Saturday 15 December 2018

Walimatul Urus Nik Azzadeen & Norjihan

Aiman Shafiq....tertinggal pagi ini. Apalah kawan-kawan mereka ni.....bilang dah bilang dah...rasanya cukup. Sampai sahaja di TTDI kurang sorang rupanya. Nasib kaulah Aiman, siapa suruh bangun lewat. Lain kali pesan kat mak ayah soh kejutkan ya. Berbincang dengan tuan rumah mana kedudukan kami dan aturcara majlis. Kami akan mendendangkan lagu sebelum, semasa dan selepas pengantin tiba. Bermakna kami iring juga pengantin dan juga waktu salam restu. Jam 11.00 pagi setelah siap berkemas kami mengisi perut dulu.


  

Menanti PA System menyediakan alatan mereka, kami lepak di tepi dan memulakan persembahan dengan lagu The Moment. Enam buah lagu didendangkan sebelum kami bergerak ke masjid untuk mengiringi pengantin ke rumah.

 



Persembahan dibuat dihadapan pengantin dan kemudian acara salam restu juga diiringi dengan alunan angklung. Berhenti sebentar untuk solat Zohor dan kemudian kami menyambung semula dalam majlis potong pulut kuning yang diiringi oleh kami juga dengan lagu Sedetik Lebih. Kami meneruskan persembahan berselang-seli dengan emcee/DJ bertugas hari ini.



  

Jam 3.40 petang kami menutup tirai persembahan dan mengabadikan memori kami bersama-sama pengantin. Terima kasih tuan rumah kerana sudi menjemput kami.





No comments:

Post a Comment