Tuesday 31 January 2012

Final Countdown

Wariseni Budaya

Kami mendapat khidmat jurulatih angklung melalui link ini.

Tempahan Untuk Persembahan

Kelab Angklung bersedia untuk menerima sebarang tempahan persembahan daripada semua. Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat persembahan angklung di tempat mereka bolehlah menghubungi kami di talian :

Norazlena binti Lazim      :  0196091434
Malisa binti Mohayuddin :  0123899608
Pejabat sekolah                 :  0351218388

Thursday 26 January 2012

Kewujudan Angklung di Malaysia

Sila klik di sini

Latihan dan Persembahan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Sekolah





Ahli-ahli kelab giat menjalalni latihan di bawah pimpinan Encik Sam Mat Kous. Dalam waktu yang terhad ahli-ahli kelab mampu memainkan 3 rangkaian lagu.












Walaupun degupan jantung rancak berdegup ahli-ahli kelab masih mampu memberikan persembahan yang terbaik. Mereka memulakan persembahan dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

Wednesday 25 January 2012

Logo Kelab



Sila beri komen anda.

Bilik Kelab



Ahli kelab sedang mencuci bilik



Menjamu selera di kedai mamak

Puan Siti Rogayah, Pengetua SMK Taman Sri Muda telah memberi kebenaran kepada kelab untuk menggunakan Bilik Persalinan di Blok Seni sebagai bilik untuk menyimpan peralatan dan perkakasan kelab. Pada 25 Januari 2012, beberapa orang ahli kelab telah menyumbangkan tenaga mereka untuk membersihkan bilik tersebut. Walaupun tidak ramai yang hadir tetapi semua kerja-kerja pembersihan dapat disempurnakan dengan begitu baik. Ahli-ahli kelab ini telah dijamu di restoran yang berhampiran tanda terima kasih atas sumbangan tenaga yang telah mereka berikan.

Peta Lokasi SMK Taman Sri Muda

Peta

Monday 23 January 2012

Mesyuarat Agong Kelab

Amnan menunjukkan cara-cara memegang angklung







 
12 Januari 2012, Khamis Mesyuarat Agong kelab diadakan di Dataran Kejat. Pada permulaan mesyuarat kehadiran ahli baru amat tidak menggalakkan tetapi sebaik sahaja demo memainkan alat musik ini dilakukan semakin ramai pelajar mula menunjukkan minat.

Senarai AJK Kelab Angklung 2012

Pengerusi      : Ahmad Arham (3 Cerdas)
N.Pengerusi  : Nur Arissa ( 2 Cerdas)
Setiausaha     : Angeline Lee Ai Ping (2 Azam)
Bendahari     : Natania David ( 2 Bestari)
Juru Audit     : Nina Izzati ( 2 Bestari)
                        Mahdini  ( 1 Azam)
Wakil Ting    : Putri Nur Asyikin (2 Bestari)
                         Muhd Yuda Irawan ( 1 Erat)
                         Aida Hazwani ( 3 Cerdas)

Persembahan Pertama


Tanggal 18 Januari 2012 merupakan satu sejarah buat Kelab Angklung SMK Taman Sri Muda. Walaupun usia belum mencecah setahun jagung, kelab ini mampu memberikan persembahan mantap di hadapan para pelajar terutama sekali Dato Lim dalam sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah. Dua rangkaian lagu iaitu Bintang Kecil dan Burung Kakaktua dialunkan diakhiri dengan lagu Gong Xi Gong Xi yang mendapat tepukan gemuruh dari para pelajar dan para jemputan. Tahniah diucapkan kepada semua ahli kelab ini.

Friday 20 January 2012

Kelab Angklung SMKTSM



KELAB ANGKLUNG SMKTSM

Kelab Angklung SMKTSM baharu sahaja ditubuhkan pada bulan Oktober 2011, setelah mendapat tajaan daripada PIBG sekolah yang berjumlah RM2800 untuk membeli 26 set angklung. Angklung tersebut dibeli melalui Wariseni Budaya yang memberikan pakej 6 jam percuma untuk mempelajari cara-cara memainkan angklung dan ahli-ahli kelab dapat memainkan sekurang-kurangnya 3 buah lagu dalam tempoh singkat tersebut.

Latihan pertama kelab ini telah dimulakan pada akhir Oktober 2011 di bawah pimpinan Encik Sam Mat Kous, pengurus Wariseni Budaya sendiri. Beliau merupakan salah seorang jurulatih yang mahir di dalam muzik tradisional ini.

Encik Sam Mat Kous

Guru Penasihat Kelab Angklung SMKTSM ini ialah Puan Norazlena dan Puan Malisa. Mereka bukanlah seorang guru muzik yang bertauliah tetapi usaha gigih mereka harus mendapat pujian oleh kerana mereka berjaya menubuhkan kelab angklung di sekolah ini.

 

Kelab ini sedang mencari identiti tersendiri di dalam bidang muzik ini. Kami mengalu-alukan idea bernas daripada sahabat sekalian dalam membentuk identiti kami terutama dari segi logo dan pakaian kelab. Pendapat dan idea kalian semua dialu-alukan.