Saturday 29 December 2018

Hari Orientasi Tingkatan 1 & Peralihan 2019

Puan Raja Arbaiyah meminta Kelab Angklung Wariseni membuat persembahan santai pada hari ini. Undangan secara adhoc. Alhamdulilah dapat mengumpulkan 13 orang ahli kelab dalam musim cuti ini. Saiful nak join tetapi demam pula. Terus balik dia pagi ni juga bapanya ambil. Bertemakan warna pink dan hitam hari ini kami membuat persembahan santai di kantin sahaja dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Dimulai dengan lagu Selamat Datang yang dipopularkan oleh Dato' M.Daud Kilau dan diakhiri dengan lagu Congratulation oleh Cliff Richard. Terima kasih kepada yang menyokong kelab hari ini, makanan mewah...rezeki hari ini.

  

  

Sunday 23 December 2018

Walimatul Urus Akmal dan Shuhada

30 minit lewat dari masa yang dijanjikan disebabkan Zul......Faris dan Aiman pergi mencari dia di rumah, tapi katanya mereka salah tingkat rumah. Tu dia.....tempat dekat, oleh itu kami tunggu dia jugalah. Sampai sahaja kat dewan kami terus membuat perssiapan...emcee pun dah ada. Chantek sangatlah! Tapi bila nak buat sound check hilang plak emcee, so kami makan dulu setelah Uncle Sam membuat reherasal untuk masuk ke dalam dewan.

  

 

Lagu soundcheck hari ini....Beautiful in white. 1st time kami mainkan di dalam persembahan.


12.15 tengahari kami memulakan persembahan dengan lagu Alunan Biola dan berhenti pada lagu Wanita Terbahagia. Kami terus bersedia untuk memngiringi pengantin pula. Sempat makan donat kat luar sementara menanti mereka. Lagu Ala Payung mengiringi pengantin hari ini. Alhamdulillah iringan juga berjalan dengan lancar, kombinasi yang bagus antara emcee dan Uncle Sam.


Bunga rampai dialunkan untuk mengiringi mempelai menjamu selera dan kami berhenti seketika untuk solat Zohor. Memulakan semula persembahan dengan lagu Kaulah Segalanya bagi acara memotong kek. Emcee yang adjust aturcara hari ini. Terbaek!

  

Meneruskan persembahan sehingga jam 2.30 petang tetapi sebaik sahaja lagu terakhir hendak dimainkan adalah seorang Uncle ni mai dan nyanyi ngan angklung, Memula satu lagu pastu jadi berlagu-lagu plak....dah naik syeh agaknya. Hahahaha....orang kata memang dia cenggini, pantang dapat mikropon. Apa-apa pun seronok melihat semua orang enjoy the day. Kami bergambar dengan pengantin sebelum berkemas dan kemudian santap sekali lagi.


Saturday 15 December 2018

Walimatul Urus Nik Azzadeen & Norjihan

Aiman Shafiq....tertinggal pagi ini. Apalah kawan-kawan mereka ni.....bilang dah bilang dah...rasanya cukup. Sampai sahaja di TTDI kurang sorang rupanya. Nasib kaulah Aiman, siapa suruh bangun lewat. Lain kali pesan kat mak ayah soh kejutkan ya. Berbincang dengan tuan rumah mana kedudukan kami dan aturcara majlis. Kami akan mendendangkan lagu sebelum, semasa dan selepas pengantin tiba. Bermakna kami iring juga pengantin dan juga waktu salam restu. Jam 11.00 pagi setelah siap berkemas kami mengisi perut dulu.


  

Menanti PA System menyediakan alatan mereka, kami lepak di tepi dan memulakan persembahan dengan lagu The Moment. Enam buah lagu didendangkan sebelum kami bergerak ke masjid untuk mengiringi pengantin ke rumah.

 



Persembahan dibuat dihadapan pengantin dan kemudian acara salam restu juga diiringi dengan alunan angklung. Berhenti sebentar untuk solat Zohor dan kemudian kami menyambung semula dalam majlis potong pulut kuning yang diiringi oleh kami juga dengan lagu Sedetik Lebih. Kami meneruskan persembahan berselang-seli dengan emcee/DJ bertugas hari ini.



