Wednesday 26 July 2017

Hari Kokurikulum SMK Taman Sri Muda

Tahun ini sempena Hari Kokurikulum kami menempah tshirt khas bewarna merah. Tahun ini juga kami mengikuti aktiviti yang dirancang oleh unit kokurikulum  Aktiviti tersebut ialah gerai jualan, pertandingan memasak, congkak, dam, chu mei dan rekacipta. Tapi keputusannya tidak dapat diketahui. Maybe minggu depan dengan penyampaian hadiah. Terbaik untuk anak-anak angklung kerana telah memberikan kerjasama yang baik pada tahun ini. Tak lupa juga kepada Cikgu Elsa yang membantu memantau aktiviti anak-anak angklung semasa ketiadaan aku. Thanks buddy! Tidak dapat menbuat komentar yang panjang lebar sebab berada di luar kawasan untuk menguruskan dana ke Bandung. Insyallah akan ada hasilnya.

Perhimpunan Pagi

Rekacipta

Dam

Chu Mei


Gerai

Chef in the Making - Memasak

Congkak


Monday 24 July 2017

Rumah Terbuka IPD Kelang Utara

Mendapat jemputan mengejut untuk persembahan Rumah Terbuka di IPD Kelang Utara pada 23 Julai 2017. Terus menghubungi anak-anak angklung yang boleh ke sana. Kubawa 15 orang kesemuanya. Jam 9.00 pagi kami dah memulakan latihan untuk refresh dan jam 11.00 pagi bersiap-siap untuk ke Kelang. Dijemput oleh van polis.  Hari ini adegan kejar-mengejar van polis dan Navara. Kereta awam mengejar van polis. Hurmmmm......apa kes?


Hujan lebat mengiringi perjalanan kami ke sana. Banjir kilat dalam perjalanan ke Kelang. Nasib baik bawa Navara. Uncle Sam entah ke mana hilangnya. Speeding betul van polis ni. Sebaik sahaja hujan reda, kami membuat persiapan persembahan. Banyak kelemahan persembahan kami pada kali ini. Almaklum, jemputan mengejut. PA Systemnya pun out, budak tak dengar. So kami mengambil keputusan untuk menutup tirai lebih awal. Sempat memainkan 4 buah lagu sahaja dalam majlis ini. Lepas itu kami pergi makan. Yey!




Jam 4.30 petang kami beransur pulang ke Shah Alam. Terima kasih kerana menjemput kami. Insyallah next time kami akan buat yang terbaik. Maaf di atas segala kelemahan kami. 


Saturday 22 July 2017

Sambutan Hari Raya dan Harijadi

Akhirnya hari ini kami berkesempatan berkumpul ramai-ramai untuk berhari raya dan menyambut kelahiran anak-anak angklung dari bulan Januari sehingga Jun 2017. Menu hari ini menu potluck, memasing bawa dari rumah. Cikgu-cikgu bawa kek, pavlova, eclairs, puding, keropok dan air. Lelaki? Bawa perut sahaja kecuali Ehsan, Saiful dan Shakil. Majlis dimulakan sebaik sahaja taklimat persembahan diberikan kepada anak-anak angklung sebagai pembuka tirai.



Sementara menunggu Cikgu Siti Raxkina tiba, kami makan dulu apa yang ada. Lagu Hari Raya mula berkumandang membingitkan suasana agar bertambah meriah majlisnya. Fulamak....macam-macam makanan ada,  sedap semuanya. Air batu ada aku beli tetapi peti kat kantin kami pinjam dan dalamnya ada ais. Maka dengan ais-aisnya kami angkut. Senin nanti baru gitau abang Din kami sudah minum aisnya (tanduk 2 sudah naik...hahahahahaha).




20 minit kemudian...jeng, jeng, jeng.....Cikgu Siti pun tiba dengan kek harijadi. Yeah...tibalah masa untuk kami sumbangkan lagu harijadi kepada dema-dema yang lahir dari bulan Januari hingga Jun 2017, dengarkanlah......


Bergambar lagi untuk kenangan bersama-sama dengan besday girl and boy.



Then, kami teruskan acara dengan makan dan makan lagi. Kesian Syahmi....bukan besday boy tapi dikerjakan rakan-rakan.


Apa-apa pun kami enjoy hari ini. Alhamdulillah dikurniakan rezeki dan anak-anak yang ramai dalam kelab ini. Moga terus cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan slogan sekolah kita. Ayuh, jangan mundur, terus maju!



Sunday 2 July 2017

Raya Performance - Midvalley Megamall 6

Hari terakhir persembahan kami di Midvalley hari ini. Terima kasih kami kepada Sanggar Mustika Ventures yang memberikan kepercayaan kepada kami.


Kami persiapkan 9 buah lagu - persembahan selama 30 minit. Hari ini disertai 15 orang anak-anak angklung. Jam 4.30 petang kami sudah berkumpul di sekolah untuk persiapan terakhir. Tepat jam enam petang bertolak ke Petaling Jaya. Hari ini pemandu setia kami iaitu Pak Agos membawa kami ke sana. Cikgu CT juga turut sama berganding bahu membawa nak-anak angklung ke Midvalley. Sesampai sahaja di sana terus menyiapkan peralatan untuk persembahan.



Jam 7.45 malam kami membuat persiapan terakhir sebelum memulakan persembahan. Semuanya dikendalikan oleh Uncle Sam. Hari ini anak aku Haniff menjadi jurukamera dan jururakam.


Persembahan berjalan lancar malam ini.......alhamdulillah. Jam 8.30 malam berakhirlah persembahan hari raya di sini malam ini.





Sempat juga kami beramah mesra dengan para penonton dan berdrama hari raya sebelum pulang ke Shah Alam. Terima kasih kepada Midvalley dan Sanggar Mustika Ventures. Insyallah kita jumpa lagi di lain hari dan masa.