Sunday 27 April 2014

Running Club and Birthday Celebration

Aktiviti kami belum berakhir lagi. Sebaik sahaja tamat persembahan, kami memulakan aktiviti kelab ala ala siri Running Man Korea tu.....Arham sebagai Pengerusi Kelab mengetuai aktiviti ini. Setelah persediaan bahan dan alatan siap....ahli-ahli angklung dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setelah arahan diberikan mereka pun memulakan aktiviti. Ariff sungguh tidak sabar memulakan tugasan. Sampai bertengkar dengan Amira berebutkan kumpulan.




Setelah memanaskan badan....maka berlarianlah anak anak angklung membuat tugasan yang diberikan. Aku tidak mengikuti sangat pergerakkan mereka tetapi nampak berpeluh-peluh jugalah mereka. Tampak riang di wajah mereka. Tiap-tiap hari asyik menggoyang angklung....hari ini mereka bermain melepaskan lelah.





Kumpulan Aina menjuarai aktiviti, sementara kumpulan Ariff terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua dan tempat ketiga kumpulan Amira. Syabas kepada mereka semua kerana menjayakan aktiviti ini. Kini....aktiviti menyambut hari lahir bagi mereka yang dilahirkan pada buan Februari, Mac dan April. Itu memang aktiviti wajib kelab ini. Salah satu penghargaan untuk mereka juga.







Nyanyian lagu Happy Birthday dinyanyikan beramai-ramai....kemudian Arham mengepali acara memotong kek. Kesian....mukanya habis dicalit dengan aising kek....Happy birthday to all of you. Hadiah akan disampaikan waktu perhimpunan nanti ya.

Anugerah Cemerlang SMK Taman Sri Muda

Setelah tiga hari berturut-turut membuat latihan persembahan....kini tibalah hari yang dinanti-nantikan. Aku rasa ahlil kelab tingkatan 1 pasti gabra. Maklum...ini adalah persembahan pertama mereka di khalayak ramai. Inilah masa mereka tunjukkan kepada ibu bapa mereka apa yang telah mereka harungi selama 4 bulan sebagai ahli Kelab Angklung Wariseni.



Menanti giliran di luar dewan. Peluh mengalir laju....panas. Aku yang tidak berapa sihat rasa tak tentu arah menahan selsema dan batuk. Aku gagahi juga walaupun rasa macam nak pengsan ni. Sebaik sahaja perasmian kami mula memasuki dewan untuk memulakan persembahan. Dua pilihan lagu iaitu lagu You Raise Me Up dan Wau Bulan.







Alhamdulillah semua berjalan lancar. Lega rasanya....anak-anak angklungku berkemas dan bersedia untuk persembahan kedua. Kali ini mereka akan mengiringi penyanyi pula. Acaner tu....tonton sahaja klip di bawah.



Sempat juga kami bergambar beramai-ramai selepas persembahan.



Penyampaian Kad Keahlian 2014

Sudah sebulan majlis penyampaian kad keahlian untuk ahli-ahli kelab angklung 2014 tertangguh disebabkan hujan. Oleh yang demikian aku sebagai Guru Penasihat telah mengambil keputusan untuk menyarungkan sendiri kad keahlian kepada mereka selepas habis latihan pada hari ini 24 April 2014. Walaupun hanya dihadiri oleh ahli-ahli angklung sendiri sahaja itu sudah cukup memadai. Tampak riang di wajah anak-anak angklung apabila kad keahlian disarungkan. Bukan mudah untuk meraih  kad keahlian ini. Setelah perjalanan dilalui selama empat bulan dengan latihan yang mencabar. Tahniah untuk semua....teruskan usaha anda. Berikan tumpuan yang lebih apabila menjalani latihan. Cikgu berbangga dengan kamu semua!




Sebahagian daripada ahli angklung yang menerima kad keahlian

Wednesday 23 April 2014

Projek Drum Recycle

Pagi-pagi lagi aku sudah sampai ke sekolah. Sementara menanti ZB tiba aku menyiapkan mural di dinding Laman Nada. Rasa bagai nak pengsan juga memnyiapkan sorang-sorang lukisan tu. Tapi bila dah siap .....huh..puas hati aku. Dalam pukul 11.00 pagi kerja aku semua siap. Well done to myself. HP ku berdering....yes ZB sudah tiba. 

Dia bawa baby sekali! Wah wah...last aku jumpa dema, anak dalam perut, sekarang dah ada 11/2 batang gigi. Comey bila dia senyum. Pemasangan drum pun dimulakan. Semua item yang digunakan adalah bahan-bahan yang terpakai.





Siap dipasang...akulah orang pertama yang mencubanya....tapi entah apa-apa nada yang aku buat. Hentam sajalah Labu oiii!




Aku masih tak berpuas hati selagi drum ni tak dibunyikan sepenuhnya. Esoknya aku membawa beberapa orang murid ke Laman Nada untuk mencuba drum ini. So....inilah hasilnya. Pandai juga mereka menggayakan drum ni. Bakat semulajadi.



Tuesday 8 April 2014

Kelab Angklung Integrasi SMK SS17

Hari ini berkesempatan mengikut Uncle Sam untuk mengajar di SMK SS17 Subang Jaya. Pukul 10.00 pagi guru-guru dan murid-murid yang berkaitan telah berkumpul di dalam bilik latihan. Riang sungguh anak-anak khas ini menyambut kedatangan guru angklung mereka. Aku tumpang seronok dua kaki....lalalalala.

Uncle Sam memulakan latihan dengan lagu Anak Ayam....mula-mula agak berterabur sedikit, maklum, anak-anak khas ni...memerlukan bantuan lebih. Namun setelah dua tiga kali diulangi latihan mereka dapat mengikuti rentak lagu dengan baik. Aku berkesempatan juga untuk mengajar mereka apabila Uncle Sam sibuk menyediakan catatan skor lagu Bulan Dipagar Bintang. Lagu ini akan dimainkan bersama-sama dengan guru-guru khas ini.



Mereka turut memainkan lagu cina klasik Yek Liang Tai Piau Wo Te Sin......sedap dan merdu lagu ni. Terdapat seorang pemain angklung cina dalam kumpulan ini....cukup seronok apabila diberitahu mereka akan memainkan sebuah lagu cina. Teruja sungguh dia.




Latihan ditamatkan pada jam 12.00 tengahari. Sempat juga aku bergambar dengan ank-anak khas ini, teringat pula anak-anak muridku di Kampung Jawa....tiga orang pelajar rabun dan buta serta di Kolej Vokasional Khas Seksyen 17. Memerlukan kesabaran yang sungguh tinggi untuk mengajar mereka. Apa-apa pun tahniah kepada guru-guru sekolah ini.