Monday 21 October 2019

Anugerah Cemerlang Kokurikulum Sesi Pagi

21 Oktober Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum Sesi Pagi pula diadakan. Alhamdulillah, guru, murid dan papan kenyataan menggondol anugerah tahun ini sekali lagi. Tahniah buat semua dan atas komitmen kalian.




Thursday 17 October 2019

Perasmian GCR dan Anugerah Cemerlang Kokurikulum Sesi Petang

17 Oktober 2019 selepas perasmian Google Classroom oleh Puan Meriam Penolong Kanan Petang SMK Taman Sri Muda acara diteruskan dengan Anugerah Cemerlang Kokurikulum. Tahun ini guru dan murid dapat menggondol sekali lagi anugerah beserta dengan papan kenyataan. Alhamdulillah, semoga ia memberi semangat pada anak-anak angklung untuk tahun tahun mendatang.



Friday 11 October 2019

Karnival Kokurikulum dan Sambutan Bulan Sukan Negara 2019

Persembahan hari ini diuruskan oleh Cikgu Siti Raxkina. Aku hanya menguruskan dari jauh dengan pelbagai pesanan. Berdebar menanti gambar dan video yang kuminta CT rakamkan dan ambil. Setelah selesai persembahan dengan segera kiminta kedua-duanya dari CT. Alhamdulillah, persembahan mereka menarik. Terima kasih semua atas komitmen kamu dalam menjalani latihan untuk menjayakan persembahan hari ini. Tahniah! Anda semua berjaya akhirnya. Senior...menjalankan tugas dengan menjaga gerai angklung yang diuruskan oleh Cikgu CT juga. TQ guys!


  





   


Thursday 10 October 2019

Majlis Persaraan Pengetua SMP Convent, Jalan Peel Kuala Lumpur.

Bergerak ke Kuala Lumpur pada jam 6.15 pagi bersama-sama Haji Ismail yang membawa van, Cikgu CT dengan Hondanya dan aku bertemankan Kia Sportage yang setia memberikan khidmtanya dengan cemerlang sekali. Sesampai di sekolah kami telah disambut mesra oleh guru bertugas dan kemudian memberikan arahan selanjutnya.

  

Setelah membuat persiapan dan sedikit rehearsal kami mengambil sarapan pagi di kantin. Macam makan tengahari pula. Setelah itu kami bersedia di ruang lobi sekolah menanti ketibaan orang yang diraikan sampai. Tepat jam 10.30 pagi kami memulakan acara dengan pukulan jidur oleh Aiman untuk mengiringi tetamu yang diraikan iaitu Pengetua SMK Convent yang akan bersara mulai hari ini. Sebaik sahaja selesai iringan kami memulakan persembahan dengan lagu Selamat Datang dan peranan kami selesai di sini untuk pagi ini.



Seterusnya peranan kami di dalam dewan. Persiapan telah dibuat dengan rapi sementara menanti majlis mereka selesai di dataran perhimpunan. Jam 12.45 tengahari baharulah kami dapat memainkan angklung di dalam dewan. Kami mulai dengan lagu kuda hitam tanpa ada pendengar untuk menetukan volume lagu. Seterusnya mencuba lagu Dinda di Mana.....dipertengahan lagu kami berhenti untuk meraikan pengetua masuk ke dalam dewan.

  


Kami diminta untuk memainkan lagu Happy Birthday tetapi arahan tidak diterima daripada pengurus lantai maka kami hanya mengoyangkan angklung sahaja setelah diarahkan oleh Penolong Kanan semasa acara memotong pulut kuning. Kami hiburkan para tetamu dengan tiga buah lagu sahaja di dalam dewan iaitu lagu Jali Jali, Bengawan Solo dan kami akhiri dengan lagu Pamit.


Bergegas pula ke tapak perhimpunan untuk memainkan lagu Masa SMA semasa tayangan slide pengetua. Sebaik sahaja selesai kami menuju ke kantin semula untuk menjamu selera buat kali kedua. Beransur pulang setelah bersalaman dengan guru-guru berkaitan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan mereka berpuas hati.

  

Sunday 6 October 2019

Open House Tadika Anakku Genius Soleh


Menuju ke Saujana Utama, Sungai Buluh dengan bantuan Pak Agos dan Cikgu CT walaupun kami berdua masih lelah namun diturutkan jua bagi menlancarkan aktiviti hari ini. Perjalanan hanya mengambil masa 35 minit sahaja dari sekolah. Sampai sahaja di sekolah kami terus menuju ke destinasi berpandukan teman setia anda...Waze! Setelah melapor diri di pintu masuk utama taman kami dibenarkan masuk dan memakir kereta berhampiran dengan tadika tersebut. Terus sahaja membuat persediaan persembahan dan pameran. Ala kadar sahaja pameran kami.....pengenalan kepada angklung kepada ibu bapa yang hadir hari ini. 

  

Sementara menanti mereka menyiapkan persediaan open house, kami mengambil sarapan dahulu. Nasi lemak disediakan dan ditaja oleh Pak Agos. Alhamdulillah syukur. Pihak tadika pula menyediakan roti dan air kotak. Setelah itu kami memulakan persembahan dengan lagu Bintang Kecil sebagai pengenalan persembahan. Ibu bapa agak terkesima juga dengan persembahan ini. Mungkin mereka tidak menyangka ada persembahan angklung hari ini yang mana turut dimasukkan dalam silibus mereka pada tahun hadapan.

  

Kami berehat seketika dan disambung dengan aturcara seterusnya oleh Guru Besar tadika ini. Kami menjamu selera dengan juadah yang dijual pada hari ini dengan berbekalkan kupon RM10 sahaja. Sempat juga kami bergambar dengan ikon Omar dan Hana....Assalamualaikum....alhamdulillah!

  

Kami menutup persembahan dengan 4 buah lagu dengan aktiviti teka lagu. Jam 2.30 petang kami berkemas untuk pulang ke Shah Alam. Insyallah kita jumpa lagi pada tahun hadapan ...2020!