Sunday 23 December 2012

Mimpi Ke Bintang

15 Disember 2012, seawal 6.00 pagi sudah bangun dari tido, seorang demi seorang sudah mula bangkit, terpisat-pisat menggosok mata. Masih lagi letih dan mengantuk. Apa boleh buat....nak ke bintang punya pasal kena bangun awal. Setelah semua bersiap anak-anak lelaki dipanggil masuk ke dorm perempuan untuk memulakan latihan. Sepanjang malam tidak boleh tidur untuk memikirkan formasi yang kreatif untuk angklung ni. Minta idea anak-anak....semua tengok kita balik...apa laaaaa!
 
Sementara menanti sarapan tiba, latihan pesat dijalankan. Formasi tarian angklung berubah 100%. Idea Encik Jo JKKN kami guna pakai dalam perubahan ini. Tiga lagu medley yang digunakan turut berubah. pada mulanya kami menggunakan lagu Koo Gud, Kenanganku dan Anak Kampung. Setelah perubahan dibuat kami menggunakan lagu My Heart Will Go On untuk menggantikan lagu Anak Kampung.


 
Jam 9.00 pagi sarapan pagi tiba, laksa goreng....first time makan laksa goreng! Pertama kali dalam sejarah....orang bagi sarapan tanpa air. Ingatkan dapatlah teguk air panas pagi ni. Hampeh! Amnan pun dikerah untuk membeli air mineral di kedai bawah. Nasib baik Thareda ada membaawa 2 kotak besar air laici. Bekal untuk piknik yang tak jadi semalam.
 
Selepas makan kami memulakan latihan lagi sehingga ke pukul 10.45 pagi dan kemudian bersiap-siap untuk menanti van datang mengambil kami ke kompleks. Hari ini full dress rehearsal. Nampaknya dari tengahari sampai ke tengah malam la anak-anak angklung akan memakai baju putih hitam ni.

 
 
Masa terluang yang ada dimanafaatkan sebaik mungkin. latihan terakhir dibuat. Pasti selepas ini kami tiada lagi peluang untuk membuat latihan.
 

 
Pukul 12.00 tengahari, kami mula mencari makan tengahari sebelum dipanggil masuk ke dewan jam 2.00 petang nanti. Hentam sajalah labu....makan apa yang ada. Syukur. Selepas makan, anak-anak angklung dipesan untuk menunaikan kewajipan dan berkumpul semula di dewan pada pukul 2.00 petang nanti. Tunggu la punya tunggu...sampai naik berjanggut, cukur .....berjanggut semula dan cukur lagi...tak gak start start. Ke tandas dah berkali-kali, tertidur kat kerusi berkali-kali. At last kol 4.00 petang baru nak mula. Para peserta dipanggil berdiri di bahagian lobi kompleks. Akhirnya, setelah berpindah randah macam orang nomad.



 
 

Sebaik sahaja selesai rehearsal, kami pun keluar untuk mencari makan malam dan bersolek. Sementara menanti juru solek tiba anak-anak angklung berkesempatan berjumpa dengan artis-artis jemputan JKKN, antaranya  yang inilah..... Pulangkan.....pulangkan......pulangkannnnn....
 

Sebaik sahaja jurusolek tiba kami pun beratur bersama-sama dengan para peserta yang lain untuk disolekkan. Bawa alat solek sendiri.....saje jer nak bersolek dengan orang RTM ni.


Pukul 8.00 malam diarahkan semula ke dewan untuk briefing terakhir dan berkumpul semula di bahagian lobi untuk memulakan siaran secara langsung pada pukul 9.00  malam nanti. Chekgu....sedia menanti di tempat duduk hadapan dewan dengan poster. Satu-satunya penyokong Kelab Angklung Wariseni.
 
 
Jam 9.00 malam maka bermulalah sejarah Kelab Angklung Wariseni SMK Taman Sri Muda, pertandingan yang pertama kali disertai, secara langsung di TV pula tu. Seorang demi seorang peserta menunjukkan bakat masing-masing, ada yang dapat 3 lampu biru, ada yang dapat dua sahaja tak kurang juga dapat 3 lampu merah. Anak-anak angklung sudah mula gelabah. Ada yang menangis dan terdengar cerita.....boleh ke kita buat, boleh ke kita buat?
 


Yakin....kita boleh! Dan anak-anak angklung pun keluar membuat persembahan mereka. Chekgu?......Hanya mampu perhati dari jauh dan merakamkan detik-detik bersejarah ini. Gud luck anak-anak angklungku!

 

Akhirnya....persembahan tamat. Berdebar-debar menantikan warna di hadapan. Dua orang juri memberi komen, salah seorangnya Dato Fazley....dia mahukan persembahan yang lebih mantap dari anak-anak angklung. Ketiga-tiga lampu juri......BIRU! Tersengih-sengih budak-budak angklung kat pentas tu. Sampai sahaja di belakang pentas, terdengar jeritan kegembiraan. Sudah meraikan.....Berakhirnya perjuangan hari ini dan akan diteruskan di Kuala Lumpur pula. Sesi bergambar berlangsung.
 


