Saturday 22 December 2012

Rehearsal Mimpi Ke Bintang

Cadangan untuk berkelah di Pantai Bagan Lalang terpaksa dibatalkan pada hari ini oleh kerana kami perlu membuat latihan setelah terpilih untuk meneruskan perjuangan dalam rancangan Mimpi ke Bintang ini. Bekal makanan telah pun dibawa seperti yang dirancang. Jadi bekal semasa membuat rehearsal di Seremban la ni...... Jam 10.00 pagi kami meneruskan perjalanan ke Sungai Gadut bersama van sekolah Pak Agus, pemandu setia kami.
 
Jam 11.00 pagi kami tiba dan mula memunggah bekal yang dibawa bersama. Kita makan dulu. Nampaknya semua kena berkongsi....pinggan, gelas, air...., Bagus kerjasama dalam satu keluarga angklung. Selepas mengisi perut kami cuba untuk membuat beberapa perubahan dalam gerak tari dan menjadikan menyambungkan tiga lagu dalam tempuh satu minit. Idea.....penat fikir. Manalah tau depa nak macam tu, tak pernah pun tengok rancangan ini dulu....Mati!
 

 
Selepas menunaikan solat Zohor, kami semua menukar pakaian, bersiap-siap untuk membuat persembahan pada pukul 3.00 petang nanti. Jam 2.30 mula berkumpul di dalam Audiotorium.....sejuk dan nyaman sekali. Semua orang menoleh melihat kami yang siap berpakaian....huh awalnya, pada hal kami bersiap untuk persembahan bukan rehearsal. Tunggu punya tunggu tak juga start start. Mula bertanya kepada Encik Jo JKKN tu, bila agaknya kami boleh memulakan persembahan. Doooowhhh...sudah terpilih masuk ke rancangan Mimpi ke Bintang, persembahannya enggak boleh dibuat lagi dong. Looorrrrrrr......namun begitu JKKN tetap memberi saguhati kepada pihak kami. Cukuplah untuk membayar tambang van Pak Agos nanti.

Dapat tahu persembahan dibatalkan, maka topi, selendang dibuka dan dikumpulkan. Lega rasanya....tapi rasa ralat juga. Dah bersedia untuk memainkan lagu Minang, Ubekkan Denai dan Bugih Lamo. tak tercapai lagi hasrat kami.



Kebosanan menanti rehearsal dimulakan. Adoyai....baru dapat berita kami terpaksa bermalam di Seremban oleh kerana rehearsal akan dibuat pada waktu malam juga. Posan kek budak-budak ni soh bawa baju spare sepasang jer. Aduh, penat kepala hotak ni pikir macam mano nak buek ni? Udahnya minta nak-anak angklung call parents masing-masing untuk pack kan pakaian dan alatan untuk mereka. Pak Agos ditugaskan untuk mengambil pakaian mereka di sekolah pada pukul 5.00 petang di sekolah. Kerjasama daripada parents amat memberangsangkan. Terima kasih diucapkan.

Sehari suntuk kami di Komplek Penyiaran Tuanku Muhammmad di Sg.Gadut ni. Nasib baik makan malam mereka sudah sediakan. Alhamdulillah. Selepas solat Maghrib kami terus ke ruang makan untuk makan malam. Walaupun makanan ala kadar sahaja sudah cukup memadai mengisi perut kami yang kosong ni.. Nak cari makanan luar mana ada. Komplek ini terletak nun kek sudut dunia. Jiran dia hanya SDAR sahaja.


 
Selesai sahaja makan malam kami dipanggil untuk memulakan rehearsal. Semua dikehendaki berkumpul di bahagian lobi kompleks untuk memulakan acara. Lamo gak berdiri kosong kek situ. Apo nak jadi Ujang oiii.



 
 Berlari-larilah anak-anak angklung bersama-sama para peserta yang lain. Jangan jatuh sudah. Hanya mampu klik klik aksi-aksi mereka di hadapan pentas. Satu demi satu peserta dipanggil untuk menunjukkan aksi mereka. Tibalah giliran kumpulan angklung. Komen......masih tak cukup aksi dan kurang senyum. Itulah komen yang biasa didengari dan dileteri oleh cikgu angklung termasuk Uncle Sam. Sama sahaja.



Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Penat, mengantuk, lapar dan haus. Kami diberitahu oleh penyelaras bahagian Selangor asrama sudah disediakan. Hanya menunggu masa untuk dibawa ke sana. Pak Agos sudah tiba dengan isterinta membawa pakaian anak-anak angklung. Kesian dia. Part menunggu jadi lagi. Mana orang yang nak hantar kami ke asrama ni? Copek la ujang oii, ngantuk dan lotih ni.  12.30 malam baru kami tiba di tempat penginapan. Beri kata dua kek budak-budak lelaki ni jam 7.00 pagi sudah sedia untuk latihan. Banyak perubahan perlu dibuat. So.....selamat malam semua. Esok kita sambung update blog.



 
Inilah dorm kami untuk malam ini.....woit anak2 angklung....jom tido, hentikanlah borak2 tu. Esok nak bangun pagi.......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!
 

No comments:

Post a Comment