Saturday 29 April 2017

Asam Pedas Claypot

Sebelum berangkat pulang, singgah di kedai makan Asam Pedas Claypot di pantai Klebang. Memang terkenal asam pedas di sini. Dah lama aku idam nak makan asam pedas telor ikan. Alhamdulillah tercapai hasrat malam ini. Ala kadar sahaja makan malam hari ini namun mengenyangkan. Pak Aji tak makan pula hanya minum Lai Chee Kang panas. Uncle Sam seperti biasa makan bertambah.Seleranya memang besar malam ni. Terima kasih kepada tokey restoran. Menaja minuman kami malam ini.




Selesai makan kami bertolak pulang ke Shah Alam melalui Alor Gajah. Waze menghalakan kami ke sana. Maybe tol Ayer Keroh jem. Alhamdulillah 10.30 malam kami selamat tiba di sekolah. Terima kasih kepada anak-anak angklung yang terlibat 2 hari ini. Tahniah dan syabas di atas kesungguhan anda semua. Semoga usaha kita untuk ke Bandung menjadi kenyataan.

Busking di Menara Taming Sari Day 2

Jam 10.45 pagi beransur ke Menara Taming Sari. Kami makan dulu dan kemudian jam 11.00 membuat persiapan untuk memulakan persembahan di hadapan menara ini sekali lagi. Agak perlahan persembahan di sini pagi ini. Mungkin para pelancong belum bangun tido.....hahahahaha. Persembahan tetap diteruskan dan petugas tetap melayan kami dengan baik sekali.


Jam 12.30 tengahari kami berehat seketika. Kami berkesempatan untuk menaiki menara sambil bermain angklung di dalamnya. Dua pusingan der......Saiful sampai terlupa skor akibat terlalu gementar dibawa naik ke atas. menjadi bahan lawak kawan-kawan di dalam menara. Macam-macam kerenah anak-anak ini membuatkan hubungan yang terjalin sungguh erat. 4 buah lagu sempat di dendangkan dalam menara ini. 





Pengalaman yang sungguh menarik untuk anak-anak angklung tahun ini di sini. Selesai di menara kulepaskan anak-anak angklung untuk berjalan-jalan sesama mereka di pusat bandar dan berpesan kembali semula ke menara pada jam 3 petang. Kuambil kesempatan ini juga untuk membeli ole-ole untuk rakan-rakan apabila pulang nanti.

Jam 4.00 petang kami memulakan semula aktiviti. Pengunjung come and go. Sekejap ramai sekejap satu dua orang sahaja. Tapi pada pengakhir persembahan kami mendapat tontonan daripada murid-murid dari negeri Pahang. Sempat juga memberi tunjuk ajar kepada anak-anak ini cara-cara bermain angklung.





Jam 6.30 petang mengucap selamat tinggal kepada menara dan petugasnya. Terima kasih kerana mengundang kami. Jangan serik untuk panggil kami lagi ya.

Jejalan Di Bandaraya Bersejarah Melaka

Jam 8.30 pagi bertolak ke Pantai Klebang membawa anak-anak angklung merakamkan gambar kenangan di tepi pantai ini. Bermacam-macam aksi yang dibuat. Siap buka kasut lagi. Layankan saja.



Kemudian kami menuju ke Muzium Kapalselam. Ada yang pertama kali tiba di tempat ini dan berasa sungguh teruja. Merakamkan pelbagai aksi sebagai kenangan di sini.




Meneruskan perjalanan ke Banda Hilir untuk sarapan pagi. Rezeki kami tiada pagi ini kerana sarapan dah tamat tempoh. Nak tunggu makan tengahari siap....40 minit. Maka kami minum sajer dan kemudian berjalan-jalan mengelilingi pusat bandar.









Bermain-main sebentar di taman permainan untuk menghilangkan lelah terus ke Menara Taming Sari untuk membuat persiapan persembahan pada jam 11.00 pagi nanti.

Friday 28 April 2017

Busking di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang

Malam ini kami di pantai Klebang untuk menghiburkan para pengunjung di sini pula. Spotlight padam pula apabila kami tiba di sini. Sementara menanti lampu menyala, kami dibawa oleh Encik Rimy melihat-lihat persekitaran pasar. Sempat juga order nasi lemak special di sini. Bakat bermain gasing masih ada lagi dalam jiwa ini. Sekali balingan menjadi. Mendapat tepukan daripada anak-anak angklung dan para penonton. Malam ini kami dinner nasi lemak sahaja. Sedap juga.




