Wednesday 30 September 2015

Bananana Squad

Kali kedua kami menyertai rancangan ini. Pertama kali krew hanya datang ke sekolah tetapi kali ini kami ke Studio 5 yang terletak di Glenmarie Shah Alam. Pukul 3. 46 petang tepat seperti catatan dalam Waze kami tiba di Glenmarie. Speeding sepanjang jalan. Lor...kok rakamannya lewat lagi. Tapi oklah  taklah kami tergesa-gesa menyiapkan diri. Pengalaman baru kepada kelab kerana kami akan hanya menggunakan 3 orang pemain sahaja. Fazli, Alif dan Ain. Tahniah mereka dapat mengharungi cabaran memainkan lagu Getaran Jiwa dengan baik semasa rakaman. Tunggu tayangan ini pada Hari Sabtu jam 6.30 petang di TV9 dan TV3 pada pukul 10.30 pagi.











Pada hari yang sama untuk rakaman kami membuat latihan selama 2 jam sebagai persediaan ke studio petang nanti. Alhamdulillah Uncle tetap setia membantu kami walau apa jua keadaan. Nampak sangat muka Fazli stress .....kesian dia. Tapi itulah cara mengajar anak-anak angklungku kuat menghadapi cabaran!





No comments:

Post a Comment