Thursday 24 July 2014

Alamanda 2

23 Julai penutup tirai persembahan angklung dalam bulan Julai. Menuju ke Putrajaya pada jam 4.30 petang bersama-sama 18 orang ahli angklung Wariseni. Malas nak bercerita panjang hari ini. Mode.....blur n penat sebenarnya. Kowang tengok je lah gambar-gambar dan klip yang dimuatkan kat sini. Apa-apa pun kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir dan batin kepada semua. Kosong-kosong ya...


The Hub Alamanda Putrajaya


Esplanade Alamanda Putrajaya


Sunday 20 July 2014

Terminal 1 Shopping Centre Seremban

Syabas kepada anak-anak anklung tingkatan 1 kerana dapat memberikan persembahan yang baik  di Seremban pada 19 Julai 2014. Diharapkan anak-anak angklung dapat meningkatkan usaha dalam menngatasi beberapa kelemahan dalam persembahan tersebut. Please......senyum. Belajar untuk senyum di hadapan cermin.

Persembahan kami hari ini satu jam dan kami bahagikan kepada 2 sesi. Memulakan persembahan pertama pada pukul 2.00 petang dan persembahan kedua pada pukul 3.00 petang. Hari ini ketandusan idea untuk berceloteh. So...lihatlah gambar-gambar persembahan dan klip yang diuploadkan ke YouTube.

Jadual Persembahan










Wednesday 16 July 2014

Alamanda 1

Hari ini Selangor cuti sempena dengan Nuzul Quran tetapi kami perlu bertugas di Alamanda menghiburkan pengunjung yang datang ke sana. Persembahan kami secara santai sahaja pada kali ini. Kami akan membuat persembahan di dua tempat yang berbeza walaupun satu bumbung. Pertama di Esplanade dan kedua di Hub. Namun disebabkan kesilapan teknikal...portable DVD player kami rosak dan kami tidak dapat membuat persembahan kedua di Hub. Kecewa rasanya. Apa-apa pun terbaik anak-anak angklung walaupun kita tergesa-gesa berbuka puasa untuk membuat persembahan seterusnya. Kita akan buat yang lebih baik di persembahan yang akan datang nanti. Sorry kepada semua yang setia menanti kami semasa kami membuat persediaan untuk memulakan persembahan.









Friday 11 July 2014

Penyampaian Pingat Khas

Hari ini satu majlis terkezut buat anak-anak angklung senior tingkatan tiga hingga lima. Perhimpunan pagi ini mereka dipanggil untuk menerima pinggat kebesaran daripada Bonda Pengetua sendiri, iaitu Puan Norlila Omar. Mereka merupakan perintis kepada penubuhan Kelab Angklung Wariseni SMK Taman Sri Muda yang telah ditubuhkan pada 11 Oktober 2011. Sesungguhnya sumbangan tenaga dan masa mereka telah menaikkan nama kelab dan secara tidak langsung menaikkan imej sekolah di persada seni. Tahniah kami ucapkan dan teruskan usaha anda semua.

Ahmad Arham - Emas

Aida Hazwani - Emas

Nur Amira - Emas

Azizah Yasmin - Perak

Nur Aina - Emas

Syafika - Perak

Syazaliyana - Perak
Nur Yasmin - Perak

Ahmad Amnan - Perak

Muhammad Ariff - Perak

Anees Sofea - Perak



Sunday 6 July 2014

Bananana TV3, NTV7 dan TV9

Mendapat panggilan daripada Shazz Avy .....krew rancangan Bananana TV3 pada pagi Khamis semasa anak-anak angklung junior sedang menjalani latiham. Satu kejutan...mereka hendak datang dan menemuramah ahli kelab ini untuk slot Bananana TV3. Kata putus telah diberikan hari Sabtu mereka akan datang dan kami diminta untuk menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Tidak lupa memberitahu berita gembira ini kepada Penolong Kanan Kokurikulum Puan Suri Arini dan Bonda Pengetua Puan Norlila Omar.

Surat Jemputan
Berita ini disampaikan kepada semua anak-anak angkllung dan mereka diminta bersedia untuk hadir latihan seperti biasa pada hari Sabtu pada pukul 10.00 pagi. Jam 9 pagi sudah berada di sekolah. Aisey....dewan sedang digunakan. Jengah ke dalam ...oooo Puan Siva sedang menjalankan aktiviti Persatuan Bahasa Tamil. Terus aku meminta kebenaran menggunakan dewan daripadanya. nasib baik dia boleh bertoleransi.

Alatan disiapkan sebelum wartawan tiba. Setelah semuanya selesai kami memulakan latiihan seperti biasa. Ketibaan 2 orang wartawan Bananana disambut oleh Puan Pengetua sendiri. Kami terus meneruskan latihan sementara mereka menyiapkan peralatan mereka untuk merakamkan apa yang diperlukan. Sempat juga aku merakamkan gambar sewaktu mereka menjalankan tugas.



Setelah selesai berlatih maka Arham selaku Pengerusi Kelab Angklung Wariseni dipanggil untuk memulakan sesi wawancara. Terkebil-kebil juga aku melihat Arham menjawab soalan. Macam tak biasa pula. Walhal soalan lebih kurang sama saja.


Kini tiba pula giliran aku....sempat lagi aku bertanya...soalan untuk aku sikit aje kan? Hahahahaha....gabralah juga. Habis sahaja sesi berbicara.....kami mengemaskan semua latan. Sempat juga kami bergambar dengan dua orang wartawan ini. Thank you Bananana and TV3.




Di bawah merupakan klip yang disiarkan dalam TV3, NTV7 dan TV 9.