Saturday 25 February 2017

Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Sri Muda Kali ke 22



Pukul 12.00 tengahari menyiapkan booth kelab untuk menjaja VCD kami kepada ibu bapa yang akan hadir petang ini. Fazli dah Syahmi mewakili ahli kelab angklung untuk menjaga booth dan dibantu oleh 3 orang anak-anak murid dari kelas 2 Dedikasi. Terima kasih kerana sudi membantu cikgu. Herianto dan anak-anak angklung tingkatan 1 turut sama menyiapkan meja jualan.



Membuat persiapan akhir melatih anak-anak generasi ke 7 sebelum mereka memulakan persembahan. Sempat juga bergambar dengan ayahanda sebelum memulakan langkah.


Agak lama juga mereka menanti dan kena marah beberapa kali sebab bising kat tengah-tengah tu. Sorrylah....kita mesti jaga adab dan sopan apabila tetamu ada kan. Pelajaran pertama anak-anak angklung baru.



Sebaik sahaja ucapan perasmian selesai anak-anak angklung melangkah naik ke pentas untuk meraikan ibu bapa yang hadir.




Tahniah kepada anak-anak angklung generasi ke 7....walaupun ada yang darah gemuruh akhirnya dapat membuktikan mereka boleh memberikan persembahan yang mantap. Persembahan diakhiri dengan pelbagai aksi dengan penaung dan AJK PIBG.




Monday 20 February 2017

Pelancaran Minggu Akademik, Ko-Akademik dan VLE Frog Sesi Petang

Aku tak dapat nak cerita panjang, biar gambar sahaja berbicara. Kuserahkan tanggungjawab persembahan hari ini kepada Cikgu Elsa dengan bantuan Riezwan. Aku tak dapat hadir ke sekolah seperti biasa kerana ada urusan yang lebih penting harus aku penuhkan dan bereskan.





Thursday 16 February 2017

Sesi Bergambar Sedunia

Unit majalah sekolah menetapkan hari kelab kami bergambar pada hari Khamis bersamaan 16 Februari 2017 bertempat di Dataran Perpaduan SMK Taman Sri Muda. Jam 10.00 pagi kami dah bersedia untuk merakamkan kenangan ini. Anak-anak angklung sesi petang bersedia awal oleh kerana selepas ini kami akan membuat latihan untuk persembahan pada 25 Februari nanti sempena mesyuarat agong PIBG sekolah. Guru-guru berbaju serba merah sementara anak-anak angklung berbaju PJ sekolah dan beruniform. Mereka belum ada T kelab lagi. Ok lah....



Sesi pagi mengambil tempat pula pukul 3.00 petang. Sakan mereka bergambar dengan guru penasihat mereka. Guru-guru berkesempatan juga merakamkan aksi-aksi yang jarang korang lihat. Waduh....gamat gitu!





Tuesday 14 February 2017

Persembahan Sulung Pelapis ke 7

Persembahan ini sepatutnya dijalankan pada hari Isnin iaitu semalam tetapi disebabkan hujan maka persembahan sulung anak-anak angklung ini dilangsungkan pada hari ini. Walaupun akan hanya memainkan lagu Negarau sahaja namun mereka cukup bersemangat untuk membuat persembahan. Halangan dan pengalaman pertama mereka pada hari ini. Muzik latar tidak dapat dimainkan dan mereka haruskan memainkan angklung tanpa muzik latar. memang nampak sangat tiada pengalamannya. Tetapi mereka boleh atasi, tahniah dari cikgu.




Friday 10 February 2017

Latihan Tarian

Pertama kali pelapis ke 7 diperkenalkan dengan abang Bard. Hari ini mereka akan mempelajari asas pergerakan tarian joget. Pada mulanya agak sukar mereka mengikuti beberapa langkah tettapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa....lama kelamaan dapat juga mereka mengikut rentak yang diajarkan.Tak sangka aku adik Syahmi iaitu Syazwan dapat mendahului anak-anak angklung yang lain dalam menguasai pergerakkan yang diajarkan dan boleh mengajar rakan-rakan yang lain tanpa segan-silu. Tahniah. Teruskan semangat ini.







