Sunday 29 July 2012

One Utama, Damansara

Persembahan akhir dalam bulan Julai pula berlansung di New Wing, OU Damansara. Seawal 10.30 pagi sudah berada di sekolah menyediakan alatan dan pakaian ahli kelab untuk persembahan nanti. Sambil menanti waktu yang dijanjikan dengan Pak Agus, menanda beberapa buku latihan anak-anak murid. Siap juga menanda buku karangan kelas 1 Azam.

11.30 pagi bergerak ke bangsal depan untuk memastikan semua ahli kelab telah hadir dan menagihkan uniform kepada mereka. Macam-macam kerenah mereka sementara menanti Pak Agus tiba.

Aqashah sedang mengarut komedia



Pak Agus terbaik! 12.00 tenghari tiba dengan vannya untuk membawa kami ke OU di Damansara. Perjalanan ke sana mengambil masa 45 minit, jalan agak sesak juga. maklum, awal bulan, orang baru dapat gaji, ada tunggakan pula.


Sesampai saja di OU, kami bergerak ke tempat yang disediakan untuk meletakkan alatan persembahan di belakang pentas. Encik Sam dihubungi. Sementara menanti untuk membuat uji suara, Ariff, Yaswan, Aqashah, Hanim, Yummi dan Anees secara sukarela duduk di hadapan pentas untuk membuat rantai dan gelang daripada manik-manik yang disediakan secara percuma.



Pukul 2.00 petang kami mula naik ke pentas untuk menyusun atur alatan, kedudukan dan uji suara. Seperti biasa Encik Sam yang menentukan susun atur kami.




2.30 petang kami mula menyalin pakaian  dan bersedia untuk membuat persembahan. Kami ke pentas sekali lagi untuk membuat uji suara dan selepas itu bergambar lagi dan lagi.



Jam 3.00 petang persembahan dimulakan. Lagu pertama kami dimulakan dengan lagu Bengawan Solo, diikuti dengan lagu Daiyo Sayo, Yek Liang Tai Piau Wo Te Sin, Besame Mucho pula diiringi penari Wariseni, Shanghai Beach, Getaran Jiwa, dan akhir sekali Kenanganku juga diiringi dengan penari. Tepat 30 minit persembahan kami selesai. Getaran Jiwa lagu yang amat cikgu takuti....dapat dimainkan dengan baik sekali petang ini. Syabas anak-anak angklung.




Persembahan selesai jam 3.30 petang. Kami ke belakang pentas bersiap menyalin pakaian. Destinasi kami ke cinema pula untuk menonton Dark Night Rises...apa ke la tajuknya cerita Batman tu.



3  jam berada dalam kegelapan dengan bingit speaker panggung. Lena juga sekejap. 7.00 malam cerita pun selesai dan kami menuju ke Kluang Station untuk berbuka puasa pula. Nasib baik tempahan sudah dibuat awal tadi. kalau tidak tiada tempat duduk untuk kami. Dalam masa menanti waktu berbuka tiba, adalah seorang ni tetiba datang dan menghulurkan satu bekas kurma untuk kami berbuka nanti. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak.



Thareda dan Yaswan....the best. Menghormati kami yang berpuasa. Seronok mereka enjoy the day together-gether,  hahahahahaha! Kelaparan sungguh mereka. Licin pinggan tinggal tulang aje....ish...ish...ish.



Selesai makan mereka dilepaskan untuk aktiviti masing-masing dan berpesan agar kembali ke pentas pada pukul 8.45 untuk membawa alatan persembahan pulang.





Berita sedih untuk anak-anak rakaman persembahan petang tadi tiada, semua hilang selepas handycam jatuh...yang ada hanya kesan lebam pada tangan dan peha cikgu saja. Alahai......cikgu dah nak nangis dah ni......whaaaaaawaaaaaaaa........!

Ini rakaman dari iphone uncle Sam...thank you, ada juga.




Buku program persembahan di One Utama



Friday 20 July 2012

Siapa Tahu Lagu Ini?

Ada sesiapa boleh beritahu tajuk lagu dan penyanyi untuk background music video ini?


