Monday 16 October 2017

Bandung - Kembara Hari Ketiga

Memulakan aktiviti dengan bersarapan pagi dan kemudian bertolak ke SMAN 12 iaitu sebuah sekolah menengah atas yang berada di kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, yang terletak di Jl. Sekejati no 32 Kiaracondong, Bandung. Kunjungan telah disambut dengan mesra oleh guru-guru dan para siswa dan siswi sekolah ini. Meskipun lawatan yang dibuat mengejut namun sambutan mereka sungguh mengharukan rombongan ini. Pelbagai maklumat disampaikan dan para peserta turut dihiburkan dengan persembahan oleh para siswa dan siswi yang menyertai aktiviti kokurikulum angklung. Persembahan mereka dibalas dengan persembahan daripada Kelab Angklung Wariseni. Di akhir kunjungan cenderamata telah disampaikan kepada kepala sekolah oleh Tuan Haji Aznan Kassan tanda penghargaan daripada pihak sekolah.


 

 

 

 

Setelah berada selama 4 jam di sekolah tersebut, para peserta ke acara seterusnya ialah acara membeli-belah di Pasar Baru Bandung. Selesai makan tengahari anak-anak angklung dibantu oleh pemandu pelancong khas di Pasar Baru untuk membantu mereka mencari buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia sebagai kenangan. Masa yang diperuntukkan untuk membeli-belah di sini selama 3 jam dan kemudian ke Cihampelas semula untuk menghabiskan sisa masa yang ada sebelum makan malam dan pulang ke hotel.

 

 

No comments:

Post a Comment