Monday 6 February 2017

Jom Ke Sekolah

SMK Taman Sri Muda menjadi pilihan untuk Majlis Perasmian Jom ke Sekolah Peringkat Negeri Selangor. Satu penghormatan yang sangat tinggi bagi sekolahku. Bangga menjadi warga SMKTSM HEBAT! (Tepuk tangan 2 kali ya.....jangan lupa). Persiapan dibuat oleh semua warga dengan penuh semangat hinggakan keluarga di bawa bersama-sama untuk menceriakan kawasan sekolah. Yang penting.....kerjaaaaasamaaaa. Awal-awal pagi dah tiba sekolah untuk persiapan terakhir.






Para tetamu khas dan VVIP tiba seorang demi seorang dan ke kaunter pendaftaran untuk menandantangi buku lawatan. Tetamu paling penting pun dah tiba dan dibawa terus ke Bilik Anggerik lantas merasmikan terus bilik tersebut.


Terus pula dengan majlis dan Riezwan pun memukul jidur tanda tetamu  kehormat mula diiringi ke dataran.


Sebaik sahaja ikrar selesai dibacakan anak-anak angklung bersedia untuk persembahan seterusnya di dalam dewan.


Ucapan perasmian telah diuraikan maka pukulan jidur memulakan potongan riben perasmi.


Diteruskan pula dengan persembahan tanpa henti dengan tiga buah lagu iaitu Budi Bahasa Budaya Kita, Gong Xi Gong Xi dan Dikir Puteri. Alhamdulillah perjalanan persembahan berjalan  lancar dan album kami terjual juga dalam majlis ini. Ketua Polis Negeri Selangor turut menyuarakan untuk membantu kami dalam program ke Bandung. Secara tidak langsung, hubungan rapat telah terjalin antara pihak sekolah dan polis.




Sempat merakamkan kenangan bersama-sama tetamu kehormat hari ini.


Maka berakhirlah persembahan kami untuk pagi ini dan projek menjual VCD dan CD kami diteruskan. Alhamdulillah terjual juga. Terima kasih kepada pembeli hari ini.




No comments:

Post a Comment