  

Jam 3.40 petang kami menutup tirai persembahan dan mengabadikan memori kami bersama-sama pengantin. Terima kasih tuan rumah kerana sudi menjemput kami.





Thursday 13 December 2018

Pentaksiran Tingkatan 3

Tahun 2018 KAW Team hanya mempunyai 3 orang calon sahaja yang mengambil PT3 iaitu Ehsan, Herianto dan Fadzilah. Mereka telah pun mengambil keputusan pada 13 Disember 2018 dan mempunyai pencapaian yang memberangsangkan Tahniah dari team! Usaha tangga kejayaan. Moga SPM yang akan ditempuh pada tahun 2020 nanti lebih cemerling, gemilang dan terbilang!

Fadzilah

Ehsan

Sunday 9 December 2018

Walimatul Urus Yusrina dan Azam

11 orang ahli kelab menuju ke Ivoral 1 Hall Event yang terletak di Rawang pada jam 8.30 pagi. Haji Ismail menjadi teman setia kami hari ini. Termasuk Gate 2 yang salah, rupa-rupanya dewan tersebut terletak di sebelah kanan, aku masuk pagar sebelah kiri.


  

Alhamdulillah tempat parking yang chantek disediakan. Memunggah alatan yang digunakan dan masuk ke dalam dewan. Uncle Sam sudah menanti di dalam. Sebaik sahaja alatan diletakkan Uncle Sam mengarahkan kami bersedia untuk membuat rehearsal mengiringi pengantin dan kemudian bersama-sama penari dengan lagu Tari Tualang Tiga. Selesai semuanya kami bersiap-siap dan menanti waktu makan. Oleh kerana kami sampai awal dan persiapan pun awal, kami dapat makan dengan tenangnya.

  

Jam 11.45 pagi kami memulakan persembahan dengan lagu Ya Maulana dan diikuti dengan 2 buah lagu sebelum kami berehat sebentar untuk digantikan dengan persembahan caklempong. Kami lepak kat luar dulu.





Persembahan kami diselang-selikan dengan tarian juga jadi kami dapatlah lepak lepak sekejap diluar sementara menanti mempelai bersiap-siap. kali ini kami mengiringi mempelai sebanyka dua kali. Kali pertama untuk memperagakan busana pengantin dan yang kedua baharulah mengiringi mempelai selengkapnya. Kami menggunakan kedua-dua lagu iring iaitu Inang Cina dan Payung.





Alhamdulillah kesemua persembahan kami berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Bergambar bersama-sama pengantin sebelum beredar memang ada dalam jadual kami.



Kami menjamu selera sekali lagi sebelum poooolang ke Shah Alam. langit sungguh hitam di luar. Segera kukerahkan anak-anak angklung untuk bergerak masuk ke dalam van. Kami selamat sampai di Shah Alam pada jam 5.40 petang. Hujan lebat mengiringi kepulangan kami ke Shah Alam. Uncle Sam terperangkap dalam banjir. Kami cepat sedikit daripada beliau, jika kami keluar serentak, lambatlah juga kami sampai.





Friday 30 November 2018

Festival Permainan Tradisional Selangor 2018


Mendapat info daripada Uncle Sam, kami akan membuat persembahan di Pantai Morib pada jam 9.00 malam. 9.00 malam? Kuulang tanya waktu, takut tersalah taip, tetapi memang betul kami akan start bermain angklung pada jam 9.00 malam. Bertolak ke Morib bersama-sama 'Teman Setia Kami' iaitu Pak Agos. Hujan dah reda tetapi jalan jem tak reda-reda....redha jer lah...tersangkut kat Jalan Kelang Banting hampir satu jam. Buang masa di situ. Alhamdulillah keluar dari Teluk Panglima Garang Waze mengarahkan kami untuk melalui jalan dalam. Kami tiba tepat waktu masuknya waktu Maghrib dan terus singgah di Masjid Morib. Terus memakir kereta di Pantai Morib setelah bertolak keluar dari perkarangan masjid. Anak-anak angklung mengeluarkan alatan dan kemudian terus ke pentas yang disediakan.

