Tuesday 29 September 2015

#HIKJPM2015

Pukul 10.00 pagi bertolak ke  PICC bersama 13 orang anak-anak angklung yang setia. Semalaman aku tak boleh tidur menantikan hari ini. Bermacam-mcam bermain difikiran....takut pun ada. Majlis terbesar pada tahun ini. Menikmati sarapan pagi dan lepak di Loading Bay. Memberi peluang pada anak-anak angklung melawat pameran majlis sambil bergambar.



Pukul 12 tengahari menikmati makan tengahari. Anak-anak angkllung sudah kekenyangan nampaknya. Fitri sampai nak termuntah makan puding roti dengan banyak nyer. Kannn......



Pukul 1.30 petang bersiap untuk persembahan. Tetiba datang ahli jawatankuasa persembahan kami ditunda lagi. Kali ini ke pukul 3.30 petang sewaktu majlis penyampaian anugerah berehat sebentar. Apa-apalah janji anak-anak angklung aku tak hilang mood. Bahye tu! Setelah penat menahan rasa terkucil akhirnya tibalah giliran kami. Alhamdulillah semua berjalan lancar.


Sebaik sahaja selesai majlis sekali lagi kami berposing sakan....kali ini bersama-sama Pengarah Jabatan Perangkaan JPM. 



Waduh tidak disangka minum petang kami diletakkan di meja VIP. Rezeki....syukur!




No comments:

Post a Comment