Wednesday 30 September 2015

Bananana Squad

Kali kedua kami menyertai rancangan ini. Pertama kali krew hanya datang ke sekolah tetapi kali ini kami ke Studio 5 yang terletak di Glenmarie Shah Alam. Pukul 3. 46 petang tepat seperti catatan dalam Waze kami tiba di Glenmarie. Speeding sepanjang jalan. Lor...kok rakamannya lewat lagi. Tapi oklah  taklah kami tergesa-gesa menyiapkan diri. Pengalaman baru kepada kelab kerana kami akan hanya menggunakan 3 orang pemain sahaja. Fazli, Alif dan Ain. Tahniah mereka dapat mengharungi cabaran memainkan lagu Getaran Jiwa dengan baik semasa rakaman. Tunggu tayangan ini pada Hari Sabtu jam 6.30 petang di TV9 dan TV3 pada pukul 10.30 pagi.











Pada hari yang sama untuk rakaman kami membuat latihan selama 2 jam sebagai persediaan ke studio petang nanti. Alhamdulillah Uncle tetap setia membantu kami walau apa jua keadaan. Nampak sangat muka Fazli stress .....kesian dia. Tapi itulah cara mengajar anak-anak angklungku kuat menghadapi cabaran!





Rehearsal #HIKJPM2015

28 September 2015 jam 9 pagi bertolak ke PICC Putrajaya untuk menjalani rehearsal pada pukul 12.00 tengahari. Sesampai di sana memakirkan kereta di basement dan mencari dewan. Berpusaing-pusing akhirnya jumpa juga. Diberitahu latihan akan dimulakan pada pukul 4.00 petang. Alahai...kami ada temujanji dengan TV9 untuk rakaman Bananana Squad...kami pula artis jemputan plak. Memaklumkan kepada jawatankuasa dan mereka prihatin. Pukul 2.40 petang kami memulakan latihan dan kemudian bergegas keluar menuju ke Glenmarie.




Majlis Perkahwinan di Dewan Seri Siantan

Menaja majlis perkahwinan pada 27 September 2015 di Putrajaya bertempat di Dewan Seri Siantan Presint 3. Anak besan Uncle Sam rupanya. Pertama kali kami mengiringi pengantin ke dewan dengan menaiki tangga bergerak. Pengalaman baru kepada anak-anak angklung.



Persembahan kami jalankan dengan penuh semangat dan para tetamu taksub dan ada yang ternganga melihat persembahan kami. Maklum sudah lama alat muzik ini ditinggalkan. Baru-baru ini ia kembali dengan penuh pembaharuan. Yeah! Pelbagai lagu kami mainkan berselang-seli dengan nyanyian emcee hari itu.




Beberapa lagu dimuatkan di sini untuk halwa telinga semua. Mencuba beberapa lagu yang dirangkaikan sebagai persediaan untuk 29 September nanti. Terima kasih.



Mengiringi pengantin dalam majlis memotong kek. Lagu yang dimainkan Ketulusan Hati nyanyian Anuar Zain. Best tak?


Sesi bergambar denga pasangan pengantin diakhir persembahan kami.



SEAMEO Song Angklung Contest 2015



12 September 2015 setelah berlatih dengan bersungguh-sungguh kami akhirnya bersiap sedia untuk merakamkan video untuk pertandingan ini. Tiba-tiba Riezwan demam pula dan tempatnya terpaksa digantikan oleh Alif. Tinggallah Fazli dengan angklung solo sorang-sorang kat belakang tu. Bard dan rakannya dan tiba untuk menyiapkan anak-anak angklung. Puan Elsa menjadi mak andam solekan pada hari ini. Semua bekerjasama untuk menjayakan rakaman ini termasuklah Uncle Sam. Terima kasih semua! Kebetulan pada hari rakaman PIBG sekolah turut mengadakan mesyuarat mereka. Dapatlah mereka menyaksikan kehebatan anak-anak SMK Sri Muda beraksi. Cewah!








Apa-apa pun kami dah cuba buat yang terbaik. Menunggu keputusan dengan penuh debaran sehingga hujung Oktober ini nanti. Good luck semua! Rakaman akan kami siarkan apabila keputusan sudah dikeluarkan nanti ya. Harap bersabar.





Talian telah dibuka sehingga 31 Oktober...sila view ramai-ramai untuk memberi kami peluang meraih salah satu tempat teratas. Terima kasih.



Tuesday 29 September 2015

#HIKJPM2015

Pukul 10.00 pagi bertolak ke  PICC bersama 13 orang anak-anak angklung yang setia. Semalaman aku tak boleh tidur menantikan hari ini. Bermacam-mcam bermain difikiran....takut pun ada. Majlis terbesar pada tahun ini. Menikmati sarapan pagi dan lepak di Loading Bay. Memberi peluang pada anak-anak angklung melawat pameran majlis sambil bergambar.



Pukul 12 tengahari menikmati makan tengahari. Anak-anak angkllung sudah kekenyangan nampaknya. Fitri sampai nak termuntah makan puding roti dengan banyak nyer. Kannn......



Pukul 1.30 petang bersiap untuk persembahan. Tetiba datang ahli jawatankuasa persembahan kami ditunda lagi. Kali ini ke pukul 3.30 petang sewaktu majlis penyampaian anugerah berehat sebentar. Apa-apalah janji anak-anak angklung aku tak hilang mood. Bahye tu! Setelah penat menahan rasa terkucil akhirnya tibalah giliran kami. Alhamdulillah semua berjalan lancar.


Sebaik sahaja selesai majlis sekali lagi kami berposing sakan....kali ini bersama-sama Pengarah Jabatan Perangkaan JPM. 



Waduh tidak disangka minum petang kami diletakkan di meja VIP. Rezeki....syukur!