Sunday 26 February 2023

Kelas Si Cilik 3

Hanya Saiful sahaja yang ada hari ini. Dua orang ahli yang sepatutnya membantu tidak hadir. Namun feedback dari Saiful si cilik ini dapat memainkan angklung solo dengan baik. Tahniah!!!!




Saturday 25 February 2023

Kelas Si Cilik 2

Hari ini 25 Feb 2023 kelas untuk ahli termuda kami bermula. Saiful seperti biasa membantu dua orang ahli untuk melatih mereka mengajar Si Cilk ini bermain angklung. Shafiq turut membantu dengan merakam aktiviti yang berlangsung hari i ni. Maklumat daripada mereka anak ini sangat pantas menerima pembelajaran yang diberikan. Moga anak ini menjadi pewaris KAW Team!




Friday 24 February 2023

Getarkan Jiwa! 10 Buah Lagu Popular

Dapatkan 10 buah skor angklung lagu-lagu popular dan antarabangsa. Termurah dipasaran. Dapatkan sekarang!


Klik Saya :   Getarkan!






Monday 20 February 2023

Sumbangan Angklung

Menerima pesanan daripada Whatsapps bertanyakan samada kami memerlukan angklung lagi dan nyatanya mereka ingin menyumbangkan angklung kepada kami. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Namun kami tidak sangka apa yang kami terima merupakan hak milik Almarhuma Waafa binti Abd Kadir. Keluarga mereka menyerahkan angklung tersebut kepada kami dengan amanah digunakan dengan sepenuhnya. Menurut keluarga almarhuma, angklung ini menjadi kesayangan Almarhuma Wafaa. Insya-Allah kami akan menjaga dengan sepenuh hati serta menggunakannya sebaik mungkin dalam aktiviti kami. Terima kasih kepada keluarga Almahuma dan Al Fatihah kami kirimkan kepadanya. Al- Fatihah (dibaca)......






Projek Tanaman Nanas dan Anggur (Labu pun ada!!!)

Dua hari mengerjakan kebun di belakang bersama-sama Cikgu CT dan dibantu oleh salah seorang ahli kelab iaitu Syazwan. Jadilah dari takde budak kan...bolehlah tolong angkat tayar, tanah...nak harap kudrat kami berdua.....jenuhlah nak siap. Benih labu ditabur oleh cikgu CT pada pokok lemon dan nanas. Sementara nak tunggu hasil keluar katanya. Nak hidup...hiduplah labu. Kalau tak nak hidup....bior jew la....Lebihan tanah sempatlah ditambah ke dalam pasu-pasu yang ada. Baja tahi ayam ditabur pada semua pasu. Bagi kuat dan bercambah bugar. Patutler pokok kunyit aku mati...rupanya aku tanam dalam baja...dek kerana terlalu subur tanahnya sampai mati pokok aku...hahahahaha, kena gelak dengan Cikgu CT.






Sunday 19 February 2023

Majlis Gala & Graduasi Little Abd

Hari ini kami meraikan adik-adik Little Abd dalam majlis Gala dan Graduasi mereka bertempat di MTree Hotel, Puchong. Perjalanan ke sana singkat sahaja dan sampai sahaja kami terus membuat persiapan. Ballroomnya tidaklah besar sangat maka kami tidak memerlukan mic untuk persembahan kami. Selesai rehearsal dan bersiap kami pun bersarapan. Peranan kami diwaktu pembukaan iaitu lagu Erti Al-Fatihah, iring adik-adik sewaktu masuk dan menerima sijil akhir sekali persembahan santai pada jamuan makan.







Saturday 18 February 2023

Ahli KAW Team Cilik

Kami menerima seorang pelatih .....baharu berumur 9 tahun. Intro kami untuk menarik minat Si Cilik ini dengan melihat latihan yang kami lakukan sambil memperkenalkan angklung secara am kepadanya. Pantas anak cilik ini menarikan jari-jari kecilnya di papan buluh angklung. memang berbakat anak ini. Minggu depan anak ini akan datang untuk memulakan latihan pertamanya bersama-sama Farhanis dan Nur Umairah.





Sunday 12 February 2023

Hari Tanpa Kenderaan MBSA

Job diterima melalui Encik Fahmi dan kemudian diteruskan oleh stafnya Cik Nurul. Program hari ini diuruskan oleh Cikgu CT, Izzakir dan Fatinah. Aku mempunyai urusan lain masa ini. Tak banyak yang dapat kuceritakan hanya mendapat maklumat  mereka dapat memainkan 3 lagu sahaja kerana berkongsi masa dengan penari. Namun persembahan terbaik dari mereka dan Timbalan Menteri Kesihatan bergambar dengan mereka juga. Tahniah!!!!