Friday 28 April 2017

Busking di Menara Taming Sari 1st Day

Selesai menjawab peperiksaan pertengahan tahun, anak-anak kelab angklung menuju ke Melaka. Hari ni Pak Aji menemani kami kerana Pak Agos sibuk mengambil anak-anak sekolah pada hari Jumaat yang mulia ini. Tidak mengapa asalkan selamat sampai.Perjalanan kami ke sana berjalan lancar. Azan zohor berkumandang dan kami tiba ke destinasi dekat dengan Pantai Klebang, Melaka. Cantik rumahnya. Kawasan perumahan baru. Hadapan rumah masih ada kerja-kerja pembangunan. Anak-anak angklung lelaki terus mengikut Pak Aji untuk bersembahyang Jumaat di masjid berdekatan. Sementara mereka ke sana, anak-anak angklung perempuan bersiap-siap untuk ke Banda Hilir.


Jam 3.00 petang kami tiba di Menara Taming Sari. Kami disambut mesra oleh kakitangan di Menara Taming Sari. Menikmati makan tenghari sebelum memulakan projek mengumpulkan dana. Selesai makan bersiap-siap untuk membuat persembahan. Kami mulakan dengan lagu Dikir Puteri untuk menarik para pengunjung di menara ini.




Selesai 12 lagu dimainkan kami berhenti rehat buat sementara waktu untuk membasahkan tekak yang kering. Cuaca hari ini menyokong kami alhamdulillah. Projek kami petang ini berjalan lancar. Berehat selama 15 minit dan kami meneruskan lagi persembahan. Tidak lupa juga kami mengambil kesempatan untuk menjual VCD dan CD kami. Sambutan agak menggalakkan daripada para pendengar. Malah ada pelancong asing juga membelinya.


Jam 6.30 petang kami berangkat pulang ke homestay. Bersia-siap untuk ke Pantai Klebang pula. Berjanji dengan Rimy Gasing untuk berjumpa di Dataran 1Malaysia Pantai Klebang untuk membuat persembahan di sana. Jam 8.00 malam bergerak ke sana setelah lokasi dishare oleh Encik Rimy. Namun akibat derhaka dengan Waze, aku jalan entah ke mana sehingga terpaksa buat u-turn sebab van tak boleh melalui jambatan yang rendah. Akhirnya sampai juga kami ke pantai. Ya Allah....bukannya jauh sangat dari tempat tinggal kami. Lawak sungguh.

No comments:

Post a Comment