Monday 24 July 2017

Rumah Terbuka IPD Kelang Utara

Mendapat jemputan mengejut untuk persembahan Rumah Terbuka di IPD Kelang Utara pada 23 Julai 2017. Terus menghubungi anak-anak angklung yang boleh ke sana. Kubawa 15 orang kesemuanya. Jam 9.00 pagi kami dah memulakan latihan untuk refresh dan jam 11.00 pagi bersiap-siap untuk ke Kelang. Dijemput oleh van polis.  Hari ini adegan kejar-mengejar van polis dan Navara. Kereta awam mengejar van polis. Hurmmmm......apa kes?


Hujan lebat mengiringi perjalanan kami ke sana. Banjir kilat dalam perjalanan ke Kelang. Nasib baik bawa Navara. Uncle Sam entah ke mana hilangnya. Speeding betul van polis ni. Sebaik sahaja hujan reda, kami membuat persiapan persembahan. Banyak kelemahan persembahan kami pada kali ini. Almaklum, jemputan mengejut. PA Systemnya pun out, budak tak dengar. So kami mengambil keputusan untuk menutup tirai lebih awal. Sempat memainkan 4 buah lagu sahaja dalam majlis ini. Lepas itu kami pergi makan. Yey!




Jam 4.30 petang kami beransur pulang ke Shah Alam. Terima kasih kerana menjemput kami. Insyallah next time kami akan buat yang terbaik. Maaf di atas segala kelemahan kami. 


No comments:

Post a Comment