Sunday 29 October 2017

Majlis Graduasi SMK Seksyen 18

6.45 pagi sudah berada di sekolah untuk memunggah keluar barang-barang yang tidak akan digunakan dalam persembahan hari ini. Saspen juga pergi belakang sorang-sorang pepagi ni. Hanya seorang anak angklung sahaja yang sampai pagi ni waktu aku ke bangsal i-Think. Tak berapa lama kemudian yang lain-lain turut muncul sama. Terus bertolak ke seksyen 18 dengan menggunakan dua buah kereta sahaja. Cikgu Suzana kelewatan sedikit pagi ini. Maka disumbatkanlah macam tauhu sumbat bebudak ni dalam kereta aku dan Cikgu CT. Alhamdulillah kami selamat sampai ke sana. Terus mencari spot untuk menyiapkan diri setelah ditunjukkan oleh Floor Manager. Makan pagi dan floor arrangement dilakuka untuk kali terakhir sebaik sahaja selesai makan.

 

Kelewatan VIP tiba membuatkan kami menunggu lagi. Aktiviti yangtelah biasa kami lalui sepanjang penglibatan kami dalam dunia seni ini. Penantian....berapa lama mestiku nanti..VIP masih tak mari-mari...hahahahaha. Peluh jantan betina dan menitik menanti orang-orang ni. Akhirnya penantian kami berakhir dan persembahan kami dimulakan dengan jayanya.



Bebudak tak mahu menunggu makan tengahari tiba kerana masih keletihan dengan aktiviti malam tadi. Maka kami beransur pulang dengan berbekalkan mee goreng dan air mineral. Sempat gergambar dengan guru-guru di situ. AJK majlis yang sebetulnya. Terima kasih daun keladi ya....jangan serik jemput kami lagi.


Aktiviti hari ini ditutup dengan aktiviti minum ABC kat Restoran Salsabeel. Penutup aktiviti bulan Oktober untuk tahun 2017.


Saturday 28 October 2017

Majlis Perkahwinan Shasha dan Eddy

Bersama-sama CT menuju ke Dewan Siti Hadijah untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara. Peranan kami kecil sahaja di sini. Hanya mengiringi pengantin masuk dan memainkan 3 buah lagu permintaan pengantin.

 
Terus menyiapkan peralatan sesapai sahaja di sini dan kemudian membuat reherasal perarakan pengantin. Agak sempit tempatnya ......anak-anak angklung diberikan taklimat untuk persembahan nanti mengikut keluasan yang diberikan.

 

Bersolek.....aku pun ikut sama menyiapkan diri. Pendandan aku...cikgu CT. Ala....pakaikan tudung yang bergulung-gulung tu. Rimas aku eh.


Makan time....minta maap ya...kami makan dulu ya para jemputan yang lain. Jangan jeles ek. Kami nak iring pengantin jap lagi. Takde masa nak makan kang. Macam biasa menanti pengantin punyalah lama. Makan dah ulang dua tiga kali...pengantin masih tak sampai-sampai. Lenguh dah kaki anak-anak angklung menanti ni....

 

Pempelai yang dinanti pun tiba akhirnya dan berkumandanglah dentuman jidur Riezwan buat pertama kali di sini. Aku menanti di dalam dewan sementara CT dan Encik Sam menguruskan perarakan di luar.


Tiba di dalam dewan mempelai berhenti seketika dan kemudian disambung semula dengan iringan lagu Terukir Di Bintang juga menggunakan gemersikan angklung.



Merenjis juga diringi dengan muzik angklung. Perjalanan acara ini mengambil masa agak lama menyebabkan alunan jidur Riezwan makin lama makin lemah. Risau juga aku kat meja ni bila mendengarkannya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehingga 3 buah lagu permintaan pengantin dapat diaminkan dengan baiknya. Syabas!