Wednesday 8 February 2017

Selamat Pagi Malaysia TV1

Setelah dua hari gunakan untuk membuat persiapan siaran secara langsung di TV1 iaitu Selamat Pagi Malaysia (SPM) hari ini 8 Februari kami siap siaga menanti van tiba untuk ke sana. Langkah kami ini agak sumbang kerana kenderaan yang dinanti tidak tiba. Mengikhtiarkan kenderaan lain. Terus menghubungi Pak Agos. Entah berapa kali panggilan kubuat akhirnya dijawab oleh suri hati Pak Agos, alhamdulillah. Kami dapat meneruskan perjalanan walaupun lewat ke Angkasapuri. Berdebar-debar aku membawa van Pak Agos ke sana sementara Elsa membawa keretaku. Kami tiba tepat pada waktu yang diperlukan iaitu 7.45 pagi. Bergegas ke studio 2 untuk membuat persiapan. Jam 8.10 pagi  kami 'On Air'.


Lagu yang didendangkan Gong Xi Gong Xi. Masih dalam mode menyambut Tahun Baru Cina. Selesai bab pertama. Kami ke bilik VIP 2 untuk menanti slot seterusnya. Pelbagai orang besar, orang kecik, orang-orang kami jumpa di sana. Sempat juga membuat perbincangan bersama-sama Tuan Haji Aznan dan Uncle Sam sebelum on air sekali lagi.




9.20 pagi kami ke udara sekali lagi. Pelbagai topik yang dibincangkan tentang anklung serta hala tuju kelab ini. Sempat juga mengiklankan album yang  kami hasilkan untuk mengumpul dana dalam slot ini. Terima kasih RTM kerana sudi menjemput kami sekali lagi.





Makan dulu sebelum balik dan pelbagai aksi kami lakukan di sini sebelum pulang ke sekolah. Jom ke Sekolah!






Monday 6 February 2017

Jom Ke Sekolah

SMK Taman Sri Muda menjadi pilihan untuk Majlis Perasmian Jom ke Sekolah Peringkat Negeri Selangor. Satu penghormatan yang sangat tinggi bagi sekolahku. Bangga menjadi warga SMKTSM HEBAT! (Tepuk tangan 2 kali ya.....jangan lupa). Persiapan dibuat oleh semua warga dengan penuh semangat hinggakan keluarga di bawa bersama-sama untuk menceriakan kawasan sekolah. Yang penting.....kerjaaaaasamaaaa. Awal-awal pagi dah tiba sekolah untuk persiapan terakhir.






Para tetamu khas dan VVIP tiba seorang demi seorang dan ke kaunter pendaftaran untuk menandantangi buku lawatan. Tetamu paling penting pun dah tiba dan dibawa terus ke Bilik Anggerik lantas merasmikan terus bilik tersebut.


Terus pula dengan majlis dan Riezwan pun memukul jidur tanda tetamu  kehormat mula diiringi ke dataran.


Sebaik sahaja ikrar selesai dibacakan anak-anak angklung bersedia untuk persembahan seterusnya di dalam dewan.


Ucapan perasmian telah diuraikan maka pukulan jidur memulakan potongan riben perasmi.


Diteruskan pula dengan persembahan tanpa henti dengan tiga buah lagu iaitu Budi Bahasa Budaya Kita, Gong Xi Gong Xi dan Dikir Puteri. Alhamdulillah perjalanan persembahan berjalan  lancar dan album kami terjual juga dalam majlis ini. Ketua Polis Negeri Selangor turut menyuarakan untuk membantu kami dalam program ke Bandung. Secara tidak langsung, hubungan rapat telah terjalin antara pihak sekolah dan polis.




Sempat merakamkan kenangan bersama-sama tetamu kehormat hari ini.


Maka berakhirlah persembahan kami untuk pagi ini dan projek menjual VCD dan CD kami diteruskan. Alhamdulillah terjual juga. Terima kasih kepada pembeli hari ini.