Friday 13 July 2012

Sejarah Permulaan Kelab Angklung Wariseni

Akhirnya, dapat juga cikgu mendapatkan video pertama aktivit kelab angklung. Di sini bermulanya sejarah kebangkitan angklung di SMK Taman Sri Muda. Bulan Oktober 2011, aktiviti dijalankan di bawah bimbingan Encik Sam Mat Kous dan guru penasihat yang hadir Cikgu Malisa Mohayuddin.


Encik Sam menunjukkan cara mememgang angklung dengan betul


Cikgu tak dapat menceritakan apa yang berlaku seterusnya dalam aktivit yang dijalankan pada hari itu sebab cikgu tiada di situ ...... jadi memadailah cikgu letakkan gambar dan video untuk tatapan semua. Enjoy!





Mari belajar bermain angklung.








Dulu punyalah ramai ahli.....awal tahun 2012 pun masih ramai lagi. Lepas kena dera latihan intensif, masing-masing tak tahan cabut lari. Hahahahahaa......so jangan ingat masuk angklung just for fun, banyak yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang ahli muzik yang berjaya seperti Kassim Selamat....alaaaa Kasssiiiiiiimmmmmm!

Thursday 12 July 2012

Rehearsal di KLCC

Kelam-kabut, memang kelam-kabut, last minute baru diberitahu ada rehearsal. Jenuh mencari pengangkutan untuk ke sana. Last-last kami menaiki komuter untuk sampai ke KLCC dengan dibantu oleh Penolong Kanan HEM kami, Puan Suri Arini, Encik Supian dan guru penasihat kelab sendiri iaitu Puan Malisa untuk menghantar kami ke stesen komuter.
Kelakar........ada yang tidak pernah menaiki komuter dan ini merupakan pengalaman pertama beberapa orang ahli kelab. Lawak mendengar mereka gementar untuk menaiki 'binatang' ini. Hahahaha.....lawak sungguh. Tak disangka, percuma pula tambang ke KL Sentral untuk ahli kelab. Rupa-rupanya KTM sedang membuat promosi. Rezeki mereka, cikgu saja yang dikenakan bayaran.



Dalam komuter, macam-macam kerenah ada. Tengoklah gambar-gambar ni!







Setibanya di KL Sentral berebut-rebut pula mahu membeli token untuk ke KLCC. Setelah mendapatkan token diserahkan kepada setiap pelajar. Maka gelabahlah Azizah sekali lagi. Cikgu....macamana nak guna? Hahahahahaha....kesian budak ni. Kegelabahan tambah tersirna apabila token diletak tapi pagar tidak terbuka. Comel sungguh melihat gelagat mereka.





Stesen KLCC.....berebut menaiki tangga keluar. Sampai di kaunter kegelabahan tersirna lagi. Pagar tidak terbuka. Cikgu gelak lagi. Angklung dikumpulkan dan diikat rapi. Tugas untuk Amnan dan Nizam memikul. Kami menuju ke KLCC. Terasa jauh pula apabila membawa bebanan ni. Sampai di sana kami menunggu arahan dan kemudian mengisi perut serta menunaikan solat di surau.
Menuju ke KLCC


Setting

Persiapan sedang dijalankan dengan giat dalam Dewan 2, bau cat sungguh menusuk lubang hidung kami. Sebelum memulakan latihan kami menikmati makan malam yang disediakan khas.






9.00 malam briefing diberikan dan latihan dimulakan. Kelab memulakan latihan atas permintaan oleh kerana kami tidak mahu lewat pulang ke sekolah dan ke rumah. Maklum, mereka masih budak sekolah.


Sedang disusun atur kedudukan masing-masing di atas pentas


Jam 9.45 malam latihan untuk kami selesai dan kami diminta berada di dewan esok jam 10.00 pagi untuk latihan ke dua sebelum perasmian sebenar. Pengangkutan dihubungi dan menanti kami depan bangunan BSN di Suria KLCC. Maklum, cikgu pun bukan pandai sangat. Berpusing-pusing mencari bas. Setelah penat melawat KLCC satu pusingan baharu kami jumpa bas kami! Fuh.....kartun.



11.15 malam tiba di sekolah. Kemeja diagihkan kepada ahli kelab dan beberapa pesanan tentang pakaian dan mendapatkan rehat yang secukupnya untuk event esok pagi.. 11.30 malam ahli kelab mula beransur pulang ke rumah masing-masing.

Menanti ibu bapa