 

Thursday 26 October 2017

Rakaman Dokumentari di Air Terjun Sungai Dua

Berjanji untuk bertolak pada jam 6.30 pagi tetapi akhirnya tersangkut di Stesen Minyak Petronas Subang Jaya oleh kerana Pak Haji menuju ke Seremban. Kami terpaksa menunggu Pak Aji untuk pusing semula ke arah kebenaran.......hahahahahha. Baran juga aku pagi tu. Aku serah telefon pada CT untuk bercakap dengan semua orang. Akhirnya jam 8.00 pagi baharulah kami dapat bertolak menuju ke Lebuhraya Karak. Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke destinasi. Berhenti sekejap untuk mebuang hampas. Takut di sana nanti tiada tanda untuk melepaskan hajat. Laluan menuju ke Airterjun Sungai Dua memamng sempit. Aku kira rombongan kami sudah sesat tapi kelibat Uncle Sam kelihatan di hadapan jalan. Sah...kami dah sampai ke destinasi yang dikehendaki. Disambut mesra oleh Tok Batin kampung yang bertanyakan pelbagai soalan yang taklah dapat kami jawab dengan jayanya.Bersarapan nasi lemak yang ditempah dari Pak Agos sementara menanti krew membuat persiapan.

 

Sakan berjoli dengan kamera yang tak perlu ada filem.


Sementara Uncle Sam berdiskus dengan Pak Arab ngan Minah Arab tu, kami membuat persiapan yang sepatutnya. Menyusun dan mengantung angklung serta bersalin pakaian untuk rakaman setelah mendapat persetujuan Pak Arab tu jenis pakaian yang hendak digunakan.

 

Memang letih buat rakaman ini. Perlu dibuat dan diubah berulang-ulang kali. Anak-anak angklung sampai ke'blura'an semasa rakaman dibuat dan memerlukan bantuan guru mereka untuk memahami arahan.


 

Berehat seketika untuk minum dan makan sahaja kemudian meneruskan lagi rakaman. Kepenatan semua walaupun kami tak buat....tapi penat melihat kegigihan anak-anak angklung mengikut arahan yang diberikan untuk memberikan scene yang terbaik. Jam 6.00 petang rakaman pun berakhir.  Alhamdulillah. Terus berkemas untuk pulang.

 

Berhenti di Genting Sempah untuk makan malam dan menukar pakaian. Kesian anak-anak angklung. Ada yang dah nak terkucil sangat dah. Pesan makanan sepesen sahaja untuk mereka sementara aku dan CT makan mee. Tapi tak habis juga makannya. Kepenatan. Meneruskan perjalanan dan tiba di sekolah pada jam 10.30 malam. Berjanji dengan anak-anak angklung untuk membuat latihan pada hari Jumaat bagi persediaan untuk majlis perkahwinan pada hari Sabtu nanti.

Saturday 21 October 2017

Iklan



For booking, kindly text, call or email us at

pibgsmktsm@gmail.com +603 51228388 / +60196091434

FB: https://www.facebook.com/kelabangklungwariseni

Instagram: angklung_wariseni

YouTube: Kelab Angklung
Blogspot : smktamansrimuda.blogspot.com


Friday 20 October 2017

Karnival Usahawan Desa (KUD 2017)

Persembahan di PWTC....sebaik sahaja kami kembali ke tanahair. Alhamdulillah. Bergerak ke sana pada pukul 7.00 pagi dan sampai di Kuala Lumpur jam 8.00. Kesesakan lalu lintas boleh tahan oleh kerana hari Jumaat. Makan sarapan pagi di Restoran Riverside. Nasi lemak dan teh tarik.

 

Bergerak semula ke PWTC selepas sarapan dan ke bilik Perak yang disediakan khas untuk kami hari ini. Dapatlah berehat dan bersiap dengan selesa.

 

Jam 10.15 pagi bergerak ke pentas utama dan membuat persiapan. Kami yang pertama menghiburkan para tetamu yang hadir di PWTC pada pagi ini. 45 minit pelbagai lagu didendang dan diakhiri dengan gimik lagu My Heart Will Go On dan Dikir Puteri. Anak-anak angklung menari di bawah pentas.

  


Bergerak ke pentas kedua pula untuk terus menghiburkan para pengunjung selama setengah jam.


