Friday 22 September 2017

Taklimat Ibu Bapa Program Perlestarian Tradisi ke Bandung

Jam 8.00 sudah tiba di sekolah. Membuka pintu dewan dan menyediakan kerusi yang cukup untuk ibu bapa yang akan hadir pada jam 9.00 pagi nanti. Terus ke Bilik Angklung untuk mengambil projektor. Memasang mic dan kemudian teks CT. Harap nasi lemak tidak dilupakan....lapar ni. Jam 8.30 pagi CT tiba dengan kopi sejuk dan nasi lemak. Makan dulu dan kemudian membuat persiapan akhir. Ibu bapa datang seorang demi seorang. Ada yang datang berpasangan. Anak-anak angklung pun ikut serta. Alhamdulillah taklimat berjalan lancar dan ibu bapa bekerjasama untuk menjaja Cd dan VCD. Terima kasih atas sokongan mereka. Insyallah berkat kerjasama ini program akan berjalan dengan lancar.



 



Wednesday 20 September 2017

Booth Jualan CD dan VCD

Sekali lagi mampir ke Hotel Nouvelle tetapi kali ini tugasan kami menjaja CD dan VCD kelab. Bersarapan dengan membeli pastri di Stesen Shell dekat Awan Besar dan meneruskan perjalanan ke Sungai Besi selepas itu. Breakfast dalam kereta dan kemudian ke bahagian jualan menyiapkan tempat. Dapat pinjam speaker orng yang menjaja di sana. Terima kasih. Jualan yang memberangsangkan dan dapat mengembangkan sayap angklung jauh ke negeri lain. Insyallah.




Tuesday 19 September 2017

Malam Pesona Citra Kasih Pengetua Cemerlang Malaysia 2017

Setelah berhempas puls berlatih bersama-sama dengan dua orang penyanyi adhoc kini tibalah masa untuk kami merealisasikan persembahan yang agak berlainan sedikit kali ini. 4 buah kereta digunakan untuk membawa anak-anak angklung ke Nouvelle Hotel hari ini. termasuklah Cikgu Zahidah Comey turut terkena sumpahan ini. Terima kasih ya Comey! Menurunkan anak-anak angklung di hadapan lobi hotel dan kemudian memakirkan kereta. Memang sempit. Tapi rezeki tak perlu parking jauh ada ruang kosong di tingkat asas. Melihat persekitaran dewan sebelum memulakan susunatur alatan. Mendengar briefing dari host majlis bebudak kat bawah berposing.


Setelah siap berkemas kami pun menyusunatur alatan dan memberi taklimat kepada anak-anak angklung.



Jam 5.30 petang mengarahkan anak-anak angklung bersiap-siap. Azrul....memang mendebarkan. Tak bawa seluar persembahan. Dah terpaksa memakai seluar hitam cikang dia. Nampak pelik sesangat. Cik Zahidah membantu solekan anak-anak. CT dan aku pula memakaikan samping anak-anak angklung. terus-terusan posing lagi sambil mulut aku membebel-bebel. Marah ada, geram ada, nak gelak pun ada....semuanya menguasai diri petang ni.



Jam 6.30 petang kami ke Cafe hotel untuk makan malam pula.


7.00 malam terus memulakan sound check dan latihan nyanyian untuk Chong dan Ahila. Nampak gementarnya Chong dan lupa lirik. Saspen ni....


Jam 8.30 malam kami memulakan persembahan dengan iringan VIP ke dewan bankuet. Diteruskan dengan lagu Negaraku dan mengusai makan malam dengan lagu-lagu evergreen. Tiba saat-saat saspen. Nyanyian solo dari  dan Chong. Alhamdulillah berjalan lancar walaupun Chong lupa lirik tapi dibantu oleh teman duetnya, Ahila








Menyelam sambil minum air....Cikgu CT dan Zahidah Comey mula menjaja CD dan VCD kelab. Lumayan....para pengetua menyokong kelab dengan membeli sambil menderma kepada kelab ini. Alhamdulillah. Kami akhiri persembahan malam ini dengan lagu medley PM kami. Sebelum pulang sempat bergambar dengan VVIP dengan muka yang mengantuk!




