Wednesday 31 March 2021

Solekan Dara

 Harap anak-anak angklung dapat menggunakan video ini sebagai panduan untuk berlatih solek di rumah waktu-waktu cuti sekolah ini.



Monday 29 March 2021

Solekan Lelaki

Harap anak-anak angklung dapat menggunakan video ini sebagai panduan untuk berlatih solek di rumah waktu-waktu cuti sekolah ini.



Sunday 28 March 2021

Konsert Bakat Online JKKN Sabah

 KONSERT BAKAT ONLINE 2021 - Konsert #1 27 Mac 2021

Undi peserta pilihan anda melalui LIKE video di Channel Youtube JKKN Sabah Official mulai 28 Mac hingga 20 April 2021. Peserta yang mendapat LIKE terendah akan tersingkir di Konsert #2.

https://www.youtube.com/watch?v=MJx7OetVbtA

Please view and like...thank you!!!




Friday 26 March 2021

Majlis Sanjungan Budi

4 guru diraikan hari ini kerana mereka berpindah ke sekolah lain iaitu Puan Meriam memegang jawatan sebagai PK Kokurikulum di SMK Subang, Cikgu Rahayu GKMP di SMK Seksyen 24, Cikgu Hafiza dan Cikgu Chandra. Kebitaraan sekolah hanya membuat persembahan solo sahaja iaitu lagu Pamit yang dipopularkan oleh Broery Marantika oleh Acok.








Wednesday 24 March 2021

Calon Ikon Guru

Sahaja mencuba untuk pencalonan untuk tahun ini sempena sambutan Hari Guru nanti. Mula-mula hantar pun dah buat kesalahan. Hantar borang sahaja....bila tengok orang hantar berbondol-bondol fail dengan pelbagai gaya aku jadi cuak. Seb baik Puan Dewi bagi masa untuk aku buat semula. Bahan ada...tak sangka pula kena buat begitu, ikut kreativiti kata Puan Dewi. Alhamdulillah dapat aku selesaikan semuanya pada jam 12.30 tengahmalam. Esoknya aku hantar siap dengan link video.



Saturday 20 March 2021

Workshop Angklung 1

Macam-macam aktiviti yang kami sertai tahun melalui melalui maya. kali ini kami join workshop angklung pula pada hari yang sama namun masa yang berlainan. Bagus untuk anak-anak angklung tingkatan 1. Moga mereka mendapat ilmu pengetahuan di sini.








MUNAS : Musyuarah Angklung Nasional 1

Perjumpaan dan mesyuarat para penggiat angklung di Indonesia. menyelit masuk untuk mengetahui perkembangan angklung dan juga untuk mendapatkan ilmu ini dari asalnya angklung ini. Moga dipermudahkan. Setelah bermesyuarat organisasi ini dinamakan Para Penggiat Angklung Indonesia (PPAI).


  






Thursday 18 March 2021

Latihan Intensif 8

Kami cuba untuk membuat rakaman secara live streaming menggunakan Youtube. Masih banyak kelemahan yang perlu kami baiki dan pelajari. Banyak sangkut/lagging namun kami teruskan juga. Tidak mengapa belajar daripada kesilapan kan. Kami budak baharu belajar.....bak kata pepatah.




Wednesday 17 March 2021

Latihan Intensif 7

 


Aktiviti dimulakan dengan mengulangkaji pembelajaran terdahulu dengan memainkan lagu Bintang Kecil diikuti dengan Burung Kakaktua  dan tambahan lagu Dahil Sa'yo. Hari ini hanya Naudal dan Arina sahaja yang dapat memainkan lagu ini sementara yang lain-lain hanya sebagai pendengar.

Tuesday 16 March 2021

Latihan Intensif 6

 


Lagu tema kelab menjadi aktiviti perjumpaan kali ini. Masih perjumpaan dalam talian. Sukar dilaksanakan kerana mereka mempunyai satu media untuk digunakan. Namun aktiviti berjalan lancar dengan guru memainkan peranan utama untuk mengerakkan aktiviti ini. Perkembangan ahli dapat dilihat melalui aktiviti ini. Syabas kepada yang dapat hadir.

