Thursday 14 March 2024

Program Minggu Suai Kenal Sesi Pagi & Petang : Kokurikulum

14 Mac 2024, Cikgu CT Raxkina memainkan peranan utama sebagai pengenalan kelab kepada seluruh warga SMKTSM sesi pagi dan petang. 27 keping slide disediakan untuk tujuan ini dan ada yang diterangkan dengan panjang lebar oleh Cikgu CT. Sesi pagi kami memperkenalkan kelab kepada warga SMKTSM sementara di sesi petang kami gabungkan dengan Seni Kebudayaan. Di sesi pagi kai tidak mengedarkan borang keahlian hanya di sesi petang sahaja. Lagu yang digemersikkan dengan angklung ialah lagu Zapin Berkasih, Embun Sok Sek, Ramadan dan Ramadhan Tiba. Sempat juga bergambar dengan pegawai PPD pagi tadi.



Wednesday 6 March 2024

WCB Womans Day Hi Tea : Royal Bedouin

Persembahan kali ini unik sedikit. Buat pertama kalinya kami membawa 4 orang ahli untuk menggemersikkan angklung di sini. Amar, Syafiq, Farhanis dan Shaqila memainkan peranan penting hari ini di sini. Kami rasa event ini amat mencabar kami oleh kerana kami agak terlewat untuk membuat persiapan persembahan. Maklum skru nak dipasang dan kawasan agak sempit. Dua tiga kali kami beralih tempat untuk keselesaan para pemain.

Kami memulakan aksi dengan gimik lagu Wanita yang dinyanyikan oleh Rossa. Nasib tidak menyebelahi kami hari ini, mic tak berbunyi sewaktu memulakan nyanyian. Hancurnya hati kami, tapi para tetamu maklum dengan kesilapan ini. Bunyi angklung sayup-sayup mengiringi nyanyian vokal Farhanis dengan baik sekali.

Kami dapat rehat sebentar dan mengalas perut makan nasi lemak yang dibeli pagi tadi. Setelah itu kami bersedia semula untuk mendendangkan 4 buah lagu lagi semasa mereka makan nanti. Lagu-lagu yang digemersikan adalah Ibu, Woman, Sorga di Telapak Kaki Ibu dan Srikandi Cintaku. Emcee juga tidak menyebelahi persembahan kami. Sewaktu didendangkan emcee sibuk pula nak menyampaikan ucapan dan maklumat. Panjang pula tu penyampaiannya...sehingga pada lagu terakhir aku meminta DJ berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada emcee untuk bercakap.





Kami polanh dengan mengharungi jem yang sangat giler petang tu. Lantas aku minta cikgu CT hanya menurunkan mereka di sekolah dan terus pulang ke rumah masing-masing. Kami terpecah di dalam perjalanan pulang dalam kesesakkan lalu lintas. Aku keluar melalui Subang Jaya sementara cikgu CT meneruskan perjalanan mengikut lebuhraya NKVE.

Tuesday 27 February 2024

Majlis Santapan Malam

Seminggu setelah dtinggalkan latihan setelah tutup sekolah dan aku bercuti maka pada 26 Februari kami memulakan latihan nersama-sama 14 orang anak-anak angklung untuk majlis yang besar, Majlis Santapan Malam bersama-sama Sultan Selangor dan para Exco Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam. Latihan berjalan lancar oleh kerana lagu-lagu yang akan kami mainkan hanyalah rangkaian 6 buah lagu sahaja.

Kami memulakan majlis santapan malam pada 27 Februari 2024. Jam 9.00 malamkai telah berada di atas pentas ditontoni oleh pelbagai peringkat tetamu. Suatu kebanggaan kepada SMK Taman Sri Muda. Rangkaian lagu-lagu yang kami mainkan seperti biasa di mulai dengan lagu Tan Sri P.Ramlee, Getaran Jiwa dan diikuti dengan lagu Yek Liang Tai Piau Wo De Xin, Saajanji Ghar Aaye, Sway, Besame mUcho dan diakhiri dengan lagu Kaparinyo. Alhamdulillah persembahan kami berjalan lancar. Selesai sudah tugas kami malam itu yang hanya mengambil masa 10 minit dan 6 saat sahaja.



Sunday 25 February 2024

Tautan Ukhwah : Aimi & Zulfikri

Latihan telah dilalui dua minggu sebelum persembahan dengan satu pilihan pengantin iaitu Ku Pilih Hatimu nyanyian Ussy dan Andhika. Sehari sebelum persembahan kami ulang semula latihan bersama-sama dengan 2 super senior kami iaitu Shaqila dan Nadia. Jam 10 am kami bergerak ke One City, perjalan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. 