Saturday 9 September 2017

Majlis Perkahwinan di Kampung Pengantin

9 September 2017, Kelab Angklung Wariseni dijemput untuk mengadakan persembahan di Kampung Pengantin, Danau Kota. Persembahan kami sebagai ‘kejutan’ dan hadiah daripada keluarga pengantin kepada pengantin.  Mereka juga telah memilih lagu-lagu yang tertentu untuk dinyanyikan.  Kebanyakannya lagu Berbahasa Inggeris.  Cikgu Ena, telah berhempas pulas menyediakan score, untuk lagu yang dipinta, dan kami telah berlatih dengan gigihnya.  Tarikh persembahan telah tiba, dan malam ini ‘show time’ n ‘enjoy’ (Bahasa Cikgu Siti)


Kami berkumpul dan bertolak dari sekolah seawal 4 petang.  Hujan turun dengan lebatnya.  Pak Agus telah berpesan, ‘saya ikut cikgu, jangan bawa laju-laju sangan, hujan nie’.  Cikgu Siti angkat tangan, setuju. Uncle Sam yang telah tiba lebih awal di Kampung Pengantin memberikan arahan. Arahannya jangan ikut waze, kerana waze akan membawa ke jalan yang salah.  Dia telah memberikan tips untuk kami sampai ke destinasi.  Hujan terus mencurah, semakin masa berlalu, semakin lebat hujan.  Jalan mulai sesak.  Uncle Sam dah mula gelisah.


Pelamin Pengantin ala Minangkabau
Kami sampai ke destinasi pada pukul 5.20 petang. Alhamdulillah.  Uncle Sam mengumumkan beberapa perubahan.  Kami mulakan rehersal pada pukul 5.30 mengikut kehendak Uncle Sam.  Paling menakutkan…gimik yang kami terpaksa lakukan.  Kami bermula, masuk ke dewan, sambal berjalan kami terpaksa mendendangkan lagu ‘Never on Sunday’ dengan diiringgi minus one. Perubahan ‘last minute’ agak menyukarkan kami dan membuatkan semua panik. Cikgu Ena, dari kejauhan meminta kami menghafal lagu, jika gagal menghafal, sila tulis nota lagu dan lekatkan pada buluh.  Uncle Sam mengatakan bahawa perubahan demi perubahan yang dilakukan adalah untuk kebaikan dan ia merupakan proses pembelajaran.  Kami akur dalam kebimbangan.


Alhamdulillah, kami diberikan bilik persalinan yang lengkap dan selesa.  Selesai rehersal, kami mula bersiap-siap.  Baju baru kami hari ini.  Semangat juga baru.  Masa untuk kami beraksi masih jauh.  Kami menggunakan masa ini untuk merakamkan gambar sebanyak mungkin.  Pukul 9.10 minit, Uncle Sam memberikan clue untuk bermula.  Kami agak gementar.  Cikgu Siti terus ke siaraya, memastikan semua sistem bunyi berjalan lancar.



Kami masuk ke dalam dewan sambal mendendangkan lagu ‘Never on Sunday’ dan berhenti di hadapan raja sehari yang sedang santap.  Beberapa saat, kami bergerak menuju ke hadapan pelamin.  Kami memainkan beberapa buah lagu.  Pihak tuan rumah, ada mengambil ‘live feed’, terasa seperti artis pula bila wajah kami ditayangkan di skrin.  




Selesai 5 lagu, kami beralih pula ke pentas yang disediakan.  Pentas agak gelap, menyebabkan kami terpaksa menggunakan telefon bimbit untuk melihat score lagu.  Kami meneruskan persembahan mengikut arahan Uncle Sam. Kekadang keliru, Cikgu Siti membantu.  Penonton terpaku bila kami mendengangkan lagu ‘Getaran Jiwa’. Lagu terakhir kami ialah Poco-poco, dan beberapa penonton kelihatan menari menurut rentak lagu Poco-poco.  Dan kami diminta oleh tuan rumah agar mendendangkan sekali lagi lagu Poco-poco. Sekumpulan penonton masih menari mengikut irama Poco-poco.  Selesai sahaja persembahan, tuan rumah datang dan bersalaman dengan kami sambal mengucapkan terima kasih.  Alhamdulillah, client kami sangat berpuas hati dengan persembahan kami.




Hasil Nukilan :
Cikgu Siti Raxkina