Sunday 9 December 2018

Walimatul Urus Yusrina dan Azam

11 orang ahli kelab menuju ke Ivoral 1 Hall Event yang terletak di Rawang pada jam 8.30 pagi. Haji Ismail menjadi teman setia kami hari ini. Termasuk Gate 2 yang salah, rupa-rupanya dewan tersebut terletak di sebelah kanan, aku masuk pagar sebelah kiri.


  

Alhamdulillah tempat parking yang chantek disediakan. Memunggah alatan yang digunakan dan masuk ke dalam dewan. Uncle Sam sudah menanti di dalam. Sebaik sahaja alatan diletakkan Uncle Sam mengarahkan kami bersedia untuk membuat rehearsal mengiringi pengantin dan kemudian bersama-sama penari dengan lagu Tari Tualang Tiga. Selesai semuanya kami bersiap-siap dan menanti waktu makan. Oleh kerana kami sampai awal dan persiapan pun awal, kami dapat makan dengan tenangnya.

  

Jam 11.45 pagi kami memulakan persembahan dengan lagu Ya Maulana dan diikuti dengan 2 buah lagu sebelum kami berehat sebentar untuk digantikan dengan persembahan caklempong. Kami lepak kat luar dulu.





Persembahan kami diselang-selikan dengan tarian juga jadi kami dapatlah lepak lepak sekejap diluar sementara menanti mempelai bersiap-siap. kali ini kami mengiringi mempelai sebanyka dua kali. Kali pertama untuk memperagakan busana pengantin dan yang kedua baharulah mengiringi mempelai selengkapnya. Kami menggunakan kedua-dua lagu iring iaitu Inang Cina dan Payung.





Alhamdulillah kesemua persembahan kami berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Bergambar bersama-sama pengantin sebelum beredar memang ada dalam jadual kami.



Kami menjamu selera sekali lagi sebelum poooolang ke Shah Alam. langit sungguh hitam di luar. Segera kukerahkan anak-anak angklung untuk bergerak masuk ke dalam van. Kami selamat sampai di Shah Alam pada jam 5.40 petang. Hujan lebat mengiringi kepulangan kami ke Shah Alam. Uncle Sam terperangkap dalam banjir. Kami cepat sedikit daripada beliau, jika kami keluar serentak, lambatlah juga kami sampai.





No comments:

Post a Comment