  

Setelah selesai kami menjamu selera yang dibekalkan oleh JKKN...nasi lemak hijau, sambal sotong dan telor mata. Sedap kata anak-anak angklung......alhamdulillah. Buat alas perut. Kemudian kulepaskan mereka untuk bersantai sementara di kawasan ini setelah bersiap-siap dengan solekan. Apa lagi adegan bergambarlah seperti selalu.

  

  

Jam 9.15 malam kami memulakan persembahan dimulai dengan lagu Alunan Biola dan diakhiri dengan lagu Poco Poco. Alhamdulillah persembahan berjalan lancar. Aku pun agak malas untuk mengambil gambar malam ni....mode sejuk! 

  





Terima kasih JKKN, Uncle Sam dan Pantai Morib. Kita jumpa lagi di lain majlis, insyAllah. Balik Shah Alam, sesat barat .....perjalanan yang mengambil masa sejam setengah menjadi lebih. Terkeliru dengan susur keluar yang rapat dan jalan agak kelam. Apa-apa pun kami selamat sampai di sekolah jam 11.40 malam dan sempat menghantar anak angklung pulang.



Sunday 25 November 2018

Lepak Seni Edisi Penutup

Mendapat whatsapps daripada Mimi MBSA untuk program Lepak Seni Edisi Penutup pada 25 November 2018 di Perkarangan Kedai Kopi 1 Taman Tasik Shah Alam. Membawa 18 orang nak-anak angklung dan tiba di Taman Tasik Shah Alam pada pukul 3.30 petang. Lepak dahulu di kedai kopi sementara yang lain-lain bergambar di sekitar taman tasik.

  


Setelah membuat sound check kami menanti pula band dari Aswara membuat tuning dan kemudian para penari memulakan program.


5 minit sahaja persembahan mereka dan kemudian kami mengambil tempat pula. Emcee memainkan peranan dengan baik sekali. Persembahan kami di selang-seli dengan kuiz spontan. Memang lawak emcee ni.

  

 

Kami akhiri persembahan dengan lagu dance kami di hadapan pentas. Memeriahkan suasana yang semakin rancak.




Setelah berkemas kami pulang ke sekolah dengan dibekalkan cendeerahati dari MBSA dan sijil. Terima kasih MBSA. Jangan serik jemput kami lagi ya.



Sunday 18 November 2018

Majlis Perkahwinan Adilah dan Fitri

Ke Dewan Ahmad Razali yang terletak di Kapar, Kelang bersama-sama dengan 18 orang ahli Kelab Angklung dan Cikgu Siti Raxkina. Majlis anak kepada kawan sekolah aku di SMK Tengku Ampuan Rahimah Kelang badge 1981-1985, Hajah Rohana. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami.


Perbincangan dibuat setelah samapai di dewan, tugas kami menghiburkan tetamu sebelum dan semasa pengantin berada di dewan. Juga mengiringi pengantin masuk ke dalam dewan. Setelah persiapan dibuat   kami mula mengisi perut dahulu.

  

Kami memulakan alunan jam 11.30 pagi dan berhenti 5 minit sebelum pukul 12.00 tengahari untuk menanti ketibaan mempelai. Panas lit lit di luar. Adalah 20 minit menanti baharulah mempelai tiba dan kami memulakan tugasan.

  


Membuat persembahan juga setelah mempelai duduk di meja makan dengan lagu Bunga Rampai. Gimik kami di hadapan pengantin kali ini dengan seramai 18 orang pemain angklung. Alhamdulillah persembahan kami berjalan lancar hari ini dengan kerjasama semua orang. Jam 4.00 petang kami semua berangkat pulang ke Shah Alam.

  

  



Sempat merakamkan memori bersama-sama mempelai hari ini.