Berehat seketika untuk sembahayang Jumaat di tingkat 4 PWTC sementara anak-anak angklung perempuan berjemaah sendirian di bilik Perak. Makan tengahari dan berehat untuk seketika. Persembahan ketiga kami pada pukul 5.30 petang di pentas yang lain pula tetapi  masih di PWTC. Pelbagai reaksi penonton dapat dilihat apabila mereka melihatkan persembahan unik kami. Pelbagai artis juga dapat kami jumpa di sini. Walawey.....

 

Persembahan terakhir kami di sini pada jam 8.00 malam. Dalam persembahan terakhir ini kami bersantai sahaja oleh kerana PA System tidak berjaga. Janji kami dapat main dengan baik walaupun terpaksa mengulangi lagu-lagu yang sudah dimainkan petang tadi. Persembahan ini diakhiri bersama-sama dengan para pengunjung dengan bermain angklung bersama-sama kami dalam lagu Dendang Sayang. Sungguuh sporting mereka. Alhamdulillah kami juga mendapat tajaan minuman daripada sebuah syarikat selama enam bulan sepanjang kami membuat persembahan. Rezeki untuk anak-anak angklung. 

 

 
                                                                                                 Tajaan EpiHerbs

Karnival Usahawan Desa 2017 di PWTC mendapat liputan akhbar dan kelab ini juga turut terpapar dimukasurat tersebut pada 21 Oktober 2017 - Sinar Harian.

Tuesday 17 October 2017

Bandung - Kembara Hari Keempat

Hari terakhir rombongan berada di Bandung. Hari ini semua peserta diarahkan untuk bersiap dan bersarapan lebih awal oleh kerana kekangan masa. Jam 9.00 pagi setelah daftar keluar daripada Hotel Bandung menuju terus ke SMK Negeri 10 Bandung mengharungi kesesakan lalu lintas bersama-sama dengan penduduk Bandung yang berpusu-pusu menuju destinasi masing-masing. Berkesempatan untuk merasai pengalaman menaiki teksi Bandung untuk sampai ke SMK Negeri 10 oleh kerana laluan ke sana kecil dan hanya teksi kecil sahaja yang boleh melaluinya.

 

Kunjungan kami telah dinanti oleh Humas sekolah dan diriingi ke dewan untuk mendengar taklimat dan persembahan daripada siswa dan siswi di sini. Selesai sahaja majlis di dalam dewan kami dibawa melawat sekitar sekolah dan melihat sendiri sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Satu pengalaman yang sangat berharga untuk anak-anak angklung Wariseni ini.

 

 

 

  


Berkesempatan untuk melawat sekitar sekolah hanya 2 jam sahaja namun pelbagai pengalaman, kenangan dan pengetahuan yang dapat diperolehi di sini. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kunjungan ini. Sebelum beredar lawatan dirakamkan bersama-sama siswa dan siswi serta guru-guru yang terlibat dalam aktiviti ini.


Terus menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara dan mendaftar masuk secara berkumpulan. Agak lewat kami tiba namun penerbangan kami ke Kuala Lumpur telah ditunda kerana penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bandung lewat tiba di sini. Alhamdulillah, menarik nafas lega. Para peserta mengambil kesempatan menghabiskan nilai rupiah yang ada membeli-belah di dalam lapangan terbang pula. Anak-anak angklung Wariseni bersesak-sesak membeli coklat yang agak luarbiasa bungkusan dan namanya. Guru-guru pengiring turut teruja juga untuk turut membeli sama. Jam 2.30 petang kami dibenarkan masuk ke dalam kapalterbang dan berangkat meninggalkan bandar Bandung pada jam 2.40 petang. Hujan lebat mengiringi keberangkatan pulang rombongan ke Malaysia. Bandung turut sedih di atas kepulangan kumpulan ini.

 

Tiba di KLIA 1 pada jam 5.40 petang. Setelah urusan selesai kesemua menanti bas tiba untuk membawa semua pulang ke Shah Alam. Jam 8.00 malam kesemua peserta pulang bersama-sama ibu bapa masing-masing dengan selamat.