Setelah lampu menyala kami pun bersiap-sedia untuk membuat persembahan. Projek mengumpul dana di sini pula. Persembahan kami dimulakan dengan lagu cina live bersama-sama busker yang ada di situ. Seperti biasa kami main dan rehat kemudian busking bersama-sama band. Ikut suka hati kamii jer. Sambutan di sini amat menggalakkan juga walaupun malam Sabtu. Encik Rimy kata jika Sabtu malam Ahad lebih ramai pengunjung sampai nak jalan pun tak muat.




Jam 11.30 malam kami menutup tirai. Setelah berkemas berangkat pulang ke rumah. Kutinggalkan anak-anak angklung yang lain bersama-sama Pak Aji dan aku bersama-sama 4 orang anak angklung bersiar-siar semula di tepi pantai dan berjumpa dengan Encik Rimy untuk mengucapkan terima kasih atas pelawaan beliau untuk kami bermain angklung di Dataran 1Malaysia ni. Insyallah jika ada kelapangan dan dana mencukupi kami akan datang lagi ke sini.


Busking di Menara Taming Sari 1st Day

Selesai menjawab peperiksaan pertengahan tahun, anak-anak kelab angklung menuju ke Melaka. Hari ni Pak Aji menemani kami kerana Pak Agos sibuk mengambil anak-anak sekolah pada hari Jumaat yang mulia ini. Tidak mengapa asalkan selamat sampai.Perjalanan kami ke sana berjalan lancar. Azan zohor berkumandang dan kami tiba ke destinasi dekat dengan Pantai Klebang, Melaka. Cantik rumahnya. Kawasan perumahan baru. Hadapan rumah masih ada kerja-kerja pembangunan. Anak-anak angklung lelaki terus mengikut Pak Aji untuk bersembahyang Jumaat di masjid berdekatan. Sementara mereka ke sana, anak-anak angklung perempuan bersiap-siap untuk ke Banda Hilir.


Jam 3.00 petang kami tiba di Menara Taming Sari. Kami disambut mesra oleh kakitangan di Menara Taming Sari. Menikmati makan tenghari sebelum memulakan projek mengumpulkan dana. Selesai makan bersiap-siap untuk membuat persembahan. Kami mulakan dengan lagu Dikir Puteri untuk menarik para pengunjung di menara ini.




Selesai 12 lagu dimainkan kami berhenti rehat buat sementara waktu untuk membasahkan tekak yang kering. Cuaca hari ini menyokong kami alhamdulillah. Projek kami petang ini berjalan lancar. Berehat selama 15 minit dan kami meneruskan lagi persembahan. Tidak lupa juga kami mengambil kesempatan untuk menjual VCD dan CD kami. Sambutan agak menggalakkan daripada para pendengar. Malah ada pelancong asing juga membelinya.


Jam 6.30 petang kami berangkat pulang ke homestay. Bersia-siap untuk ke Pantai Klebang pula. Berjanji dengan Rimy Gasing untuk berjumpa di Dataran 1Malaysia Pantai Klebang untuk membuat persembahan di sana. Jam 8.00 malam bergerak ke sana setelah lokasi dishare oleh Encik Rimy. Namun akibat derhaka dengan Waze, aku jalan entah ke mana sehingga terpaksa buat u-turn sebab van tak boleh melalui jambatan yang rendah. Akhirnya sampai juga kami ke pantai. Ya Allah....bukannya jauh sangat dari tempat tinggal kami. Lawak sungguh.

Saturday 8 April 2017

Majlis Anugerah Cemerlang 2016/2017

Arshad, Syakinah dan Hakimi tidak menghadirkan diri di hari persembahan berlangsung. Apa masalah mereka? Tidakkah mereka tahu hari berlangsungnya persembahan sangat penting? Perlu lebih didikan disiplin kepada anak-anak ini. Walau bagaimnapun persembahan tidak tergugat malahan bertambah mantap. Para senior bekerjasama menyiapkan adik-adik yang baharu sahaja belajar bersolek pagi ini. Kerjasama yang sangat bagus.


Setelah membuat susunan sambutan kami berposing untuk ke sekian kalinya beramai-ramai. 


Jam8.30 pagi kami memulakan ayunan dengan lagu Selamat Datang meraikan kehadiran VIP yang diundang untuk merasmikan majlis pagi ini. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagi Negaraku diikuti bacaan doa. Tuan Haji Aznan, Pengetua SMK Taman Sri Muda memulakan bicara dan kemudia diikuti dengan PA Dato Kamaruzzaman. Beliau seterusnya merasmikan majlis dan kami menyambut dengan lagu You Raise Me Up dan How Do Yo Do.








Alhamdulillah persembahan berjalan dengan lancar. Aku cukup berpuas hati. Anak-anak angklung ku arahkan berkemas dan menyimpan alatan bahan dan pakaian di dalam bilik angklung. Terima kasih semua atas kerjasama!