Dalam majlis tu kami mengiringi pengantin dan membuat persembahan di hadapan pengantin seperti biasa. InsyaAllah ada jemputan dari TUDM juga nanti. Mereka tertarik dengan persembahan kami kerana lain dari yang lain. Persembahan kami berjalan lancar dengan satu nyanyian duet daripada Lisda dan Syafiq. Alhamdulillah, dalam gemuruh dapat juga Syafiq menyanyikan lagu tersebut dengan baik hari itu.



 



Tuesday 6 February 2024

Lagu Tema KAW Team

 Alunan terkini :



Intro

4# ~ 4# 3 4# 5 6

Angklung Wariseni

3 ~ 3 2 3 4# 5

Waris hari ini

2 ~ 2 2 5 ~ 4# 3

Tunggak seni kami

 

4# ~ 4# 3 4# 5 6

Angklung Wariseni

3 ~ 3 2 3 4# 5

Wadah hati kami

2 ~ 2 2 5 ~ 4# 3

Lestarikan seni

 

Korus :

 

2 7 ~ 7 6 5 ~ 7 6

Ayuh kawan semua

5 ~ 5 4# 3 ~ 5 4#

Bersama membina

2 7 ~ 6 5 4# 7 6 ~ 5 4#

Seni dan budaya kita

4# 5 0 5 4# 3 ~ 2 3

Janganlah kita leka

 

 

4# ~ 4# 3 4# 5 6

Angklung Wariseni

3 ~ 3 2 3 4# 5

Gemersik berbunyi

2 ~ 2 2 5 ~ 4# 3

Menghiburkan kini

  

4# ~ 4# 3 4# 5 6

Angklung Wariseni

3 ~ 3 2 3 4# 5

Simfoni di hati

2 ~ 1# 2 3 1# 2 ~

Kebanggaan kami

 

~ ulang dari mula ~ 

 

2 ~ 1# 2 3 ~ 1# ~ 2 ~

Kebanggaan kami

 

~ Tamat ~

 

 

Ciptaan :

Lirik : Norazlena binti Lazim

           Guru Penasihat 

           K.A.W

 

Melodi :

 Encik Fadzil Anuar Ahmad

   Pemusik Bebas

   Kelana Jaya

 

Skor :

Encik Sam Mat Kous

Pengurus Wariseni Budaya, Shah Alam



Tuesday 30 January 2024

Karnival Eksplorasi STEM Negeri Selangor 2023/2024

 



Tugasan kami bermula pada 28 Januari 2024 dengan mengangkut semua peralatan dan bahan pameran serta persembahan. Dua tuga kali pusing jugalah untuk menguruskannya termasuk membantu rakan sepameran Farahiya. Nasib baik dia ada, banyak juga bahan kami pinjam untukmerealisasikan tempat pameran kami. Apa kena mengena angklung dengan STEM? Ada......angklung juga mempunyai inovasi tersendiri walau diperbuat daripada buluh sahaja.

29 Januari kami terlibat dengan pameran untuk hari pertama dan juga persembahan perasmian majlis. Kami dendangkan pelbagai lagu sebagai halwa telinga semasa mereka menikmati jamuan makan. Dua buah lagu turut dinyanyikan oleh Joannane iaitu lagu yang dipopularkan oleh Siti Nurhaliza PErcayalah dan Sisa Rasa oleh Mahalini. Pameran kami turut mendapat sambutan daripada para pengunjung.

30 Januari, kami menyambung pameran kami untuk hari terakhir. Kali ini Reshma, Levialin dan Farhanis sahaja yang bertugas. Namun sewaktu mengemas, Naufal turut membantu kami di kabin. Kerjasama...itulah kata kunci yang utama membuatkan kerja-kerja mengemas kami berjalan lancar dan siap dengan cepat.

Pengalaman yang amat berharga untuk kelab. Moga kami diberikan peluang lagi untuk menyertai pameran yang lain.











Friday 19 January 2024

Majlis Sanjungan Budi Setulus Kasih : Puan Mahyani@Shima binti Kamarul Zaman (PK Kokurikulum)

Dalam kesibukan dengan anak-anak angklung menghadapi UASA, latihan diteruskan pada waktu petang dengan menggunakan angklung solo dan dikombinasikan dengan angklung ensemble. 7 orang pemain angklung senior terlibat iaitu Naufal, Levialin, Umairah, Farhanis, Charonnica, Joannane dan Arifah. Waktu persembahan aku turut melibatkan diri untuk memeriahkan majlis. Untuk Puan Shima kami hadiahkan gambar yang dilukis secara live, dan kami sempat bergambar bersama-sama beliau sewaktu penyampaian hadiah tersebut oleh Pengerusi kelab Levialin. Selamat bersara Puan Shima moga lagu kami Monokrom menjadi ingatan puan pada kami.