 

Jam 11.30 malam, memunggah alatan ke dalam van Pak Agus dan bertolak pulang ke Shah Alam. Tiba di Shah Alam jam 12.30 malam dan menanti ibu bapa collect anak maing-masing. Tahniah dan terima kasih semua. jangan lupa latihan akan datang, kita buat yang lebih baik lagi. Gud nite! 

Saturday 22 December 2012

Rehearsal Mimpi Ke Bintang

Cadangan untuk berkelah di Pantai Bagan Lalang terpaksa dibatalkan pada hari ini oleh kerana kami perlu membuat latihan setelah terpilih untuk meneruskan perjuangan dalam rancangan Mimpi ke Bintang ini. Bekal makanan telah pun dibawa seperti yang dirancang. Jadi bekal semasa membuat rehearsal di Seremban la ni...... Jam 10.00 pagi kami meneruskan perjalanan ke Sungai Gadut bersama van sekolah Pak Agus, pemandu setia kami.
 
Jam 11.00 pagi kami tiba dan mula memunggah bekal yang dibawa bersama. Kita makan dulu. Nampaknya semua kena berkongsi....pinggan, gelas, air...., Bagus kerjasama dalam satu keluarga angklung. Selepas mengisi perut kami cuba untuk membuat beberapa perubahan dalam gerak tari dan menjadikan menyambungkan tiga lagu dalam tempuh satu minit. Idea.....penat fikir. Manalah tau depa nak macam tu, tak pernah pun tengok rancangan ini dulu....Mati!
 

 
Selepas menunaikan solat Zohor, kami semua menukar pakaian, bersiap-siap untuk membuat persembahan pada pukul 3.00 petang nanti. Jam 2.30 mula berkumpul di dalam Audiotorium.....sejuk dan nyaman sekali. Semua orang menoleh melihat kami yang siap berpakaian....huh awalnya, pada hal kami bersiap untuk persembahan bukan rehearsal. Tunggu punya tunggu tak juga start start. Mula bertanya kepada Encik Jo JKKN tu, bila agaknya kami boleh memulakan persembahan. Doooowhhh...sudah terpilih masuk ke rancangan Mimpi ke Bintang, persembahannya enggak boleh dibuat lagi dong. Looorrrrrrr......namun begitu JKKN tetap memberi saguhati kepada pihak kami. Cukuplah untuk membayar tambang van Pak Agos nanti.

Dapat tahu persembahan dibatalkan, maka topi, selendang dibuka dan dikumpulkan. Lega rasanya....tapi rasa ralat juga. Dah bersedia untuk memainkan lagu Minang, Ubekkan Denai dan Bugih Lamo. tak tercapai lagi hasrat kami.



Kebosanan menanti rehearsal dimulakan. Adoyai....baru dapat berita kami terpaksa bermalam di Seremban oleh kerana rehearsal akan dibuat pada waktu malam juga. Posan kek budak-budak ni soh bawa baju spare sepasang jer. Aduh, penat kepala hotak ni pikir macam mano nak buek ni? Udahnya minta nak-anak angklung call parents masing-masing untuk pack kan pakaian dan alatan untuk mereka. Pak Agos ditugaskan untuk mengambil pakaian mereka di sekolah pada pukul 5.00 petang di sekolah. Kerjasama daripada parents amat memberangsangkan. Terima kasih diucapkan.

Sehari suntuk kami di Komplek Penyiaran Tuanku Muhammmad di Sg.Gadut ni. Nasib baik makan malam mereka sudah sediakan. Alhamdulillah. Selepas solat Maghrib kami terus ke ruang makan untuk makan malam. Walaupun makanan ala kadar sahaja sudah cukup memadai mengisi perut kami yang kosong ni.. Nak cari makanan luar mana ada. Komplek ini terletak nun kek sudut dunia. Jiran dia hanya SDAR sahaja.


 
Selesai sahaja makan malam kami dipanggil untuk memulakan rehearsal. Semua dikehendaki berkumpul di bahagian lobi kompleks untuk memulakan acara. Lamo gak berdiri kosong kek situ. Apo nak jadi Ujang oiii.



 
 Berlari-larilah anak-anak angklung bersama-sama para peserta yang lain. Jangan jatuh sudah. Hanya mampu klik klik aksi-aksi mereka di hadapan pentas. Satu demi satu peserta dipanggil untuk menunjukkan aksi mereka. Tibalah giliran kumpulan angklung. Komen......masih tak cukup aksi dan kurang senyum. Itulah komen yang biasa didengari dan dileteri oleh cikgu angklung termasuk Uncle Sam. Sama sahaja.



Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Penat, mengantuk, lapar dan haus. Kami diberitahu oleh penyelaras bahagian Selangor asrama sudah disediakan. Hanya menunggu masa untuk dibawa ke sana. Pak Agos sudah tiba dengan isterinta membawa pakaian anak-anak angklung. Kesian dia. Part menunggu jadi lagi. Mana orang yang nak hantar kami ke asrama ni? Copek la ujang oii, ngantuk dan lotih ni.  12.30 malam baru kami tiba di tempat penginapan. Beri kata dua kek budak-budak lelaki ni jam 7.00 pagi sudah sedia untuk latihan. Banyak perubahan perlu dibuat. So.....selamat malam semua. Esok kita sambung update blog.



 
Inilah dorm kami untuk malam ini.....woit anak2 angklung....jom tido, hentikanlah borak2 tu. Esok nak bangun pagi.......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!
 

Thursday 13 December 2012

Uji Bakat Mimpi Ke Bintang

Hari Khamis, 13 Disember 2012, kami akan ke Senawang menuju Kompleks Penyiaran RTM untuk menguji bakat kami yang tidak diketahui tahap mana. Anees, seperti biasa lewat. Minah ni...dah le lewat, tengok kasut...warna pink. Walaweyhhhh.....nasib baik mak dia pantas terbang membawa kasut hitam. Kalau tak ganjil le sorang ni.
 
Perjalanan ke sana mengambil masa satu setengah jam dengan kelajuan antara 100-110km/jam. Ikut had laju. Setibanya diperkarangan kompleks, terus menuju ke meja pendaftaran bersama Arham untuk menghantar borang. Kemudian kami ditunjukkan bilik uji bakat. Degupan jantung bertambah kelajuannya. Anak-anak angklung dipanggil untuk bersedia.
 

 
Kami diberi sedikit masa untuk buat latihan oleh kerana waktu kami tiba rancangan Berita sedang keudara. Penerbit meninggalkan pesan supaya jangan beredar dahulu selepas uji bakat kerana mereka hendak menemubual kami untuk cover story. Kami berceloteh di luar bilik uji bakat untuk menghilangkan rasa gemuruh. Nombor kami sangat cantik 1212.
 


Tak berapa lama kemudian kami dipanggil untuk diuji bakat. Haniff menjadi jurukamera kami hari ini untuk merakamkan aksi kami. Selepas memperkenalkan diri, alunan musik pun dimulakan maka bergemalah bilik uji bakat akan bunyi angklung Wariseni Sri Muda, Shah Alam di Senawang. Gah gitu.....!




Sebaik sahaja selesai persembahan, maka mic diberikan. Huh....ada soalan cepu emas dari juri. Waduh....kok banyak soalan dan pintanya. Ikutkan saja bung! Nasib baik budak-budak ni ok. Leh follow permintaan juri tu.
 


Habis bersoal jawab....kami menanti di luar untuk ditemubual. Kami di bawa ke lobi kompleks penyiaran. Ahhhh.....mereka minta tagline pula. Tak terfikir pula. Waduh waduh waduh....kok gi mana sih? Bantai jer lah....tagline, Angklung Wariseni!
 



 
Selesai temubual kami menyimpan alatan dan turun ke tingkat bawah untuk memngisi perut yang lapar. Kafetaria tutup....mungkin jualan tidak hebat. Nasib baik mak cik kat bawah tu ada.
 

Pas makan kami semua ronda-ronda di perkarangan komplek dan sertai aktiviti yang dijalankan di situ. Buat riuh majlis.




Sebelum balik...kami sempat melihat latihan di bahagian luar kompleks. Tarian pinggan....unik gitu. Jam 1.00 tengahari kami bertolak pulang ke Shah Alam.



Petang nanti penerbit kata akan buat panggilan kalau berjaya. Ok...we will wait. Pukul 6.00 petang penutup uji bakat.....sekarang jam menunjukkan pukul 7.00 malam. Tiada panggilan. So, konklusi, gagal. Lepas solat ke dapur untuk masak. Oii nasi goreng....oiii bubur kacang....oii rojak....oii nasi....oii bubur....oii mee siam! Uhhh.....Harimau Malaya tewas dengan Siam!

Tut...tut, tepon berbunyi. Sape lak kol orang tengah masak nih. Gagang diangkat....Hello. Cikgu....kumpulan cikgu berjaya...bla, bla, bla......yeeeeeeeehaaaaa! Kita berjaya. So, apa-apa pun update blog esok ya. See Ya! 
 

Thursday 6 December 2012

Ahli-ahli Kelab Angklung Terkini

Gambar-gambar Ahli Kelab Angklung Wariseni 2012
 
Shafika
Ariff


Yasmin
Thareda
Amnan
Yaswan Raajh
Arham
Amira
Aina
Alina
Shazaliyana
Azizah Yasmin 

 Hakim
 
 Hanim
 
 Mahdini
 
 Nur Shalin
 
 Aida Hazwani
 
 Yummi Yaziyah
 
Aqashah


Irdiena