Thursday 11 March 2021

Latihan Intensif 5

Hari ini mengulang kembali tutorial menggunakan i-Angklung dan Real Angklung yang telah dimuat naik di laman Youtube. Ahli-ahli maih belum mahir lahi dengan kedudukan angklung di dalam aplikasi namun telah menunjukkan peningkatan dalam memainkannya. Kelajuan internet menjadi kekangan kepada kami untuk bermain bersama-sama. Oleh yang demikian hanya satu cara yang dapat digunakan iaitu memainkannya secara individu. Perlahan namun tetap boleh digunakan. Tambahan satu lagu lagi iaitu Burung Kakaktua.






Pelapis 2021

Setelah pendaftaran selesai maka tercatatlah 15 orang ahli-ahli baharu untuk kelab angklung ini. Fera dan Imran dilantik menjadi AJK untuk mewakili tingkatan 1. Diharapkan ahli-ahli baharu inidapat memberikan komitmen yang tingi kepada kelab. Syabas kerana memilih kelab ini sebagai aktiviti kokurikulum anda.

 
                                              Adam Haziqi                          Adriana Puteri

 
                                            Alisya Nur Qaisara             Nor Asmimi Asmawaty

  
                                          Fera Nurul Asyiqin                    Mohamad Imran


Wednesday 10 March 2021

Latihan Intensif 4

10 Mac 2021 dapatlah aku mengendalikan latihan intensif yang keempat untuk ahli-ahli baharu dan juga tingkatan 2. Tapi kehadiran ahli masih tidak memberangsang terutama sekali dari ahli-ahli tingkatan 2. Namun perjalanan aktiviti hari ini berjalan lancar. Aku mendapat rentak mengajar mereka menggunakan aplikasi i-angklung dan real angklung. Walaupun perlahan namun ia lebih berbaloi dari tidak mengajar langsung. Shafiq dan Shaqila setia membantu aku dalam mendidik ahli-ahli baharu ini dalam norma baharu. Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama mereka. Masalah yang sering kami hadapi sewaktu latihan ini adalah kelajuan internet masing-masing. Aku mecadangkan agar mereka melanggan tone wow kerana bagi aku kelajuan internet Digi ini sangat berbaloi-baloi.





Friday 5 March 2021

Tutorial Aplikasi Real Angklung

Berjaya juga menyiapkan tutorial aplikasi kedua Real Angklung. Aplikasi ini tidak banyak sangat karenahnya, so mudah sedikti cuma bahagian edit mengedit yang mengambil masa. Harap mereka menggunakan video ini dengan baik sebelum memulakan latihan intensif Selasa depan.






Thursday 4 March 2021

Latihan Intensif (Ahli tingkatan 1 dan 2)

Selama 3 hari berturut-turut minggu ini kami mengadakan latihan intensif untuk anak-anak angklung tingkatan 1 dan 2. Hari Selasa aku mengendalikannya dengan bantuan senior Shafiq dan Saiful. Teori angklung. Tapi hanya sempat sehingga memperkenalkan aplikasi i-angklung. Aku rasa penyampaian aku kurang sempurna dengan slide dan video yang tersangkut-sangkut. Maybe aku kena ulang semula part teori ini. Hari kedua, Rabu dan ketiga Khamis dikendalikan oleh para senior. Ini adalah kerana aku ada kelas online dan juga menghadiri mesyuarat Kelab Seni Kebudayaan. Alhamdulillah, dapat mereka mengendalikannya dengan baik.

Intensif 1 (2 Mac 2021)

Intensif 2 (3 Mac 2021)


Intensif 3 (4 Mac 2021)


Tuesday 2 March 2021

Tutorial i-Angklung

Memandangkan pendamik Covid-19 masih belum reda dan kawasan kami masihlagi redspot (MCO) maka alternatif untuk mengajar dan mengadakan latihan secara maya sahajalah. maka dengan itu aku persiapkan tutorial menggunakan aplikasi i-Angklung kepada anak-anak Kelab Angklung Wariseni. Harap mereka dapat memanafaatkannya sebaik mungkin.Jenuh jug anak membuat video PdpR ni rupanya. memakan masa yang lama juga. Maklum, kami budak baharu belajar.






Monday 1 March 2021

Kebun Nanas

Masih survive lagi pokok-pokok nanas yang ku tanam. Ada beberapa yang mati dan telah ditanam semula bersama-sama dengan Cikgu CT.