Para tetamu tekun menanti....aku bertambah saspen. Elsa terus dengan tugasnya mengambil gambar dan merakam video aksi anak-anak angklung.






Sembilan buah lagu didendangkan buat halwa telinga tetamu dan pengantin. Lagu terakhir kami...lagu Kaulah segalanya, mengiringi pengantin memotong kek.



Selesai peranan kami. Sebaik sahaja selesai kami mengambil peluang untuk bergambar bersama pengantin dan meninggalkan memori kami bersama pengantin di dalam autografnya. Terima kasih kerana mengundang kami untuk memeriahkan majlis anda.




Tuesday 7 October 2014

Ekspo Pengantin Malaysia 2014

Berbekalkan semangat yang kental  bergerak ke Bangi Gateway Shopping Mall bersama-sama 17 orang anak-anak angklung. Hampir kesemuanya junior hanya beberapa orang sahaja daripada mereka terdiri dari tingkatan 2. Setibanya di perkarangan mall kami disambut oleh pengacara majlis dan memulakan susun atur alatan di tempat yang disediakan.


Setelah siap kami mengisi perut dulu. Maklumlah bergerak seawal pukul 12.00 tengahari. Memang perut tengah kosong. Kali ini aku membawa Nurhidayah Mohd Pozi sebagai jurukameraku.


Selesai makan menuju ke Restroom untuk membuang apa-apa yang patut sebelum memulakan persembahan. Bersiap-siap kemudiannya untuk memulakan persembahan.


Berdebar-debar juga aku...tak cukup korum. patutnya ada 18 orang tetapi Hanusree di saat-saat akhir baru memberitahu tidak dapat turut serta. Oleh yang demikian...jeng, jeng, jeng.......terpaksalah beberapa orang mengambil alih angklung Hanusree. Kesian mereka. Nasib baik ramai. lagu pertama yang kami persembahkan adalah lagu Bunga Rampai. Sempat juga kami buat intro sebelum persembahan. Tontoni klip ini.




Labih daripada setengah jam kami membuat persembahan. Ramai penonton kami di dalam mall ini. Ada yang rakam dari mula hingga selesai persembahan kami. Dapat juga kami beberapa tempahan persembahan di sekitar Bangi. Alhamdulillah....pengalaman berguna untuk anak-anak angklung junior ni. Walaupun terdapat beberapa kelemahan, insyAllah akan dapat dimantapkan dalam latihan-latihan yang diadakan. Terima kaseyyyyy semua!